Home / Isu Pengguna / Meja Bantuan/Testimoni / CARA MENGESAN REKOD PENGGUNAAN DATA & LOG PANGGILAN / SMS

CARA MENGESAN REKOD PENGGUNAAN DATA & LOG PANGGILAN / SMS

Memeriksa penggunaan data dari:

1. Peranti Mudah Alih


a) Android

Untuk memeriksa pengunaan bulanan semasa di telefon Android anda, pergi ke Tetapan > Tanpa Wayar & Rangkaian > Penggunaan Data. Ia akan memaparkan tempoh penggunaan dan jumlah data selular yang telah anda gunakan setakat ini. Anda juga boleh menetapkan had data mudah alih di skrin tetapan ini. *Bergantung pada model dan sistem operasi telefon.

b)iOS

Aplikasi tetapan iPhone mengandungi skrin Selular yang memberikan indikasi penggunaan. Pilih Tetapan > Data Selular dan lihat di bawah Penggunaan Data Selular untuk penggunaan tempoh terkini.

2. Laman Web/Aplikasi Penyedia Perkhidmatan

Anda boleh mengetahui jumlah penggunaan yang telah digunakan dengan mendaftar masuk ke laman web/aplikasi penyedia perkhidmatan anda dan memeriksa butiran akaun anda. Pengguna dinasihatkan untuk memeriksa maklumat tersebut menggunakan aplikasi/laman web penyedia perkhidmatan untuk mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan sekiranya berlaku pertikaian.

3. Aplikasi Mudah Alih

Anda boleh memuat turun aplikasi dari Play Store/ App Store untuk telefon pintar anda bagi mengesan rekod penggunaan data dan, dalam kes tertentu, boleh menutup data anda sebelum mencapai had yang telah ditetapkan. Anda juga boleh membandingkan penggunaan melalui aplikasi yang terdapat di pasaran dengan aplikasi penyedia perkhidmatan bagi memastikan penggunaan tersebut adalah tepat. Apa jua pilihan yang anda pilih, memantau penggunaan data selular telefon anda boleh mencegah daripada berlakunya caj tambahan sekiranya anda menggunakan pelan data yang terhad, berada di luar negara atau ingin mengelakkan caj tambahan untuk fungsi hotspot.

*  * * * * * *

CARA MENGAKSES REKOD PANGGILAN PADA ANDROID ANDA

1. Buka aplikasi Telefon pada peranti anda
2. Masuk ke Terkini
3. Anda boleh lihat salah satu atau mana-mana ikon berikut di tepi setiap panggilan di dalam senarai anda:
• Panggilan terlepas (masuk) (merah) 
• Panggilan yang anda jawab (masuk) (biru)
• Panggilan yang anda buat (keluar) (hijau)
4. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai panggilan tertentu di dalam rekod panggilan anda, pergi ke panggilan > Butiran panggilan.
Anda boleh mendapatkan butiran untuk setiap panggilan yang dibuat ke nombor tersebut, seperti bila ia dibuat, tempoh panggilan, dan sama ada ia adalah panggilan masuk atau keluar.
Nota: Langkah-langkah ini hanya berfungsi untuk Android 6.0 dan ke atas sahaja.

Anda boleh memanggil perkhidmatan peti simpanan suara untuk memeriksa pesanan anda.
1. Buka aplikasi Telefon pada peranti anda.
2. Tekan pad kekunci di bahagian bawah peranti anda.
3. Tekan 1 dalam beberapa saat.

CARA MEMERIKSA REKOD PANGGILAN & iMessage PADA iPhone MENGGUNAKAN SIRI

Siri – pembantu interaktif iPhone – boleh membantu anda mendapatkan kembali panggilan lama anda – terlepas, keluar, dan masuk. Untuk berbuat demikian, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:
i. Anda boleh tekan butang “Home” berterusan atau ujarkan “Hey Siri” untuk memulakan Siri pada peranti anda.
ii. Siri berkeupayaan memahami perkataan berbeza yang membawa maksud yang sama, jadi anda boleh ujarkan sesuatu seperti “tunjuk/periksa rekod panggilan saya” atau “tunjuk/periksa panggilan terakhir saya.”
iii. Dari senarai yang diberi, anda boleh memilih mana-mana nama untuk memulakan panggilan suara kepada individu tersebut.
Sila pastikan telefon anda tidak dikunci jika anda mahu lihat senarai penuh, jika tidak, Siri akan sekadar memaparkan panggilan terakhir anda.
Untuk memeriksa mesej baru menggunakan Siri:
1. Tekan butang Home berterusan dan Siri akan diaktifkan.
2. Sebut, “Periksa mesej baru,” atau ayat lain yang seumpamanya.
3. Jika anda tiada mesej baru, Siri akan memaklumkan kepada anda.
4. Jika ada mesej baru, Siri akan membacakan mesej tersebut, bermula dengan nama atau nombor telefon si penerima. Siri kemudian akan bertanya jika anda mahu membalas mesej tersebut.
5. Anda boleh menyebut Baca Sekali Lagi jika tidak jelas dengan mesej yang dibaca oleh Siri buat kali pertama atau sebut Balas dan suarakan mesej anda.

Sumber : BUKU 10 ADUAN PENGGUNA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 

Cadangan Artikel

KISAH BENAR : PERKHIDMATAN KANDUNGAN TIDAK DILANGGAN

CFM membawakan anda senario sebenar dan bagaimana kes-kes melibatkan Perkhidmatan Kandungan Tidak Dilanggan diselesaikan serta tip-tip buat pengguna | CFM

KISAH BENAR : KETIADAAN PERKHIDMATAN INTERNET

Ketahui senario sebenar melibatkan isu ketiadaan perkhidmatan internet dan tip-tip ketika berhadapan dengan isu ini | CFM #HakAndaKeutamaanKami #CFMmalaysia

Ingin Komen?