Senario i: Kawasan kediaman saya tiada liputan jalur lebar gentian optik, tetapi kawasan kejiranan di sebelah kawasan perumahan saya pula ada liputan tersebut walaupun jarak di antara kedua-dua kawasan kurang dari 100 meter. Saya sudah memohon untuk melanggan perkhidmatan tersebut, namun isu ini masih belum dapat diselesaikan kerana kekurangan infrastruktur oleh penyedia perkhidmatan di kawasan saya.
Senario ii:  Sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telah berjanji dengan saya bahawa infrastruktur perkhidmatan internet mudah alih mereka akan siap pada penghujung bulan Februari. Tarikh yang dijanjikan kepada saya pada awalnya ialah Disember tahun lepas. Namun, syarikat tersebut masih gagal untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan yang diperlukan walaupun sekarang sudah bulan Februari.
Senario iii: Saya kini tersepit dalam situasi yang sangat mengecewakan. Kawasan kediaman saya tiada akses internet yang baik. Semua penyedia perkhidmatan yang telah saya hubungi menyatakan mereka tiada liputan rangkaian di tempat saya. Saya dan isteri tidak boleh menyiapkan kerja sehinggalah kami tiba di pejabat. Lebih teruk lagi, anak-anak kami tidak dapat menyiapkan kerja rumah mereka. Terdapat ramai lagi penduduk di kawasan kami yang memerlukan akses internet sempurna untuk memudahkan kehidupan harian mereka. Tolong bantu kami.
Jawapan: Penyedia perkhidmatan mempunyai beberapa kekangan untuk menyediakan perkhidmatan di kawasan tersebut oleh kerana beberapa faktor dalaman seperti kelulusan kos. Terdapat juga faktor luaran yang turut menyumbang kepada penawaran perkhidmatan tersebut seperti permit akses, kelulusan pihak berkuasa tempatan, kelulusan pengurusan bangunan, kesediaan akses di dalam premis pelanggan oleh pelanggan atau pengurusan bangunan.

Sebelum melanggan sesuatu perkhidmatan, anda dinasihatkan agar mendapatkan maklumat awal mengenai ketersediaan perkhidmatan oleh penyedia perkhidmatan pilihan di kawasan anda.
Anda juga boleh mencari perkhidmatan alternatif lain sekiranya perkhidmatan pilihan anda masih tidak terdapat di kawasan anda.

GARIS PANDUAN GCC

1. Peruntukan Tentang Maklumat 

A. Prinsip-prinsip Asas Untuk Penyedia Perkhidmatan

1.3 Penyedia Perkhidmatan mesti menjawab permintaan Pengguna tentang maklumat Perkhidmatan terkini yang boleh didapati dalam masa (7) hari daripada tarikh penerimaan permintaan maklumat daripada Pelanggan.

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

 * * * 

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia. 

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~