Home / CFM Buzz / Siaran Media / 2014 / CFM menganjur Peraduan Video Pendek untuk mempromosi hak pengguna

CFM menganjur Peraduan Video Pendek untuk mempromosi hak pengguna

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2014 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) akan menganjur pertandingan video pendek sempena Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang hak-hak mereka.

Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia disambut di seluruh dunia pada 15 Mac untuk meningkatkan kesedaran global dan mempromosikan hak-hak pengguna. Sebagai sebuah forum yang ditubuhkan untuk melindungi kepentingan pengguna dan meningkatkan kesedaran pengguna tentang industri dan perkhidmatan telekomunikasi, pertandingan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif CFM untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan orang ramai mengenai hak-hak mereka sebagai pengguna perkhidmatan komunikasi dan multimedia, dan dalam hal ini, kewujudan dan nilai 365 Tempoh Sah Kredit untuk pelanggan telefon mudah alih prabayar.

Pertandingan video ‘365 Tempoh Sah Kredit’ ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia di mana para peserta perlu memuat naik video pendek sepanjang 20 saat dengan tema 365 Tempoh Sah Kredit ke laman Facebook CFM.

CFM Pengerusi, Dr Elistina Abu Bakar berkata, “Sejajar dengan objektif CFM untuk mengetengahkan hak pengguna sebagai keutamaan kita, peraduan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pakej ‘365 Tempoh Sah Kredit’ di mana pengguna boleh melanjutkan tarikh luput nombor telefon bimbit mereka sehingga satu tahun (365 hari). Pakej ini sangat bermanfaat kepada pengguna prabayar yang bekerja atau belajar di luar negara dan hanya kembali ke Malaysia beberapa kali setahun, di mana mereka tidak perlu menambah nilai setiap bulan untuk memastikan nombor mereka kekal aktif.”
Sebagai pengguna Komunikasi dan Multimedia, kita boleh menikmati lapan hak asasi, iaitu:

  1. Hak untuk memilih
    Pengguna mempunyai hak dan juga mendapat jaminan bahawa pilihan produk dan perkhidmatan berkualiti boleh didapati pada harga yang kompetitif
  2. Hak keselamatan
    Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan daripada produk dan perkhidmatan yang dibeli, jika digunakan dengan betul mengikut kegunaannya.
  3. Hak untuk dimaklumkan
    Pengguna mempunyai hak untuk menerima maklumat secukupnya tentang produk untuk membolehkannya membuat keputusan untuk membeli.
  4. Hak untuk bersuara dan diberi perhatian
    Pengguna mempunyai hak untuk bersuara dan diberikan perhatian, dimana peniaga dan kerajaan hendaklah menangani apa jua kemusykilan daripada pengguna dengan sewajarnya.
  5. Hak untuk menuntut keadilan atau/dan penyelesaian
    Pengguna berhak diberi peluang untuk menyuarakan rasa tidak puas hati sehingga penyelesaian dan aduan ditangani dengan cara yang memuaskan.
  6. Hak untuk menerima perkhidmatan yang berkualiti
    Pengguna mempunyai hak untuk mendapatkan layanan yang baik, dilayan dengan penuh hormat, diberi respons yang sewajarnya untuk menangani keperluan dan masalah mereka. Selain menjamin kualiti dari segi reka bentuk dan hasil kerja sesuatu produk atau perkhidmatan yang setimpal dengan kosnya, seperti yang ditetapkan dalam perjanjian perkhidmatan, dan ditadbir di bawah piawaian perkhidmatan semasa.
  7. Hak untuk menerima pendidikan pengguna
    Hak menerima pendidikan pengguna yang menyokong manfaat dan penggunaan produk dan perkhidmatan yang dibeli atau dilanggan.
  8. Hak privasi dan perlindungan
    Pengguna mempunyai hak perlindungan ke atas maklumat peribadi diberikan untuk tujuan membeli produk dan/atau mendaftar perkhidmatan. Maklumat ini tidak boleh sama sekali didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik dan/atau menurut arahan mahkamah undang-undang.

 

Walaupun pengguna dinasihatkan untuk melaksanakan hak-hak mereka, CFM juga menggalakkan mereka membuat pilihan yang bijak dengan melakukan penyelidikan awal mengenai produk atau perkhidmatan yang ingin mereka beli atau langgan, bertanya soalan yang berkaitan sebelum membeli, membayar bil tepat pada masa, memahami kontrak dan membaca cetak kecil.

Bersempena dengan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia, pertandingan ini akan bermula pada 15 Mac 2014 dan berakhir pada 30 April 2014. Sila layari laman Facebook (www.facebook.com/consumer.forum.malaysia) atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini. Hadiah menarik menanti pemenang pertandingan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hak-hak pengguna, anda boleh

  1. Portal Aduan            : complaint.cfm.org.mywww.consumerinfo.my
  2. Emel                           : [email protected] /[email protected]
  3. Fax                             : +603 2693 2288
  4. Pejabat                       : 6-02, 6th Floor, Wisma Straits Trading

No. 2, Lebuh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur

 

###

Mengenai CFM
Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan dan dilantik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada tahun 2001. Ia merupakan satu platform bagi industri dan pengguna / orang awam untuk membuat sumbangan yang padu dan membina dalam menambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi.

CFM ditugaskan untuk menggalakkan pertumbuhan industri komunikasi dan multimedia Malaysia dan memberi perlindungan kepada kepentingan pengguna dengan memupuk piawaian etika perniagaan dan tingkah laku tertinggi melalui tadbir urus kendiri. CFM juga merupakan saluran untuk mengajukan aduan tentang perkhidmatan Komunikasi dan Multimedia.

Jika anda mempunyai aduan mengenai perkhidmatan Komunikasi dan Multimedia yang belum diselesaikan, sila membuat aduan dengan menghubungi talian bebas tol CFM 1-800-18-222 atau layari laman web CFM di www.cfm.org.my atau menulis kepada[email protected] .

Hubungan Media:
Lim Hui Shan
Eksekutif, Komunikasi dan Perhubungan Awam

Tel: +603 26923800+603 26923800 / [email protected]  /018-3505732018-3505732

Ingin Komen?