Breaking News
Home / Isu Pengguna / Meja Bantuan/Testimoni / KISAH BENAR : KUALITI SAMBUNGAN INTERNET

KISAH BENAR : KUALITI SAMBUNGAN INTERNET

Senario i: Saya sering mengalami masalah sambungan kelajuan internet yang perlahan setiap kali melayari internet menggunakan Wi-Fi rumah. Situasi ini amat mengecewakan kerana saya tidak dapat menikmati kelajuan seperti yang dibayar. Masalah ini sudah berulang kali terjadi dan mengganggu sambungan Wi-Fi saya dengan teruk sekali. Bila saya membuat laporan kepada penyedia perkhidmatan saya, mereka gagal memberikan jawapan yang memuaskan. Saya amat memerlukan sambungan tanpa wayar untuk bekerja dari rumah. Mohon bantu saya untuk menangani masalah ini.
Senario ii:  Penyedia perkhidmatan internet saya baru sahaja memberikan perkhidmatan kepada saya sejak semalam. Namun begitu, saya mendapat tahu yang kelajuan internet yang diterima tidak seperti kelajuan yang diminta (30Mbps). Saya membuat ujian kelajuan internet dan keputusan menunjukkan kelajuan untuk muat turun hanya mencecah 13.08Mbps manakala kelajuan untuk muat naik pula hanya 7.05 Mbps. Kedua-dua kelajuan muat turun dan muat naik menjadi semakin teruk apabila saya menggunakan telefon mudah alih. Tolong selesaikan masalah ini secepat mungkin. Saya menantikan maklum balas pihak anda.
Senario iii: Saya amat bingung dengan kualiti perkhidmatan jalur lebar yang lemah. Walaupun tinggal di kawasan perumahan dalam bandar, liputan lemah jalur lebar di kawasan ini sangat menyakitkan hati. Saya terpaksa melakukan teknik yang sama seperti mematikan dan menghidupkan semula peranti saya berulang kali untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. Ini bukan apa yang saya inginkan. Saya sudah jemu untuk membayar bil tetapi tidak mendapat kualiti perkhidmatan seperti yang dinikmati orang lain.
Jawapan: Isu ini mungkin berpunca daripada beberapa tetapan kecil yang perlu dipulihkan. Hidupkan semula modem/peranti, pastikan penunjuk status Wi-Fi menyala dan periksa kekuatan isyarat pada peranti anda (telefon, komputer riba atau tablet). Kosongkan cache dan pastikan anda tidak menyambung internet dengan banyak peranti pada masa yang sama.

PENYELESAIAN MASALAH BANTU-DIRI
i. Sila periksa sambungan internet anda di mana yang berkenaan dan pastikan kabel, port USB dan lain-lainnya disambungkan dengan betul.
ii. Terangkan masalah anda dengan spesifik dan sejelas yang mungkin semasa membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan anda. Contohnya, “masalah internet” mungkin merujuk kepada sambungan yang perlahan, ada sambungan tetapi tiada akses internet, dan ada sambungan tetapi kelajuan yang perlahan.
iii. Anda boleh melayari laman web penyedia perkhidmatan anda untuk merujuk kepada panduan penyelesaian masalah bantu-diri (jika ada) dan soalan lazim perkhidmatan.
iv. Jika masalah masih berterusan, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda untuk bantuan lanjut.
APABILA ADUAN DIAJUKAN KEPADA PENYEDIA PERKHIDMATAN YANG BERKENAAN
 i. Anda perlu mengesahkan jenis masalah sambungan internet yang dihadapi. Contohnya kelajuan sambungan yang perlahan untuk melayari laman web tertentu atau sambungan secara menyeluruh.
ii. Jika anda berdepan dengan masalah sambungan yang perlahan untuk melayari laman web tertentu, anda perlu membuat ujian ping dan memberikan keputusan ujian tersebut kepada penyedia perkhidmatan untuk pemeriksaan lanjut.
iii. Jika anda mengalami masalah kelajuan secara menyeluruh, anda perlu memadamkan semua cookies dan cache, atau cuba menggunakan pelayar web lain seperti Internet Explorer, Chrome, dan Mozilla.
iv. Jika masalah masih berterusan, anda perlu membuat ujian kelajuan internet dan berkongsi maklumat dengan penyedia perkhidmatan anda untuk pemeriksaan teknikal dengan lebih lanjut.
 SEKIRANYA SAMBUNGAN TANPA WAYAR DIGUNAKAN:
 • Anda perlu memaklumkan kepada penyedia perkhidmatan sama ada kekuatan isyarat kuat atau lemah.
• Jika isyarat tanpa wayar anda kuat, penyedia perkhidmatan perlu memeriksa jumah kuota data dan status akaun anda sama ada masih aktif atau digantung.
• Jika tiada masalah berkaitan dengan akaun atau jumlah kuota data anda, anda akan diminta untuk menghidupkan semula peranti anda.
• Jika masalah masih berterusan, penyedia perkhidmatan akan menentukan sama ada perlu membuat kunjungan servis ke rumah anda.
• Kemaskini firmware router tanpa wayar jika perlu.
• Periksa peranti pelayar untuk adware/malware

 

GARIS PANDUAN GCC
Bahagian 2: Perkhidmatan SelepasJualan
1.22 Penyedia Perkhidmatan mestilah memaklumkan Pelanggan tentang
perkara-perkara berikut:
a. sama ada terdapat atau tidak perkhidmatan selepas jualan;
b. keadaan yang menyediakan perkhidmatan selepas jualan;
c. maklumat untuk menghubungi perkhidmatan selepas jualan;dan
d. sama ada bayaran dikenakan untuk perkhidmatan selepas jualan.

Bahagian 2: Pengiklanan dan Penampilan Perkhidmatan
1.33 Penyedia Perkhidmatan akan menyediakan penerangan dalam
bahan-bahan Pengiklanan yang menyokong adanya sesuatu
perkhidmatan, dalam keadaan berlakunya had geografi atau teknikal
ke atas penerimaan Perkhidmtan kepada Pengguna yang:
a. Memberi kesan besar kepada keupayaan Perkhidmatan; dan
b. Di ketahui oleh Penyedia Perkhidmatan
Contoh penerangan termasuklah, tetapi tidak terhad kepada:
i. “Untuk maklumat lanjut, sila hubungi XYZ”
ii. “Tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan”
iii. “Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web kami di
http://www.cfm.org.my”
iv. “Tertakluk kepada adanya perkhidmatan”

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 

Cadangan Artikel

KISAH BENAR:KUALITI LIPUTAN-JALUR LEBAR TIDAK MEMUASKAN

CFM membawakan anda senario sebenar dan bagaimana kes-kes melibatkan ketiadaan liputan internet diselesaikan | CFM #HakAndaKeutamaanKami #CFMmalaysia

KISAH BENAR : PERTIKAIAN BIL & BAYARAN

Ketahui senario sebenar dan bagaimana kes-kes melibatkan pertikaian bil dan bayaran diselesaikan | CFM #HakAndaKeutamaanKami #CFMmalaysia

Ingin Komen?