~Kevin Zahri bukan lagi satu nama asing dalam dunia kecergasan dan kesihatan dalam negara. Beliau digelar sebagai Cikgu Fitness Malaysia dan bukan sekadar menjadi jurulatih kecergasan tetapi beliau juga merupakan seorang penulis, pengacara TV dan model. Walaupun jadual aktivitinya padat, Kevin Zahri sempat meluangkan masa bersama SHOUT untuk berkongsi kisahnya bersama pembaca~

Bagaimana anda bermula sebagai Cikgu Fitness?

Saya mula berminat dengan dunia kecergasan semasa sedang melanjutkan Ijazah Kejuruteraan di Universiti Northeastern di Boston, Amerika Syarikat. Saya rasa seronok dengan bidang tersebut dan mengambil kelayakan Latihan Kecergasan Atlet Amerika (AFTA) walaupun saya tidak merancang untuk menjadikan ia sebagai kerjaya seperti sekarang. Semuanya berlaku secara tidak dirancang.

Jika anda bukan seorang Cikgu Fitness, apa yang anda akan lakukan sekarang?
Saya akan menjadi seorang jurutera terlatih dan pakar teknologi. Sekarang ini pun saya lakukan sendiri pembangunan laman web saya dan mungkin saya akan bermula dengan bidang seperti itu.
Sebagai seorang Cikgu Fitness bagaimana anda memulakan hari anda?

Saya memulakan hari saya dengan cara yang lebih santai. Saya tidak bekerja di pejabat jadi saya akan memulakan hari dengan menikmati pemandangan dari balkoni rumah saya dengan rutin yang santai.

Bagaimana anda berehat dan bersantai pada hujung minggu?
Saya mempunyai kebebasan untuk menentukan jadual saya sendiri supaya hari-hari saya boleh menjadi sama ada seperti hujung minggu atau hari bekerja. Kebanyakan aktiviti kerja saya akan jatuh pada hujung minggu. Pada waktu lapang, saya akan bersukan, menonton bola sepak, bercuti atau bermain konsol permainan video saya.
Apakah rejim kecergasan yang sering dilakukan oleh Cikgu Fitness seperti anda?
Saya tidak mempunyai rejim kecergaan yang tetap dan saya juga tidak bersenam setiap hari. Saya suka melakukan pelbagai senaman jadi saya akan lakukan pelbagai rejim senaman mingguan saya dengan senaman di gim. Saya akan ke gim dua atau tiga kali seminggu dan akan melakukan aktiviti sukan lain seperti golf. Saya juga bukan seorang pelari tetapi ia adalah pilihan individu. Bila bercakap tentang senaman, ia bukanlah mengenai kuantiti sebaliknya kualiti yang lebih perlu diutamakan.

Dengan pelbagai makanan menarik yang ada di Malaysia, bagaimana anda dapat mengekalkan berat badan namun padamasa yang sama boleh menikmati makanan tanpa perlu berlapar dan tidak perlu bersenam secara berlebihan?

Anda boleh menikmati makanan namun perlu ada ukurannya setiap hari. Itulah antara intipati bagi program kecergasan ‘Jom Kurus’ kendalian saya. Ia bukan mengenai tahan lapar dan menjalankan diet yang ketat tetapi semuanya tentang keseimbangan dan nikmat hidup.

Apakah pencapaian yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Bergelar seorang ayah. Saya bersyukur kerana dapat memiliki dua orang cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup saya. Ia memberikan erti kejayaan, matlamat dan makna yang sebenar buat saya.
Bagaimana anda mendekati pengikut anda?
Saya mempunyai akaun media sosial seperti Facebook dan Twitter. Laman web saya iaitu www.kevinzahri.com adalah platform yang menghubungkan saya dengan pengikut-pengikut saya dan cara untuk saya berkongsi semua aktiviti media sosial dan kempen yang saya lakukan.
Bagaimana media digital dan sosial dapat memberi impak kepada kerjaya dan hidup anda?
Segalanya boleh berlaku melalui media digital dan media sosial dan menjadikan saya boleh bekerja dari rumah. Bahkan ketika saya menjawab soalan SHOUT ini, saya sedang duduk di sebuah kedai kopi bersama anak kecil saya. Momen seperti ini sangat berharga buat saya sekeluarga.
Apa perancangan anda pada masa akan datang?
Saya ingin memberi tumpuan untuk meluaskan nama dan jenama saya di dalam dan luar negara.
Adakah anda pernah mempunyai masalah dengan peranti digital atau perkhidmatan yang anda langgan? Jika ya, pernahkah anda laporkan aduan tentang peranti atau pembekal perkhidmatan anda dan adakah anda berpuas hati dengan penyelesaian
yang diberikan?
Ia jarang berlaku tetapi tidak semua laman web dan perkhidmatan digital boleh dipercayai kerana mereka mahu anda untuk percaya.
Adakah anda tahu bahawa anda boleh melaporkan aduan yang tidak dapat diselesaikan oleh pembekal perkhidmatan anda kepada CFM?
Ya, saya tahu tetapi isu yang saya hadapi kadang-kadang bukan isu yang besar untuk saya laporkan aduan.

 PILIHAN KEVIN

Berikut adalah aplikasi kegemaran Kevin Zahri

CNBC

Percuma Boleh Didapati Di iOS Dan Android

 

Aplikasi berguna ini memberikan anda perkembangan semasa daripada rangkaian berita CNBC termasuk maklumat pasaran dan kewangan yang tersedia untuk anda.

Eurosport

Percuma Untuk Ios dan Android

 

Jika anda seorang peminat sukan, aplikasi ini dianggap satu aplikasi yang mesti dimuat turun. Ia memberikan anda berita dan perkembangan terkini tentang dunia sukan dari perlumbaan F1 ke sukan tenis.

 

Ticker: Stocks

Portfolio Manager

Percuma Untuk Ios Dan Android

 

Aplikasi ini membolehkan pengguna mengurus dan memantau saham pilihan dan prestasi portfolio dengan isyarat masa sebenar.

MoneyWiz –

Personal Finance

RM7.19 Untuk Android,

US$4.99 Untuk Ios

Perisian padat dan eisien yang membantu untuk mengendalikan kewangan anda. Ia boleh mengingatkan anda membayar bil dan akan menghitung bajet buat anda sehingga anda mendapat gaji seterusnya.

Bloomberg

Business

Percuma Untuk Ios Dan Android

Aplikasi ini adalah berkaitan perniagaan. Ia memberikan anda berita terkini dari pelbagai kategori dan anda juga boleh membuat pilihan bagi senarai pasaran yang anda ingin tahu seperti Indeks Ekuiti, Bon dan sebagainya.

 Sumber : SHOUT Q1 2015, consumerinfo.my #connected #CFMmalaysia  #CFMshout