Home / CFM Buzz / Siaran Media / 2017 / FORUM #MYdigitalEvo CFM MENGHUBUNGKAN PENGGUNA DAN INDUSTRI – FORUM #MYdigitalEvo MENJADI PLATFORM PERBINCANGAN INTELEKTUAL TENTANG PERTUMBUHAN PESAT PERKHIDMATAN DIGITAL

FORUM #MYdigitalEvo CFM MENGHUBUNGKAN PENGGUNA DAN INDUSTRI – FORUM #MYdigitalEvo MENJADI PLATFORM PERBINCANGAN INTELEKTUAL TENTANG PERTUMBUHAN PESAT PERKHIDMATAN DIGITAL

CYBERJAYA, 24 MEI 2017 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) komited untuk terus memperkasakan pengguna komunikasi dan multimedia dengan menganjurkan sebuah forum #MYdigitalEvo sempena meraikan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia (WTISD) 2017.

Forum #MYdigitalEvo yang bertemakan “Evolusi Pengguna Digital” adalah inisiatif CFM untuk menjadikannya sebagai platform perbincangan intelektual tentang pertumbuhan pesat perkhidmatan digital bagi menghubungkan pengguna dan industri.

“Melalui forum #MYdigitalEvo ini, para peserta forum yang juga adalah pengguna, diberi pendedahan tentang isu-isu digital seperti mengetahui tentang impak perkembangan digital masa depan. Para peserta juga berpeluang untuk memperolehi pengetahuan dengan mengikuti pembentangan dan dialog konstruktif yang disampaikan oleh panel-panel jemputan yang pakar dalam bidang masing-masing,” kata Pengerusi CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid.

Program yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Jailani Johari ini memberi tumpuan kepada dunia digital industri yang turut membincangkan tiga (3) topik utama iaitu Jalur Lebar di Malaysia – Pengalaman Pengguna Malaysia; TV Digital; dan Perkhidmatan Mudah Alih.

Tambah Megat Ishak, melalui forum #MYdigitalEvo ini juga diharap penjelasan isu industri dapat dikongsikan dalam menghadapi cabaran era baru untuk memacu ekonomi digital yang menjadi antara fokus dalam Bajet 2017, sekaligus dapat memberi manfaat kepada pengguna dan juga perkembangan berterusan industri teknologi.

Forum #MYdigitalEvo membariskan ahli panel yang terdiri daripada pemain dan pakar industri yang boleh memberi pemahaman yang lebih mendalam kepada para peserta tentang intipati dunia komunikasi digital yang berkembang pesat pada hari ini. Panel jemputan yang akan berkongsi pengetahuan ialah Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotCom Berhad, Afzal Abdul Rahim; Ketua Pegawai Eksekutif iFlix Malaysia, Azran Osman Rani; Ketua Produk Digital & Perkhidmatan Digi, Prashant Pathmanaban; Ketua E-Channel Kumpulan RHB, Azrul Farique Mustafa; dan beberapa panel dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dalam pada itu, CFM telah menerima sebanyak 7,556 aduan pada tahun 2016 yang mencatat peningkatan sebanyak 3.14% daripada 7,326 aduan yang diterima pada tahun 2015.  Manakala, sebanyak 1,316 aduan telah diterima CFM bagi suku pertama (Q1) 2017 dan sebanyak 88.43% daripada jumlah aduan tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari 30 hari.  

Jumlah Aduan Yang Diterima CFM
2017

(Suku Pertama)

Jumlah Aduan = 1,316 Aduan 88.43% aduan diselesaikan dalam tempoh < 30 hari
 

2016

 

 

7,556 Aduan

 

 
Meningkat 3.14%

 

 

 

77% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari
 

2015

 

7,326 Aduan

72% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari

Berikut adalah lima (5) kategori aduan tertinggi yang diterima CFM pada tahun 2016 dan bagi suku pertama 2017. Aduan berkaitan Bil dan Caj merekodkan jumlah aduan yang paling tinggi dan kebanyakan aduan yang dilaporkan adalah berkaitan pertikaian bil.

2016 Q1 2017
5

KATEGORI ADUAN TERTINGGI TERTINGGI DITERIMA CFM

BIL & CAJ 2,914 BIL & CAJ 512
KUALITI

PERKHIDMATAN

2,506 KUALITI LIPUTAN 373
KUALITI LIPUTAN 619 KUALITI PERKHIDMATAN 205
AMALAN TIDAK ADIL 442 AMALAN TIDAK ADIL 67
TIADA LIPUTAN 404 PENUKARAN PENYEDIA PERKHIDMATAN 39

CFM akan sentiasa berusaha memastikan pengguna mendapat maklumat yang tepat dan hak-hak mereka terus dipelihara dengan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas perkhidmatan yang diberikan oleh penyedia perkhidmatan dan menangani sebarang pelanggaran Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC).

GCC adalah satu kod amalan yang perlu dipatuhi semua penyedia perkhidmatan Komunikasi dan Multimedia di Malaysia dengan objektif untuk menyediakan garis panduan dan amalan terbaik bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dan adil dapat diberikan kepada pengguna.

Cadangan Artikel

CFM TERUS KOMITED DENGAN INISIATIF PENAMBAHBAIKAN MELINDUNGI KEPENTINGAN PENGGUNA

Ketahui Garis Panduan Pendaftaran Perkhidmatan Prabayar yang baharu yang akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2018. Baca selanjutnya di consumerinfo.my

PENGGUNA BOLEH RUGI BESAR MELALUI CETAK ROMPAK DIGITAL

CYBERJAYA, 7 SEPTEMBER 2017 – Sebagai sebuah organisasi yang memberi fokus kepada hak-hak pengguna,  Forum …

Ingin Komen?