Sama ada tujuannya ingin mengagumi kehebatan seni bina atau menikmati matahari dan laut yang menenangkan, inilah masanya untuk anda mengakui kehebatan teknologi dan gunakan aplikasi ini untuk membuat percutian anda lebih mudah. Semuanya boleh didapati di Android dan iOS.

 1.   AIRASIAGO

Aplikasi ini menawarkan tempahan hotel dan penerbangan dengan harga yang rendah. Apa yang lebih menarik, ia menawarkan harga yang lebih rendah apabila anda menempah kedua-dua pakej. Ia juga mempunyai tawaran eksklusif mudah alih dengan penjimatan sehingga 70% pada tempahan hotel, jadual perjalanan dan notifikasi masa-sebenar berkenaan status penerbangan berserta maklumat pintu masuk dan terminal.

 2.   HOTELS COMBINED

Dengan begitu banyak pilihan aplikasi yang membolehkan anda menempah bilik hotel, Hotels Combined boleh membantu anda menamatkan kekeliruan itu dengan menunjukkan anda tempat-tempat dan harga-harga daripada pelbagai sumber. Sebaik sahaja anda menetapkan pilihan tawaran, anda akan disambungkan ke laman web yang memegang butiran tersebut (contohnya Hotels.com) dan ia boleh diakses melalui aplikasi itu sendiri supaya segalanya kekal mudah dan tersusun.

 3.   FLEXIROAM X

Jika anda suka menjelajah ke beberapa antara negara dan ingin kekal berhubung sepanjang masa, membeli banyak kad sim tempatan mungkin tidak terlalu praktikal. Dengan Flexiroam X, apa yang perlu anda lakukan ialah melekatkan cip mikro nipisnya ke kad sim anda dan hanya tukarkan salah satu apabila perlu. Liputannya terdapat di 100 buah negara termasuk kelajuan 4G bagi negara yang menyediakannya.

 4.   APP IN THE AIR

Secara ringkasnya, ia mempunyai semua keperluan digital untuk orang yang sering menaiki pesawat. Nombor penerbangan, waktu berlepas, butiran tiket, dan “Daftar Masuk Automatik” juga boleh didapati melalui aplikasi ini. Tambahan pula, ia mampu menjejaki sebarang kelewatan penerbangan. Selain itu, dengan memasukkan butiran nombor panggilan orang yang menunggu ketibaan anda, aplikasi ini akan menghantar kemas kini semasa supaya mereka tahu bila waktu sebenar anda akan mendarat. 

 5.  TRIPOVO

Aplikasi ini bertindak hampir seperti ejen pelancongan namun dalam versi digital. Ia memberikan anda pengalaman melancong yang boleh diubah suai di mana anda boleh menempah pakej perjalanan, pakej pelancongan, hotel, dan jadual perjalanan dalam beberapa minit sahaja. Ia juga menawarkan khidmat nasihat daripada syarikat atas talian. Namun begitu, aplikasi ini hanya mensasarkan untuk ke destinasi-destinasi popular sahaja.

 6.  HOPPER

Jika anda ingin membandingkan harga penerbangan, ini adalah aplikasi untuk anda. Hopper meramal bagaimana harga penerbangan akan berubah dan memberitahu anda bila anda perlu membeli tiket. Ia meliputi lebih daripada 250 syarikat penerbangan dari Amerika Utara, Eropah, dan Asia.

 7.   CURRENTSEEK

Mencari kadar tukaran mata wang yang terbaik boleh menjadi agak sukar apabila berada di negara asing. Dengan Currenseek, anda boleh membandingkan harga terkini di sekitar anda dan mendapatkan arah tuju untuk ke pengurup wang tersebut walaupun lokasinya tersembunyi.

 8.  GUIDES BY LONELY PLANET

Aplikasi ini merupakan versi digital kepada buku-buku panduan yang diterbitkan oleh Lonely Planet. Ia menyediakan panduan mengenai lebih daripada 100 bandar raya dan telah dipecahkan mengikut bahagian seperti tempat tinggal, tempat makan, dan perkara menarik berkaitan bandar tersebut. Bagi setiap bandar juga ada disediakan panduan “apa yang perlu anda tahu” dan pengira anggaran bajet.

 9.  TRIPLINGO

Aplikasi penterjemah suara ini dilengkapi dengan beberapa ciri mudah yang lain untuk pengembara seperti penukar mata wang, maklumat budaya dan juga panggilan antarabangsa percuma. TripLingo juga mempunyai kamus melebihi 10,000 perkataan yang boleh didapati secara luar talian.

 10.   SWORKIT

Jika anda seorang pengembara yang suka bersenam, aplikasi ini akan membuat aktiviti senaman lebih mudah untuk disesuaikan dengan jadual anda yang sibuk. Anda boleh jadualkan masa bersenam anda sendiri dengan memberi tumpuan kepada latihan yoga, kardio, regangan atau ketahanan.

Sumber: SHOUT H1 2018, consumerinfo.my #connected #CFMmalaysia  #CFMshout 2018

* * *

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 