Home / CFM Buzz / Siaran Media / 2020 / GANGGUAN RANGKAIAN JEJAS URUSAN HARIAN PENGGUNA

GANGGUAN RANGKAIAN JEJAS URUSAN HARIAN PENGGUNA

CYBERJAYA, 5 OKT 2020 – Masalah gangguan perkhidmatan Celcom yang berlaku sekitar pukul 3.00 petang semalam, telah menyebabkan ramai pengguna di seluruh negara tidak dapat mengakses khidmat suara dan data.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Celcom, masalah teknikal ini telah diselesaikan dan sebagai tanda penghargaan, penggunaan kuota data bagi pelanggan yang terjejas tidak akan dikurangkan dari pukul 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malam semalam. Pelanggan penyedia perkhidmatan lain yang menggunakan rangkaian Celcom seperti XOX, Yoodo, redONE, ALTEL, serta pelanggan Unifi mobile di kawasan tanpa liputan 4G juga turut terjejas dan mungkin akan ditawarkan pemberian lain.

“Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) melihat perkara ini bukan sekadar pemberian kuota data percuma, sebaliknya pengguna perlu jaminan bahawa gangguan seperti ini tidak menjadi kebiasaan. Pengguna juga perlu dimaklumkan dengan kadar segera jika berlaku gangguan rangkaian agar tidak menimbulkan kegusaran kepada pengguna,” kata Timbalan Pengerusi CFM, Mohamad Yusrizal Dato’ Yusoff.  

“Selain itu, kita juga melihat pelbagai masalah yang dilaporkan pengguna di media sosial seperti tidak dapat melakukan transaksi pembayaran dalam talian, tidak dapat menghubungi keluarga, menjejaskan pengalaman penunggang perkhidmatan e-hailing serta menjejaskan punca rezeki pemandu berkaitan, dan pelbagai masalah lain lagi. Ianya menjadi lebih kritikal dalam norma baharu apabila pengguna terlalu bergantung dengan perkhidmatan ini,” tambah beliau.

CFM sentiasa menyarankan pengguna untuk melaporkan aduan kepada Telco masing-masing dengan menyertakan maklumat terperinci mengenai masalah yang dihadapi. Jika masalah tersebut masih tidak diselesaikan, laporkan kepada CFM melalui portal aduan bersepadu MCMC di https://aduan.skmm.gov.my/.

#HakAndaKeutamaanKami

#JadilahPenggunaYangBijak

__________________________________END___________________________________

Mengenai CFM

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif.

Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perkhidmatan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi pemudah cara kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang tidak diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan melalui saluran berikut:

PORTAL ADUAN https://aduan.skmm.gov.my

(sistem bersepadu bersama MCMC)

APLIKASI MUDAH ALIH Muat turun aplikasi “MY MOBILE RIGHTS” di

Google Play Store dan App Store

PEJABAT CFM

Bangunan Lama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC), Jalan Impact, Cyber 6,

63000 Cyberjaya,

Selangor

 

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat dan tip berguna, sila layari portal dan media sosial CFM:

PORTAL CFM www.cfm.my

www.consumerinfo.my

MEDIA SOSIAL CFM Facebook: consumer.forum.malaysia

Twitter: @cfm_malaysia

Instagram: @cfm_malaysia

Cadangan Artikel

PERUNDINGAN AWAM KOD GCC 2020

Maklumat lanjut mengenai langkah pemberian maklum balas PERUNDINGAN AWAM KOD GCC 2020 boleh didapai di laman sesawang http://www.consumerinfo.my.

Ingin Komen?