Home / CFM Buzz / Gaya Hidup Digital / “INTERNET SPEED AND ME”

“INTERNET SPEED AND ME”

 “INTERNET SPEED AND ME”
Seringkali kita mengadu mengenai kelajuan internet tetapi adakah kita memahaminya?
UJI INTERNET ANDA
Anda boleh layari laman sesawang / aplikasi ini :

  1. Speedtest (Flash) : http://www.speedtest.net
  2. SpeedOf.Me (HTML 5) : http://speedof.me
  3. PCMag : http://pcmag.speedtestcustom.com/

Atau anda boleh buat ujian di laman sesawang Penyedia Perkhidmatan anda.

MEMAHAMI UJIAN INTERNET
·         Kelajuan Muat turun : Mengukur kelajuan data dipindahkan dari laman sesawang ke peranti anda. Lebih tinggi lebih baik.·         Kelajuan Muat Naik : Mengukur kelajuan data yang dipindahkan dari peranti ke laman sesawang anda. Lebih tinggi lebih baik.·         Signal (Kualiti Sambungan Internet) : Mengukur jangkamasa tindakbalas antara internet dengan peranti. Lebih rendah lebih baik.
APAKAH FAKTOR MEMPENGARUHI KELAJUAN INTERNET?
1.    Peranti/aplikasi/pelayan-web – CPU, jumlah memori, penggunaan pelbagai aplikasi, ‘cache’, dan lain-lain.

2.    Sambungan antara peranti dengan internet – Mungkin berlaku gangguan pada WiFi atau kabel tidak disambungkan dengan betul atau rosak

3.    “Adware/Spyware” atau “Malware” – Salah satu punca yang menyebabkan bandwidth / kelajuan internet anda berkurangan

4.    “Router” – Peranti / perisian lama selalunya agak lambat dalam mengendalikan sambungan internet berkelajuan tinggi

5.     Pengendali Pelayan(server) – Laman sesawang yang sedang diakses mungkin berhadapan dengan isu ‘bandwidth’ dan menyebabkan capaian menjadi sesak.

BANDINGKAN SAMBUNGAN INTERNET ANDA
Bandingkan kelajuan internet anda dengan pengguna lain menggunakan laman sesawang / aplikasi ini :

  1. Sensorly – http://www.sensorly.com
  2. Open Signal App – http://www.opensignal.com
  3. My Mobile Coverage – http://www.mymobilecoverage.com
PENAMBAHBAIKAN SAMBUNGAN INTERNET ANDA
Ingin menambah kelajuan? Sila cuba tip-tip ini :

1.    “Reboot” peranti/router anda.

2.    Imbas (“Scan”) peranti anda dari ancaman “adware/spyware/malware”

3.    Kemaskini perisian dan/atau Sistem Operasi

4.    Tukar kata laluan “router” anda

5.    Hubungi pakar teknikal

Jika semua langkah-langkah ini tidak berjaya, tutup semua peranti anda dan luangkanlah masa bersama orang tersayang . Selalunya, ini lebih bermakna! 🙂

Mencari Pakej Internet dengan Kelajuan yang Pantas? 

Penstriman Filem, muat turun lagu-tidak kira bagaimana anda menggunakan Internet,

KAMI sedia membantu anda dengan senarai-pakej Internet berkelajuan tinggi untuk pilihan anda.

Klik di sini

Pilihan Di Tangan Anda!

#GetSmarterWithconsumerinfo #BeAsmartTelcoUser #PilihanDiTanganAnda

Cadangan Artikel

10 APLIKASI KEMBARA UNTUK SI CELIK TEKNOLOGI

Sama ada tujuannya ingin mengagumi kehebatan seni bina atau menikmati matahari dan laut yang menenangkan, …

APLIKASI KESELAMATAN TELEFON TERBAIK – MELINDUNGI PRIVASI ANDA

Keselamatan menjadi aspek penting bila berbicara mengenai pemilikan peranti mudah alih. Tidak kira apa jua …

Ingin Komen?