Keselamatan menjadi aspek penting bila berbicara mengenai pemilikan peranti mudah alih. Tidak kira apa jua peranti kegemaran anda, sama ada Android atau iPhone, ilmu pengetahuan mengenai keselamatan peranti mudah alih perlu diketahui pengguna. Android mungkin sebuah sistem sumber terbuka, tapi pembangun pihak ketiga telah mengeluarkan pelbagai jenis aplikasi yang mampu bersaing dengan sistem keselamatan Apple pada bila-bila masa sahaja. Pengguna iPhone pula boleh bergantung harap kepada sistem keselamatan Apple yang sangat terjamin untuk mengawal pangkalan data mereka. Namun begitu, tanggungjawab masih di tangan pengguna untuk memastikan data dan privasi mereka dikawal dengan selamat. Fungsi asas bagi aplikasi keselamatan telefon yang baik antaranya perlu memiliki antivirus, penghalang kecurian data dan peranti, diagnosis pintar (pendorong dan pembersih), sambungan VPN (rangkaian peribadi maya), dan lain-lain lagi. Tapi aplikasi yang mana satu terbaik buat anda? Baca ulasan berikut dan anda tentukan sendiri.

SECURITY MASTER – ANTIVIRUS, VPN, APPLOCK, BOOSTER
  PERCUMA UNTUK ANDROID

Dengan 500 juta muat turun dan penarafan 4.7 bintang, Security Master tidak dapat diragui lagi sebagai aplikasi keselamatan telefon nombor satu buat pengguna Android. Ia menawarkan dua fungsi utama; antivirus dan perlindungan peribadi, dengan ciri-ciri pelengkap hebat seperti alat pengurusan yang dapat menyembunyikan dan menyusun mesej peribadi dan sejarah pelayar, amaran penceroboh bagi akses yang tidak dibenarkan, serta perlindungan di luar talian.

BEST PHONE SECURITY
  iOS (PERCUMA), RM19.90 UNTUK PRO VERSION

Jika anda pernah cuba untuk mengakses iPhone yang dilengkapi dengan aplikasi ‘Best Phone Security’, aplikasi tersebut akan merakam gambar anda jika anda memasukkan kod laluan yang salah. Ia juga memiliki bunyi penggera kecemasan yang boleh ditetapkan terlebih dahulu untuk membanteras kemungkinan percubaan oleh penceroboh tidak dikehendaki.

AVAST SECURITY 
  PERCUMA UNTUK  ANDROID

Dicipta oleh pembangun perisian keselamatan yang terkemuka membantu aplikasi Mobile Security & Antivirus oleh Avast mencatat 100 juta muat turun sehingga hari ini. Fungsi teras aplikasi ini ialah perlindungan terhadap virus dan malware, namun ia tetap dilengkapi dengan ciri-ciri lain seperti anti-kecurian, pendorong RAM, pembersih junk dan banyak lagi ciri-ciri hebat lain yang dapat melindungi peranti anda.

1PASSWORD
  iOS (PERCUMA UNTUK TEMPOH PERCUBAAN  30 HARI) , RM16.90/SEBULAN SELEPAS TAMAT TEMPOH PERCUBAAN

Dicipta dengan membolehkan pengguna menggunakan satu kata laluan untuk semua program lain. Aplikasi ini turut disokong oleh Apple Watch. Walaupun ringkas, namun kekuatan ciri-ciri keselamatan 1Password tidak dapat ditandingi. Bayangkan anda hanya memerlukan satu kata laluan utama untuk semua pendaftaran masuk, kata laluan dan maklumat pembayaran. Disokong oleh perkhidmatan sokongan yang kuat, 1Password disukai dan digunakan oleh jutaan pengguna Apple.

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di Facebook, Twitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~