Home / CFM Buzz / Gaya Hidup Digital / JADIKAN HIDUP ANDA LEBIH GEMBIRA – CERIAKAN DAN BERSIHKAN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL ANDA

JADIKAN HIDUP ANDA LEBIH GEMBIRA – CERIAKAN DAN BERSIHKAN KANDUNGAN MEDIA SOSIAL ANDA

Apabila anda membuka Facebook, Instagram atau laman media sosial kegemaran anda, kemungkinan besar anda akan disajikan dengan lambakan paparan gambar dan kemas kini daripada rakan-rakan dan selebriti yang anda ikuti. Kebiasaannya ialah hantaran (post) dan gambar berkenaan gaya hidup mewah seperti menayangkan telefon mahal, beg tangan dan yang berkaitan, termasuklah gambar percutian luar negara di kawasan eksotik dan sebagainya. Malangnya, semua paparan dan berita itu serba sedikit memberikan kesan buruk kepada kesihatan mental anda.
Kebiasaannya kita akan membenarkan kawan dan keluarga terdekat untuk berada dalam rangkaian media sosial kita. Kita juga kerap membenarkan hantaran dan gambar sebilangan selebriti untuk berada di dalam kandungan media sosial kita untuk mengetahui gaya kehidupan orang kaya dan terkenal. Malangnya, ada kebarangkalian besar orang-orang di media sosial itu sememangnya hidup serba mewah atau mungkin hanya sekadar ingin menunjuk-nunjuk sisi indah dan perkara menarik yang berlaku dalam hidup mereka.
Kebanyakan pengguna media sosial ada kecenderungan untuk membandingkan hidup mereka dengan hidup orang lain yang mereka kenali dan ia menjadi faktor negatif yang perlahan-lahan boleh menghakis keyakinan diri sendiri. Satu lagi cabaran yang melelahkan dalam kebanyakan pengguna media sosial ialah rasa takut ketinggalan. Apabila semua orang memuat naik gambar mereka berkumpul dengan rakan atau berkongsi perkara menarik dalam hidup mereka, semua itu terlalu mudah menyebabkan seseorang berasa terpinggir dari rakan sebaya mereka. Ia boleh membuatkan masa terbuang dan menjadi tabiat buruk seperti kerap melayari media sosial hanya untuk sentiasa mengetahui aktiviti orang lain sedangkan anda boleh melakukan hal produktif yang lain.
Hakikatnya setiap orang berada pada tahap hidup yang berbeza. Semua orang, termasuk yang kaya dan terkenal sekalipun, mempunyai kebimbangan dan beban yang perlu ditanggung. Apa yang anda lihat di dalam talian hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupan mereka yang ditunjukkan kepada awam. Ia langsung tidak mewakili keseluruhan hidup mereka. Walaupun kaedah yang paling ekstrem ialah dengan memadamkan akaun media sosial sepenuhnya, namun ia bukanlah pilihan yang baik lebih-lebih lagi kita hidup dalam masyarakat yang sangat terhubung pada hari ini. Menariknya, Malaysia telah menjadi salah satu daripada populasi yang paling aktif menggunakan media sosial. Menurut laporan Hootsuite Digital 2019, 78% daripada penduduk Malaysia menggunakan media sosial – iaitu seramai 25 juta pengguna aktif di media sosial daripada jumlah penduduk seramai 32.55 juta pada tahun 2019. Dalam penggunaan yang terkawal, media sosial sememangnya memberikan manfaat kerana ia mencapai matlamat asal – untuk memastikan pengguna berhubung secara sosial dengan rakan dan keluarga.

SOLUSINYA ialah:
• Ikuti kandungan media sosial yang menggalakkan positiviti;
• Jangan ikuti akaun media sosial yang mempromosikan negativiti, sebaliknya ikuti akaun yang lebih positif dan membantu anda menjadi orang yang lebih baik;
• Pelajari panduan praktikal dan nasihat yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian, tidak kiralah untuk kerjaya, kemudahan hidup dan sebagainya.
Pertama sekali, mulakan dengan mengurangkan apa yang anda ikuti di media sosial. Anda boleh kekal berkawan dengan sesiapa atau tidak mengikuti media sosial mereka jika anda fikir anda tidak mahu terlalu kerap melihat hantaran mereka.
Selepas mengurangkan kandungan media sosial anda, cuba ikuti laman web dan media sosial yang lebih membina diri seperti Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) yang menyediakan panduan praktikal berkenaan kehidupan digital dan banyak lagi.

Berikut adalah beberapa laman yang berguna untuk anda bermula:

Laman pilihan ramai untuk mengetahui panduan dan berita penting mengenai hak pengguna dalam komunikasi dan multimedia di Malaysia.

Anda boleh dapatkan informasi berkenaan hal hal kewangan di Malaysia seperti kad kredit, pinjaman, pelaburan,dan insuran 

Sebuah laman berita sosial yang menyajikan video menghiburkan dan boleh membuatkan anda ketawa.

Memberikan anda sokongan emosi jika anda perlukan seseorang untuk bercakap. Mereka boleh dihubungi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Akaun yang memaparkan gambar dan mesej positif dan menaikkan semangat serta beberapa barangan menarik. 

Tempat inspirasi harian anda.

Anda boleh lihat ratusan gambar flora dan fauna yang berkualiti dari seluruh dunia.

Gambar-gambar anjing yang comel dan menarik di media sosial anda setiap hari!

Platform yang memaparkan video yang sarat dengan maklumat dengan cara lebih santai di mana anda boleh mendapatkan perkongsian dari pelbagai perspektif.

Mengumpulkan doktor-doktor dari 38 bidang yang berbeza di Twitter yang berkongsi berkenaan informasi kesihatan terkini dan menjawab soalan berkaitan kesihatan.

Segalanya tentang ubat di Malaysia.

Akaun ini menyediakan beratus sumber berkualiti tinggi untuk membantu anda belajar dan meningkatkan keupayaan berbahasa Inggeris. 

Coretan ringkas berguna berkenaan bagaimana untuk memahami tatabahasa dan perkataan Bahasa Inggeris sekaligus meningkatkan perbendaharaan kata anda. 

Berkongsi kepada anda idea dan panduan DIY.

Platform yang memaklumkan kekosongan terkini untuk pekerjaan di Malaysia di samping berkongsi panduan berguna mengenai kerjaya. 

Beliau berkongsi panduan tentang kerjaya dan pembangunan diri. 

Sumber: SHOUT 2019 BUMPER EDITION

* * *

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda.

‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~ consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) ~ 

Cadangan Artikel

7 PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Ketahui 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi. Dapatkan tip dan cara bagaimana untuk mengendalikan isu ini.#HakAndaKeutamaanKami | CFM

CARA BIJAK GUNA SEMULA TELEFON PINTAR

'GET CREATIVE'! | CFM... Lihat idea-idea kreatif ini - Bagaimana anda boleh gunakan semula telefon pintar anda. #CFMShout #mobile #tips

Ingin Komen?