Home / CFM Buzz / Siaran Media / 2019 / DIALOG CFM 2019: KEKAL SELAMAT DALAM TALIAN

DIALOG CFM 2019: KEKAL SELAMAT DALAM TALIAN

BANGI, 18 DISEMBER 2019 – Sebagai sebuah forum industri yang mengutamakan hak-hak pengguna, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) dengan sokongan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengambil inisiatif mengadakan sesi Dialog CFM 2019 sebagai platform untuk berkongsi maklumat dengan pengguna di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sesi Dialog CFM 2019 kali ini merupakan edisi kedua buat tahun ini yang bertemakan “Perlindungan Pengguna dalam Era Spam, Penipuan dan Pemalsuan” memberi tumpuan untuk mendidik pengguna mengenai keselamatan dalam talian di Malaysia.

“Disebabkan oleh pembangunan teknologi digital dalam sistem pembayaran dan penggunaan e-Dompet yang semakin meluas pada hari ini, lebih ramai pengguna memilih untuk menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai. Melalui sesi Dialog CFM ini, ia dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam mengenai trend semasa ekonomi global yang kini ke arah sistem pembayaran yang lebih cekap dan pantas serta risiko yang melibatkan penggunaan internet,” kata Pengerusi CFM, Datin Mohana Mohariff.

Perkongsian maklumat dalam sesi Dialog CFM 2019 disampaikan oleh pakar-pakar industri iaitu daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman – DSP Nur Asrul Haji Ariff; Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) – Mohd Muhaimi Mohamad; Bahagian Pemantauan Keselamatan Rangkaian MCMC – Rahmat Abu Nong; CyberSecurity Malaysia – Jazannul Azriq Aripin; Apigate Sdn Bhd – Liong Ang Ling; dan Boost e-Wallet – Asyraf Ahmad Suhaibi. Antara topik yang dibincangkan ialah mengenai Jenayah Komersial Siber, Peranan KPDNHEP dan MCMC dalam melindungi pengguna, Langkah untuk kekal selamat, dan Pembayaran digital.

Pada akhir sesi perkongsian, peserta diberi peluang untuk bersoal jawab dengan ahli panel mengenai topik yang telah disampaikan.

Tambah Datin Mohana, “CFM berharap melalui program yang diadakan ini dapat memberikan maklumat penting dan penjelasan mengenai keselamatan dalam talian untuk memupuk budaya pengguna Malaysia yang berpengetahuan.”

CFM akan sentiasa berusaha untuk menjadi sebuah forum yang proaktif dengan berhubung dengan pengguna secara berterusan melalui pelbagai inisiatif seperti dialog, forum, bengkel, kaji selidik dan program-program kesedaran yang lain.

#HakAndaKeutamaanKami

#JadilahPenggunaYangBijak

#AmbilTahu

#JadilahPenggunaCelikTeknologi

Dari kanan: Ahli panel Dialog CFM 2019 daripada JSJK Bukit Aman – DSP Nur Asrul Ariff, KPDNHEP – Mohd Muhaimi Mohamad, MCMC – Rahmat Abu Nong, CyberSecurity Malaysia – Jazannul Azriq Aripin, Apigate Sdn Bhd – Liong Ang Ling, Boost – Muhamad Asyraf Ahmad Suhaibi dan moderator, Dr DorisPadmini S.Selvaratnam mendengar ucapan penutup daripada Timbalan Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff sebelum sesi diaolog berakhir.

Ahli-ahli panel sesi Dialog CFM 2019 bersama beberapa ahli CFM dan parapelajar selepas sesi perkongsian yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

_______________________________TAMAT______________________________

Mengenai CFM

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif.

Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang tidak diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan melalui saluran berikut:

PORTAL ADUAN https://aduan.skmm.gov.my

(sistem bersepadu bersama SKMM)

APLIKASI MUDAH ALIH Muat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di

Google Play Store dan App Store

PEJABAT CFM

Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Off Persiaran Multimedia Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor

Untuk dapatkan lebih banyak maklumat dan tip berguna, sila layari portal CFM:

PORTAL CFM www.cfm.my

www.consumerinfo.my

Cadangan Artikel

SESI DIALOG CFM 2019: PLATFORM PERBINCANGAN KONSTRUKTIF MENGENAI CABARAN DAN MASA DEPAN JALUR LEBAR DI MALAYSIA

Dialog CFM 2019 yang bertemakan “Perubahan Landskap Jalur Lebar Malaysia” merupakan kesinambungan Forum Evolusi Pengguna Digital CFM 2017 dengan memberi tumpuan kepada cabaran dan masa depan jalur lebar di Malaysia sempena meraikan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2019.

PENAMBAHBAIKAN PENYELESAIAN ADUAN PENGGUNA MELALUI KAJIAN SEMULA KOD AMALAN AM PENGGUNA (GCC)

CYBERJAYA, 24 JUN 2019 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) sebagai sebuah badan …

Ingin Komen?