Home / CFM Buzz / Gaya Hidup Digital / CARA BIJAK GUNA SEMULA TELEFON PINTAR

CARA BIJAK GUNA SEMULA TELEFON PINTAR

Tidak kira sebanyak mana cinta kita kepada telefon pintar, ia tidak dicipta untuk kekal selamanya. Selepas beberapa tahun, alat kecil ajaib ini akan dipenuhi dengan kesan hakis dan calar-balar. Namun dengan teknologi canggih yang ada padanya, adalah lebih baik untuk kita menjadi kreatif dengan menggunakan semula telefon pintar terpakai dan menjadikannya sesuatu yang berguna.

JAM PENGGERA (ALARM CLOCK) 

Mungkin ini pilihan paling ketara yang ada. Dengan wujudnya pelbagai aplikasi jam untuk dipilih, namun telefon pintar tetap memiliki jam penggera yang lebih serba boleh berbanding jam sisi katil yang tradisional. Paparan skrin yang besar memberikan lakaran grafik canggih dan ia juga dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti butang tunda, bunyi yang boleh dipudar dan banyak lagi. Semestinya anda akan memiliki telefon pintar baharu namun mengapa perlu kita bazirkan bateri yang ada? Letakkan ia ditempatnya dan gunakan peranti lama sebagai jam penggera yang berguna.

 ALAT PEMAIN MUZIK (MUSIC PLAYER)

Anda boleh menggunakan telefon pintar yang baharu namun ada lebih banyak kebaikan jika kita memiliki dua telefon pintar berasingan. Pertama sekali, telefon pintar yang lama akan menjadi tempat simpanan untuk memindahkan fail-fail berharga ke telefon pintar baharu anda. 

Kedua, ia menjimatkan bateri dan pastinya ia boleh digunakan untuk memainkan muzik kegemaran anda dalam perjalanan harian menggunakan telefon lama kerana telefon pintar yang digunakan sepanjang masa akan lebih cepat kehabisan bateri di penghujung hari. 

Jika anda ada melanggan sebarang perkhidmatan penstriman muzik, anda tidak perlu liputan rangkaian di telefon pintar lama untuk memainkannya. Anda hanya perlu muat turun senarai main kegemaran anda di rumah menggunakan Wi-Fi dan selepas itu anda boleh katakan selamat tinggal kepada iklan radio yang membosankan.

 

KAMERA SEKURITI RUMAH

Peranti pintar yang lama merupakan pilihan yang lebih murah untuk mengawasi rumah anda. Apa yang anda perlukan ialah aplikasi kamera keselamatan dan soket dinding untuk memasangnya. Rakamannya boleh disiarkan dari jauh menerusi telefon pintar anda sebagai paparan. Aplikasi seperti Alfred Home Security Camera boleh mengesan pergerakan dan anda juga akan mendapat notifikasi mengenai nya melalui telefon paparan anda.

 SENI DINDING (WALL ART)

Jika anda mempunyai beberapa telefon pintar yang tidak digunakan di rumah, anda boleh menjadikannya pameran seni dinding pelbagai rupa. Sekiranya anda sudah bosan dengan imej pegun berbingkai dan mahukan sesuatu yang mempunyai sentuhan moden di rumah, anda boleh gunakan skrin besar untuk mempamerkan tayangan slaid gambar atau seni video. Tetapi masih ada satu kekurangan yang perlu diperbaiki iaitu jangka hayat bateri. Mungkin anda boleh mengecaj peranti pintar anda di tempat lain dan hanya menggunakannya apabila anda mempunyai tetamu, atau anda boleh menempatkan ia berhampiran dengan sumber elektrik yang ada. Ia hanya memerlukan sedikit kesungguhan dan dengan sedikit kreativiti, ia mampu menaikkan suasana sesuatu tempat tinggal.

Sumber : SHOUT Q4, 2017


Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di 
FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 

Cadangan Artikel

APLIKASI KESELAMATAN TELEFON TERBAIK – MELINDUNGI PRIVASI ANDA

Keselamatan menjadi aspek penting bila berbicara mengenai pemilikan peranti mudah alih. Tidak kira apa jua …

5 LANGKAH MENCEGAH TELEFON ANDA DARI TERLEBIH PANAS

Telefon cepat panas? Lakukan tip kami cadangkan untuk mengelak daripada sebarang bahaya : Sumber SHOUT H1,2018 #CFMSHOUT2018 | CFM

Ingin Komen?