Home / CFM Buzz / Gaya Hidup Digital / 5 LANGKAH MENCEGAH TELEFON ANDA DARI TERLEBIH PANAS

5 LANGKAH MENCEGAH TELEFON ANDA DARI TERLEBIH PANAS

Berita mengenai telefon bimbit atau peranti elektronik meletup bukan lagi sesuatu yang pelik. Oleh kerana kehidupan kita semakin bergantung pada alat-alat canggih ini, sangat penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kecelakaan berlaku. Langkah-langkah keselamatan yang perlu dilakukan bukan hanya mengelak menggunakan telefon bimbit di stesen minyak atau ketika sedang mengecas. Amalkan langkah-langkah ini kerana ia mungkin dapat menyelamatkan kita di kemudian hari.

  • ELAKKAN DARIPADA CAHAYA MATAHARI

Berswafoto di tepi pantai pasti menyeronokkan. Tetapi anda perlu ingat bahawa suhu dalaman telefon pintar berkait rapat dengan suhu persekitaran. Telefon anda berkebolehan menyerap cahaya dan haba daripada matahari. Namun, semakin lama telefon anda terdedah pada sinaran matahari, semakin tinggi risiko ia menjadi panas. Sehebat mana pun telefon anda, ia tidak sekuat sinar matahari jadi jauhi daripadanya adalah cara termudah untuk mencegah telefon anda daripada panas berlebihan.

  • BIARKAN TELEFON ANDA ‘BERNAFAS’

Telefon pintar akan menjadi lebih panas daripada biasa ketika ia dicas, jadi adalah lebih baik untuk anda mencabut bekas pelindung telefon anda kerana bekas pelindung telefon mengehadkan pelepasan haba semasa mengecas. Selain itu, jika anda mempunyai kebiasaan meninggalkan telefon pintar di bawah bantal, tinggalkan tabiat itu kerana ia boleh menyebabkan telefon pintar menjadi panas berlebihan dan boleh mengundang kepada berlakunya kebakaran. Cas telefon anda di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik dan elakkan daripada menggunakan telefon semasa mengecas.

  • GUNAKAN PENGECAS ORIGINAL

Alat elektronik palsu menyumbang kepada risiko besar. Sentiasa gunakan pengecas dan bateri yang original daripada pengeluar asal. Ia bukan hanya memastikan telefon pintar anda berfungsi lebih baik dan lebih lama, tetapi ia juga boleh melindungi anda, peranti elektronik yang lain dan orang di sekeliling anda kerana barang elektronik yang asli telah diuji dan disahkan selamat sebelum dipasarkan ke kedai.

  • KEMAS KINI PERISIAN DAN APLIKASI ANDA

Mengemas kini aplikasi di telefon pintar dapat membantu telefon anda dari segi kecekapannya. Ia bertindak memperbetulkan sebarang kelemahan yang wujud sebelumnya dan dapat meningkatkan prestasi telefon pintar anda. Kadang kala, malware (perisian hasad) adalah punca haba berlebihan pada telefon anda. Oleh itu, sentiasa pastikan perisian yang anda gunakan adalah yang terkini supaya dapat melindungi telefon anda daripada sebarang malware. Dengan mengemas kini aplikasi, ia dapat memastikan kelancaran operasi telefon anda.

  • JANGAN BIARKAN TELEFON ANDA ‘BEKERJA KERAS’

Tutup aplikasi yang tidak digunakan pada telefon pintar anda. Apabila aplikasi tidak ditutup dan masih berjalan, ia menjadi punca bateri telefon anda cepat habis dan telefon anda perlahan-lahan akan menjadi panas. Tutup perkhidmatan lokasi, Bluetooth dan Wi-Fi apabila tidak digunakan. Menurunkan kadar kecerahan telefon anda juga merupakan idea yang baik atau lebih baik lagi dapatkan pelindung skrin anti-silau. Dengan cara ini, anda dapat menggunakan telefon anda di bawah sinar matahari tanpa sebarang masalah.

Sumber : SHOUT H1,2018

* * *

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 

Cadangan Artikel

TIPS JIMATKAN JUMLAH PENGGUNAAN ‘MOBILE DATA’ PADA iOS & Android

Yang mana satu kategori penggunaan data anda? Tahukah anda? Anda boleh mengawal sendiri jumlah penggunaan data anda? Caranya... | CFM

PERANGKAP CINTA ‘ONLINE’ @ ‘ONLINE LOVE SCAM’

Ketahui lebih lanjut cara untuk kenalpasti identiti seseorang yang anda sedang 'dating' secara 'online' adalah 'benar' ataupun 'palsu' | oleh CFM

Ingin Komen?