Home / CFM Buzz / Interaksi / DATUK JAKE ABDULLAH – CEO ASTRO RADIO

DATUK JAKE ABDULLAH – CEO ASTRO RADIO

~BERBEKALKAN PENGALAMAN YANG LUAS DALAM INDUSTRI PENYIARAN DAN HIBURAN TANAH AIR, DATUK JAKE ABDULLAH KINI MENIKMATI HASIL KEJAYAAN YANG DISEMAINYA SEJAK BERTAHUN LALU. KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF ASTRO RADIO INI SENTIASA MELAKUKAN YANG TERBAIK WALAUPUN SIBUK MENGURUSKAN KEHIDUPAN HARIAN DAN KERJAYANYA.~

1. Bagaimanakah bermulanya kerjaya Datuk dalam dunia penyiaran?
Saya bermula dengan menjadi seorang penyampai radio dan eksekutif muzik pada tahun 1996 di Astro Radio. Saya masih ingat betapa terujanya saya pada waktu itu dengan impian untuk melakukan sebuah pembaharuan dalam industri penyiaran radio. Perkara itu juga pada masa yang sama merupakan sebuah peluang keemasan kerana saya inginkan perubahan dan mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan keadaan saya kerana anak saya, Larissa pada waktu itu masih bayi. Kini, 20 tahun telah berlalu dan saya mempunyai ramai sahabat yang begitu baik yang saya anggap seperti keluarga sendiri.

2. Apakah cabaran paling besar yang Datuk hadapi sepanjang kerjaya di dalam industri ini dan bagaimana cara Datuk mengatasinya?

Saya terpaksa membuat keputusan sukar untuk meninggalkan Astro kerana saya telah ditawarkan untuk menguruskan iM4U pada tahun 2012. Saya berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif selama setahun di iM4U sebelum kembali semula ke Astro pada tahun 2013.

3. Siapakah selebriti yang Datuk anggap sebagai ikon?
Saya sukakan aktiviti kecergasan, jadi sudah semestinya Dwayne “The Rock” Johnson.
4. Jika dapat kembali semula ke masa silam, apakah yang akan Datuk ingin katakan kepada diri Datuk sewaktu berumur 10 tahun?

Pelajari pelbagai kemahiran termasuklah ilmu perdagangan semasa masih muda dan pelajari segalanya tentang komputer yang dapat mengubah segala-galanya!

5. Telefon pertama Datuk ialah…
Nokia.
6. Mungkin malu untuk mengaku, tetapi Datuk menonton … (Siri drama / filem)
Banyak filem Disney.
7. Jika berpeluang membuat luahan di media sosial untuk sehari, perkara yang akan Datuk muat naik ialah…

Saya tak rasa ia akan berbeza dengan apa yang saya lakukan sekarang kerana saya akan fokus berkongsi mengenai kesihatan,kecergasan dan motivasi.

 

8. Android atau Apple. Mana satukah pilihan Datuk?
Apple!
9. Lima aplikasi yang mesti ada di dalam telefon pintar Datuk?
Saya ada beberapa aplikasi. Saya suka Snapseed, kerana ia sebuah aplikasi yang terbaik untuk menyunting gambar. Waze, kerana saya lemah dengan arah jalan. Juga, aplikasi Pacer yang membantu untuk merekod larian saya.
10. Mana yang lebih penting bagi Datuk, lebih masa untuk berbual atau lebih data internet?
Data. Ia penting untuk memastikan fakta anda sahih.
11. Perkara pertama yang akan Datuk periksa di telefon pintar apabila bangun pagi?
Paparan laman sosial saya dan skor bola sepak.
12. Mana satu pilihan Datuk? Telefon pintar dengan kamera canggih atau telefon dengan bateri tahan lama?
Semestinya bateri yang tahan lama supaya kita boleh selalu menyunting foto.
13. Permainan mudah alih terbaik yang pernah Datuk main?
Sebenarnya saya tidak begitu banyak bermain permainan mudah alih tetapi pernah bermain Candy Crush selama beberapa tahun.
14. Apakah perkara yang paling Datuk gemar lakukan?
Saya suka bersenam di gim selain meluangkan masa untuk bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.

15. Adakah Datuk pernah mendengar mengenai CFM sebelum ini?
Sudah semestinya.

Datuk Jake Abdullah bukan hanya aktif di gim, tetapi turut aktif di media sosial. Ikuti beliau di:

 @jakeabdullah

 @jakeabdullah

Sumber : SHOUT Q3 2017, consumerinfo.my #interaksi #CFMmalaysia  #CFMshout

Cadangan Artikel

AIMAN SALIM – PELAWAK ATAS TALIAN

Pada zaman teknologi masa kini, siapa saja boleh terus dikenali dengan bakat tersendiri melalui bantuan …

DR. RUZAIMI MAT RANI – INSPIRASI MALAYSIA

LATAR BELAKANG PROJEK YANG DIJALANKAN?Saya mengambil nisiatif untuk membudayakan kemahiran melukis dalam membentuk generasi celik kemahiran komunikasi visual. Generasi …

Ingin Komen?