Home / CFM Buzz / Interaksi / FIZA FRIZZY – PENYAMPAI RADIO IM4U.FM

FIZA FRIZZY – PENYAMPAI RADIO IM4U.FM

1. Boleh ceritakan bagaimana anda mula menceburi bidang penyiaran?

Saya sentiasa memasang impian untuk menceburi industri ini sejak kecil lagi tetapi tidak tahu di mana untuk bermula sehinggalah saya ternampak iklan “Projek Metro” oleh Media Prima Berhad. Saya bertuah kerana dipilih sebagai salah seorang finalis rancangan realiti tersebut dan bermula dari situ ia benar-benar mencetuskan minat saya untuk meneruskan karier dalam industri ini. Saya bermula dari bawah, tidak pernah memilih kerja yang ditawarkan supaya dapat menimba pengalaman sebanyak mungkin. Alhamdulillah, saya masih di sini.

2. Cabaran terbesar yang dihadapi sepanjang karier anda, dan bagaimana anda mengatasinya?

Dibandingkan dengan orang lain! Saya kerap menerima komen yang saya kelihatan seperti seorang lagi personaliti TV/Radio, dan ramai seringkali menyangka bahawa saya ialah personaliti tersebut. Memang ia agak menjengkelkan, tapi saya anggap ia adalah cabaran untuk menjadi lebih baik dan menyerlahkan diri saya sendiri. Setiap manusia di dunia ini memiliki karekter yang berbeza dan itulah yang membezakan di antara anda dengan orang lain. Saya masih dalam usaha untuk menampilkan kelainan dalam karier saya agar dapat dikenali sebagai diri saya yang sebenar.

3. Selebriti yang anda anggap sebagai ikon?

Tempatan: Cheryl Samad dan Sarimah Ibrahim
Antarabangsa: Ellen Degeneres dan Jimmy Fallon

4. Jika anda boleh kembali ke masa lampau, apakah yang ingin anda katakan kepada diri anda semasa berusia 10 tahun?

Jangan pernah berubah. Saya tetap mahu menjadi Fiza Frizzy yang sebegini dalam masa 18 tahun lagi.

5. Telefon bimbit pertama anda ialah….

Nokia 3310

6. Anda malu untuk mengaku, tapi anda menonton… (siri TV/filem)

High Strung (filem paling teruk pernah saya
tonton).

7. Jika anda dapat membuat luahan di laman sosial untuk satu hari, anda akan muat naik tentang…

Muat naik gambar setiap lubang di atas jalan raya di Malaysia dengan kapsyen “lokasi dan alamat
yang tepat” dan tag setiap seorang daripada mereka – anda pun tahu siapa mereka itu
(Jumlahnya pasti tak terbilang)!

 

8. Anda peminat Apple atau Android?

Apple!

9. Lima aplikasi kegemaran anda yang mesti ada dalam telefon pintar anda?

WhatsApp, Instagram, GSC, MuslimPRO, Maybank2U/CIMBClicks

10. Mana lebih penting buat anda, lebih masa berbual atau lebih data?

Lebih data (Saya suka FaceTime).

11. Perkara pertama anda periksa di telefon pintar anda bila bangun di waktu pagi?

Pesanan ringkas daripada orang yang tersayang.

12. Mana satu pilihan anda? Telefon dengan kamera canggih atau telefon dengan bateri tahan lama?

Tak boleh pilih kedua-duanya sekali? Hahaha. Saya lebih sanggup ada bateri yang tahan lama.

13. Permainan mudah alih paling terbaik pernah anda main?

Alamak, saya bukan “kaki game” tetapi boleh bermain permainan “Candy Crush”.

14. Apakah aktiviti yang paling anda suka lakukan?

Tidur/menonton filem di rumah (dalam rumah)
Menyelam/bercuti berseorangan (luar rumah)

15. Adakah anda pernah dengar mengenai CFM sebelum ini?

Mestilah! Saya suka Fillo dan staf CFM memang best!! Ada kerja kosong tak?

Sumber : SHOUT Q2 2017, consumerinfo.my #interaksi #CFMmalaysia  #CFMshout

Cadangan Artikel

AIMAN SALIM – PELAWAK ATAS TALIAN

Pada zaman teknologi masa kini, siapa saja boleh terus dikenali dengan bakat tersendiri melalui bantuan …

DR. RUZAIMI MAT RANI – INSPIRASI MALAYSIA

LATAR BELAKANG PROJEK YANG DIJALANKAN?Saya mengambil nisiatif untuk membudayakan kemahiran melukis dalam membentuk generasi celik kemahiran komunikasi visual. Generasi …

Ingin Komen?