CYBERJAYA, 25 SEPT 2020 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) telah menjalankan bancian dalam talian semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mendapatkan maklum balas pengguna mengenai perkhidmatan yang mereka langgan. Hasil bancian menunjukkan ramai pengguna tidak berpuas hati terhadap kualiti kelajuan internet mereka kerana tidak seperti yang dijanjikan oleh Telco.

Melalui bancian CFM itu juga mendapati kebanyakan responden mempunyai lebih daripada satu isu perkhidmatan telekomunikasi. Antaranya ialah kualiti liputan rangkaian di dalam rumah dan tiada sebarang penambahbaikan ketara terhadap masalah aduan dilaporkan.

“Bancian ini dijalankan semasa PKP, memandangkan semua orang bergantung kepada sambungan internet untuk berhubung dan bekerja dari rumah. Isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana Telco telah bersetuju untuk memberi perkhidmatan seperti yang telah dijanjikan kepada pengguna yang melanggan. Telco harus lebih proaktif dalam menambahbaik perkhidmatan mereka,” kata Pengerusi CFM, Datin Mohana Mohariff.

Tambah Datin Mohana, “CFM kini sedang dalam proses meminda untuk memperkukuh kod industri GCC dengan kerjasama MCMC bagi memastikan hak pengguna dilindungi. Antara perkara yang akan diperkemas dalam GCC ialah terma dan syarat kontrak perkhidmatan, pemberian ringkasan maklumat perkhidmatan, dan pengguna bekeperluan khas.”

CFM sentiasa menyarankan pengguna untuk melaporkan aduan kepada Teclo masing-masing dengan menyertakan maklumat terperinci mengenai masalah yang dihadapi. Jika masalah tersebut masih tidak diselesaikan, laporkan kepada CFM melalui portal aduan bersepadu bersama MCMC di https://aduan.skmm.gov.my/.

Sementara itu, ada beberapa cara yang boleh dilakukan pengguna untuk membantu menyelesaikan kelajuan internet yang perlahan. Rujuk portal CFM di https://www.consumerinfo.my/basic-faq-how-to-troubleshoot-your-wi-fi-network/ 

#HakAndaKeutamaanKami

#JadilahPenggunaYangBijak

LAMPIRAN

NEGERI JUMLAH RESPONDEN ISU

(*pengguna telah memilih lebih dari 1 pilihan)

A B C D E
Selangor 34 2 20 20 13 6
Sarawak 29 6 13 19 12 7
Pahang 18 10 9 13 7 5
Kedah 18 2 6 13 7
Perak 18 1 12 6 6 4
Sabah 18 1 7 12 11 2
Kelantan 17 5 9 13 7 1
Johor 15 3 10 9 7 4
N. Sembilan 13 4 8 9 9 3
Terengganu 8 4 4 3 3 1
Melaka 6 2 2 6 2 1
KL 6 2 2 2 3
Perlis 3 1 3 2 1
Putrajaya 3 3 1 1
P. Pinang 2 2 1 1
WP Labuan 1 1
JUMLAH 209 40 106 132 90 39

Petunjuk:

Isu A: Tiada menara telekomunikasi di dalam kawasan, terpaksa keluar ke pekan/bandar untuk mendapatkan rangkaian.

Isu B: Tiada signal di dalam rumah, perlu keluar dari rumah untuk mendapatkan sambungan.

Isu C: Kelajuan internet tidak seperti dijanjikan oleh penyedia perkhidmatan.

Isu D: Aduan telah dilaporkan, namun tiada perubahan dan keadaan masih lagi sama. Tiada tindakan diambil.

Isu E: Lain-lain

*Pautan bancian: https://www.facebook.com/consumer.forum.malaysia/posts/4039925392749087

MAKLUMAT TAMBAHAN:

  1. MCMC – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  2. GCC – Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia
  • GCC adalah kod industri didaftarkan pada tahun 2003 oleh pihak MCMC yang berfungsi sebagai garis panduan dan penanda aras untuk penyedia perkhidmatan dalam menyediakan perkhidmatan komunikasi dan multimedia kepada pengguna.
  • Sebarang pelanggaran kod GCC oleh penyedia perkhidmatan akan dilaporkan kepada MCMC untuk tindakan lanjut.
  • GCC versi 2003 kini dalam proses pindaan selari dengan perkembangan semasa industri dan untuk terus melindungi hak pengguna komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Mengenai CFM

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif.

Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang tidak diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan melalui saluran berikut:

PORTAL ADUAN https://aduan.skmm.gov.my

(sistem bersepadu bersama MCMC)

APLIKASI MUDAH ALIH Muat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di

Google Play Store dan App Store

PEJABAT CFM

Bangunan Lama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Jalan Impact, Cyber 6,

63000 Cyberjaya,

Selangor

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan tip berguna, sila layari portal dan media sosial CFM:

PORTAL CFM www.cfm.my

www.consumerinfo.my

MEDIA SOSIAL CFM Facebook: consumer.forum.malaysia

Twitter: @cfm_malaysia

Instagram: @cfm_malaysia

Pegawai Perhubungan Media:

Noor Shahdiella Abd Manan                       shahdiella@cfm.my                                        019 – 324 6036

Roharrashidah Abdul Halil                            roharrashidah@cfm.my                                017 – 896 1588