Home / CFM Buzz / Siaran Media / 2019 / ADUAN RANGKAIAN DAN HARGA PERKHIDMATAN JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) CATAT PENINGKATAN BAGI TAHUN 2018

ADUAN RANGKAIAN DAN HARGA PERKHIDMATAN JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI (HSBB) CATAT PENINGKATAN BAGI TAHUN 2018

CYBERJAYA, 28 MAC 2019 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah menjadi salah satu saluran aduan selama 18 tahun kepada pengguna untuk melaporkan masalah-masalah yang mereka hadapi dalam perkhidmatan komunikasi dan multimedia. Bagi tahun 2018, CFM telah menerima sebanyak 6,330 aduan yang mencatatkan peningkatan 33% berbanding jumlah aduan yang diterima pada tahun 2017 (4,746 aduan). CFM dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telah menyelesaikan 88% aduan daripada jumlah keseluruhan aduan tersebut dalam tempoh kurang daripada 15 hari.

Jumlah aduan diterima CFM daripada Pengguna
2019

(Jan – Feb)

2,485 aduan
2018 6,330 aduan Meningkat 33 % 88% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari
2017 4,746 aduan Menurun 37% 86% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari
 

2016

 

 

7,556 aduan

 

Meningkat 3.14%

77% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari
 

2015

 

7,326 aduan

72% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari

Mengikut rekod CFM, aduan mengenai perkhidmatan selular kekal paling tinggi dari tahun ke tahun iaitu sebanyak 2,513 aduan pada tahun 2018.

Manakala aduan mengenai jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) meningkat paling banyak pada tahun 2018 iaitu sebanyak 2,337 aduan diterima berbanding pada tahun sebelumnya (2017) iaitu sebanyak 714 aduan diterima CFM. Peningkatan aduan HSBB tersebut disebabkan oleh permintaan tinggi daripada pengguna yang inginkan perkhidmatan HSBB tersedia di kawasan mereka.

Aduan-aduan yang diterima CFM daripada pengguna di seluruh Malaysia dikelaskan mengikut kategori masalah perkhidmatan. Kategori aduan yang paling tinggi pada tahun 2018 ialah mengenai masalah Rangkaian yang mencatatkan peningkatan sebanyak 54% dengan jumlah sebanyak 1,919 aduan diterima berbanding 1,247 aduan pada tahun 2017.

Antara isu berkaitan di bawah kategori Rangkaian yang paling banyak dilaporkan ialah mengenai gangguan perkhidmatan dan perkhidmatan tidak dapat digunakan. Gangguan perkhidmatan HSBB merupakan aduan paling tinggi direkodkan pada tahun 2018.

JUMLAH ADUAN DITERIMA CFM MENGIKUT KATEGORI 2017 JUMLAH ADUAN 2018 JUMLAH ADUAN
BIL & CAJ 1,669 RANGKAIAN 1,919
RANGKAIAN 1,247 BIL & CAJ 1,822
PEMBERIAN PERKHIDMATAN 817 PEMBERIAN PERKHIDMATAN 1,220
AMALAN TIDAK ADIL 295 HARGA 505
SALAH NYATA PERKHIDMATAN 224 AMALAN TIDAK ADIL 244
KEMUDAHALIHAN NOMBOR (MNP) 194 SALAH NYATA PERKHIDMATAN 190
PERKHIDMATAN SMS 193 KEMUDAHALIHAN NOMBOR (MNP) 183
PERTIKAIAN TERMA & SYARAT 72 PERKHIDMATAN SMS 134
HARGA 33 PERTIKAIAN TERMA & SYARAT 107
LAIN-LAIN 2 LAIN-LAIN 6
JUMLAH 4,746 JUMLAH 6,330

Aduan tentang masalah Bil & Caj juga mencatat peningkatan sebanyak 9% dan isu yang paling banyak dilaporkan di bawah kategori ini ialah tentang masalah pertikaian bil, diikuti dengan caj tidak munasabah, rebat atau bayaran balik, disenarai hitam, sistem pengebilan yang lemah, dan caj perayauan antarabangsa.

Walau bagaimanapun, daripada keseluruhan kategori aduan tertinggi diterima CFM, masalah Harga menunjukkan peningkatan ketara dari segi jumlah aduan yang diterima pada tahun 2018 iaitu sebanyak 505 aduan berbanding tahun sebelumnya yang hanya menerima sebanyak 33 aduan.

“Aduan tentang harga meningkat bermula pada September sehingga akhir tahun 2018 dan ia merupakan kali pertama kategori aduan ini menjadi lima kategori aduan tertinggi. Kami banyak menerima aduan tentang isu harga dan peningkatan aduan ini disebabkan oleh pakej-pakej baharu yang menarik serta kadar harga strategik yang ditawarkan kepada pelanggan baharu namun pelanggan sedia ada tidak berpuas hati kerana penyedia perkhidmatan menetapkan terma dan syarat yang tidak berpihak kepada pengguna,” kata Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff.

CFM juga menerima aduan mengenai Amalan Tidak Adil yang antara isu-isu yang dilaporkan ialah seperti pendaftaran palsu, talian prabayar ditamatkan selepas tamat tempoh penangguhan dan juga pertukaran pakej tanpa persetujuan pengguna.

Secara keseluruhan, aduan mengenai Rangkaian dan Harga antara yang tertinggi bagi tahun 2018. Sememangnya, inisiatif kerajaan bagi mencapai ‘pengurangan harga dan kelajuan berganda’ adalah usaha yang memberi manfaat kepada pengguna namun ia bukanlah inisiatif yang dapat direalisasikan dengan mudah. Ia merupakan usaha yang memakan masa dan memerlukan usaha sama daripada pelbagai pihak.

CFM sentiasa bertindak sebagai pemudah cara kepada pengguna dengan berkongsi tip dan panduan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sering dihadapi pengguna dalam perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia agar pengguna lebih peka dan tahu untuk mengamalkan kawalan kendiri.

Tambah Mohamad Yusrizal, CFM juga menasihatkan pengguna agar sentiasa mengamalkan kawalan kendiri yang dapat melindungi hak mereka. Antara amalan kawalan kendiri yang boleh diamalkan dalam perkhidmatan telekomunikasi dan multimedia adalah termasuk membaca terma dan syarat, membuat perbandingan pakej sebelum melanggan, mendapatkan penjelasan daripada khidmat pelanggan penyedia perkhidmatan, membaca soalan lazim (FAQ), sentiasa mendapatkan maklumat terbaharu daripada penyedia perkhidmatan, serta sentiasa semak bil dan caj yang dikenakan.

CFM percaya dengan mengamalkan amalan kawalan kendiri dan memanfaatkan pengetahuan dan maklumat yang diperoleh dapat membangunkan industri yang lebih baik.

Untuk mendapatkan pelbagai tip pengguna berkaitan komunikasi dan multimedia, layari portal CFM di http://www.consumerinfo.my/ dan baca buletin CFM di http://www.consumerinfo.my/buletin-shout/?lang=ms .

Pengguna yang mempunyai sebarang masalah mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia, boleh laporkan aduan di https://aduan.skmm.gov.my/ iaitu sistem aduan bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

#HakAndaKeutamaanKami

#JadilahPenggunaYangBijak

#AmbilTahu

#JadilahPenggunaCelikTeknologi

 

_______________________________TAMAT______________________________

 

Mengenai CFM

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif.

Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang tidak diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan melalui saluran berikut:

PORTAL ADUAN https://aduan.skmm.gov.my

(sistem bersepadu bersama SKMM)

APLIKASI MUDAH ALIH Muat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di

Google Play Store dan App Store

PEJABAT CFM

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Off Persiaran Multimedia Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor

Untuk dapatkan lebih banyak maklumat dan tip berguna, sila layari portal CFM:

PORTAL CFM www.cfm.my

www.consumerinfo.my

Cadangan Artikel

CFM ‘ANIMATCH’ GUNA MEDIUM ANIMASI UNTUK DIDIK PENGGUNA AGAR LEBIH FAHAMI ISU PERKHIDMATAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

CYBERJAYA, 31 MAC 2019 – CFM Animatch adalah pertandingan animasi yang pertama kali dianjurkan oleh …

CABARAN ANIMASI CFM UNTUK MENDIDIK PENGGUNA MALAYSIA

CYBERJAYA, 12 FEBRUARI 2019 – Animasi bukan sahaja menampilkan watak dan gerakan yang menghiburkan malah …

Ingin Komen?