KOTA KINABALU, 17 MAC 2018 – Komited dalam memperkasakan pengguna, Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) membawakan “Gags and Coffee CFMSketsa Pengguna Bijak” hari ini di Padang Merdeka bagi berkongsi maklumat berkaitan isu telekomunikasi yang dihadapi pengguna di Sabah. Program kali ini diadakan di Sabah bagi memberi pendedahan tentang peranan dan tanggungjawab CFM bagi meningkatkan kesedaran pengguna setempat di samping berkongsi maklumat yang bermanfaat mengenai perkhidmatan telekomunikasi yang diperlukan terhadap perubahan teknologi serta cabaran media yang terdapat di dalam industri. Gags and Coffee merupakan sebuah pendekatan baharu bagi CFM dalam menyampaikan maklumat kepada pengguna. Perkongsian maklumat pada kali ini berbentuk santai dan dekat dengan pengguna kerana topik yang disampaikan merupakan antara aduan tertinggi diterima oleh CFM daripada pengguna di Sabah kerana mengikut rekod, CFM telah menerima sebanyak 128 aduan bagi tahun 2016 manakala pada tahun 2017 pula mencatatkan 59 aduan dan terbaharu sebanyak 15 aduan telah dilaporkan setakat Februari tahun ini,” kata Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff. Tambah Mohamad Yusrizal, tiga aduan tertinggi yang diterima oleh CFM melibatkan RangkaianPemberian Perkhidmatan dan Bil dan Caj. Oleh itu, sebagai pengguna komunikasi dan multimedia, kita perlu menjadi pengguna yang proaktif dan mengetahui hak-hak sebagai pengguna. Pengguna juga disarankan untuk melaporkan aduan kepada penyedia perkhidmatan sekiranya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang dilanggan kerana ia dapat memberi impak kepada perubahan perkhidmatan dan industri daripada sekadar membuat rungutan di media sosial.

Bagi edisi Sesi Perkongsian Maklumat Industri (KSS) kali ini, CFM menggunakan cara penyampaian yang berlainan dengan menampilkan barisan pelawak seperti Mad Sabah dan AG Hafiz untuk berkongsi tentang contoh-contoh masalah yang sering dihadapi pengguna. CFM memainkan peranan penting untuk memperkasakan pengguna serta komited untuk melindungi hak-hak pengguna di dalam industri komunikasi dan multimedia. Pada era masa kini di mana maklumat yang kurang tepat mudah untuk diperolehi, CFM merupakan platform pilihan pengguna untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan tips berkaitan dengan komunikasi dan servis multimedia. Salurkan aduan yang tidak diselesaikan oleh penyedia perkhidmatan kepada CFM dengan menghubungi talian hotline di 1-800-18-2222 atau emel di aduan@cfm.org.my.

#HakAndaKeutamaanKami

#JadilahPenggunaYangBijak

#AmbilTahu

_______________________________TAMAT______________________________

Mengenai CFM

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif.

Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi saluran kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang tidak diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada CFM melalui saluran berikut:

PORTAL CFM www.cfm.my www.consumerinfo.my
PORTAL ADUAN CFM aduan.skmm.gov.my (sistem bersepadu bersama SKMM)
HOTLINE 1-800-18-2222
E-MEL aduan@cfm.org.my
APLIKASI MUDAH ALIH Muat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di Google Play Store dan App Store
PEJABAT CFM Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Off Persiaran Multimedia Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor.

 Pegawai Perhubungan Media:

Noor Shahdiella Abd Manan , shahdiella@cfm.my  019 – 324 6036

Roharrashidah Abdul Halil  , roharrashidah@cfm.my  017 – 896 1588

Nur Shazwani Zainudin  , shazwani@cfm.my   017 – 401 2010