Home / CFM Buzz / Interaksi / AIMAN SALIM – PELAWAK ATAS TALIAN

AIMAN SALIM – PELAWAK ATAS TALIAN

Pada zaman teknologi masa kini, siapa saja boleh terus dikenali dengan bakat tersendiri melalui bantuan aplikasi tertentu. Berjenaka di samping menghiburkan pengikut adalah trend masa kini. Walau sekadar hiburan, namun ia ternyata mampu untuk mempopularkan seseorang dari orang biasa sehingga menjadi terkenal persis artis terkemuka. Aiman Salim adalah antara bintang #instafamous yang semakin menonjol. Video jenaka yang dimuat naik ternyata mencuit hati. Kini, di laman Instagramnya, pengikut beliau sudah mencecah 73 ribu! Hebat bukan? Jom kita kenali dengan lebih dekat individu unik ini.

  • Bagaimana Aiman boleh terkenal dalam masa yang singkat?

Sejujurnya ia bermula dengan video yang saya rakam dan muat naik di laman Instagram peribadi saya. ‘‘If you hit a jackpot, you’ll win everything’’. Begitu juga dengan video saya. Dulu, tidak semua video saya muat naik orang akan terus meminatinya. Tapi, bila keluar satu video yang boleh dikatakan betul-betul lawak serta menghiburkan, ramai yang mula “melaburkan” masa untuk mengikuti instagram saya. Ia umpama “jackpot”, ataupun dengan istilah lain, rezeki. Alhamdulillah, ini boleh dikira rezeki untuk saya dikenali ramai. Saya tidak mahu jadi hipokrit. Pasti ramai yang berkata, ‘alah tidaklah popular mana dia ini’. Tidak, saya bukanlah orang yang begitu. Saya percaya pada diri sendiri di mana saya yakin saya bagus dengan apa yang saya buat, itu sudah cukup untuk saya teruskan.

  • Perhubungan dengan pengikut juga boleh dikatakan antara strategi utama personaliti #instafamous untuk terus dipuja. Perlu bijak mengawal situasi agar tidak dibenci di kemudian hari. Bagaimana pula dengan pandangan Aiman?

Jangan sesekali menghentam peminat. Macam saya, saya dinilai melalui video saya. Saya akui, tidak semua video saya best, malah banyak yang hambar. Tetapi apabila peminat memberi komen yang tidak sedap untuk dibaca, janganlah kita layan dan memendam rasa. Biarkan saja. Tunjukkan sifat profesional kita dalam menangani suatu perkara. Dari situ hati peminat akan dekat dengan kita. Satu lagi tip, saya selalu menjaga hati peminat saya dengan membuat video yang berkaitan dengan orang ramai. Dari situ juga, saya boleh tahu yang kehidupan saya dengan mereka tidak jauh beza.

  • Setiap kali video yang dimuat naiknya, pasti mendapat sambutan mencecah ribuan likes dalam masa yang singkat. Siapakah Aiman yang sebenarnya?

Saya Aiman, mak dan ayah saya panggil saya Aiman. Saya bukanlah sesiapa. Saya sebenarnya hanya mahu digelar seseorang yang merakam video sekadar untuk menghiburkan orang. Tiada niat lain, malah saya sendiri turut terhibur.

  • Perasaan Aiman sekarang?

Tipulah kalau saya kata tidak seronok. Siapa yang tidak suka menjadi terkenal, bukan? Tapi apa yang boleh saya katakan, saya masih lagi tidak biasa apabila ada orang datang menegur “eh awak yang buat video itu kan?” Masih janggal dengan situasi ini. Ya, ia sesuatu yang menggembirakan saya, tetapi penting untuk saya mengawal diri agar saya tidak lupa dari mana asal-usul saya. Selain dari menghiburkan orang, saya ingin bantu keluarga. Ibu bapa saya berkerah keringat untuk membesarkan saya dan adik beradik, jadi sudah sampai masanya untuk saya membantu keluarga pula.

  • Rugi sekiranya tidak menggunakan peluang ini untuk berniaga. Bagaimana Aiman mencipta peluang?

Ya, saya mempunyai sebuah perniagaan dalam talian, iaitu menjual pakaian tempatan sebagai “Young People”. Saya adalah seorang pelajar dan pastinya tidak lari dari masalah kekusutan bajet dan wang saku. Namun, dengan perniagaan ini, saya dapat menjana pendapatan sedikit
untuk menyara kehidupan. Saya bertuah dengan adanya medium Instagram ini, saya dapat memanfaatkannya sebaik mungkin. Buat mereka di luar sana, lakukan apa saja yang anda minat. Jangan berputus asa. Akhir sekali, jangan lupa untuk ikuti akaun instagram perniagaan saya iaitu @youngpeopleclothing serta akaun peribadi saya @ aimansalim_.

Sumber : SHOUT H1 2016, consumerinfo.my #interaksi #CFMmalaysia  #CFMshout 

Cadangan Artikel

DR. RUZAIMI MAT RANI – INSPIRASI MALAYSIA

LATAR BELAKANG PROJEK YANG DIJALANKAN?Saya mengambil nisiatif untuk membudayakan kemahiran melukis dalam membentuk generasi celik kemahiran komunikasi visual. Generasi …

SUJANA MOHD REJAB – INSPIRASI MALAYSIA

Menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik harus ada pengorbanan. Tidak ramai yang mahu berkorban untuk …

Ingin Komen?