Breaking News
Home / Isu Pengguna / Meja Bantuan/Testimoni / KISAH BENAR:KUALITI LIPUTAN-JALUR LEBAR TIDAK MEMUASKAN

KISAH BENAR:KUALITI LIPUTAN-JALUR LEBAR TIDAK MEMUASKAN

 

Senario i: Jenis perniagaan yang saya jalankan memerlukan sambungan internet yang pantas. Saya rasa pakej perkhidmatan yang saya langgan ketika ini tidak mencukupi untuk menampung keperluan perniagaan saya yang semakin berkembang. Buat masa ini, ada 15 peranti yang disambungkan ke rangkaian perkhidmatan saya ketika waktu bekerja, dan kelajuan sebenar perkhidmatan ini tidak sesuai untuk persekitaran dengan permintaan yang tinggi. Ketiadaan pakej perkhidmatan yang lebih laju dan kemudahan pelengkapnya di kawasan pejabat saya amat mengecewakan, jadi saya telah memohon kepada penyedia perkhidmatan untuk menaik taraf kemudahan mereka dengan segera dan tidak berlengah lagi.

Jawapan i: Ketika aduan ini dibuat, penyedia perkhidmatan tersebut hanya mampu menawarkan pakej terhad pada ketika itu kerana ketiadaan kemudahan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan tersebut. Bagi tujuan perniagaan, pelanggan boleh memilih untuk bertukar kepada perkhidmatan yang boleh menawarkan kemudahan yang lebih baik bergantung kepada keperluan perniagaannya.

 

Senario ii: Untuk beberapa bulan, saya telah mengadu kepada penyedia perkhidmatan mengenai liputan yang tidak memuaskan hati saya. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya tidak menerima sebarang diskaun atau rebat setiap kali saya tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut. Saya rasa rugi dan ditipu oleh syarikat tersebut. Saya telah membuat banyak aduan sebelum ini tetapi mereka hanya menetapkan semula tetapan di menara telekomunikasi tanpa memulihkan atau menaik taraf menara tersebut. Bila saya membuat aduan, mereka sekadar menetapkan semula internet, atau menyuruh saya untuk menghidupkan semula modem dan mengubah posisinya di tepi tingkap. Saya telah beberapa kali mengikut arahan mereka tetapi masalah yang sama masih berulang kali terjadi. Jika masalah ini tidak boleh diselesaikan, saya mahu membatalkan langganan saya tanpa dikenakan sebarang caj penalti kerana ia seperti tidak adil buat saya yang masih terus membuat bayaran bil pada setiap bulan tanpa ada tangguhan.

Senario iii: Seorang pengadu melaporkan yang dia telah melanggan perkhidmatan internet bulanan tetapi jarang mendapat liputan internet di tempat kerjanya. Masalah ini telah terjadi sejak bulan lepas. Pengadu tersebut berharap penyedia perkhidmatan dapat menyelesaikan masalah ini.

Jawapan ii & iii: Terdapat kawasan tertentu di mana liputan yang ada terhad atau tiada liputan langsung, Insiden yang dilaporkan oleh pelanggan mungkin disebabkan oleh beberapa perkara:

     i. Sambungan internet yang perlahan dan terputus-putus ketika waktu puncak            di kawasan sesak.

    ii. Liputan terhad atau ketiadaan liputan. Sebagai contoh, di aras atas dalam               bangunan tinggi, tingkat bawah tanah, lif, parkir bawah tanah, terowong,                   kesesakan rangkaian biasa, jarak dari menara telekomunikasi, jenis dan kualiti         telefon, dan ciri-ciri muka bumi.

   iii. Kerja-kerja naik taraf yang dijadualkan/penyelenggaraan yang dijalankan oleh         penyedia perkhidmatan.

 

GARIS PANDUAN GCC:

B. Keterangan Tentang Perkhidmatan

1.9 (a) Sebelum menandatangani kontrak, Penyedia Perkhidmatan mesti menyediakan keterangan secukupnya tentang Perkhidmatan dalam bahasa biasa dan mengelakkan penggunaan terma-terma khas teknikal, kecuali mana-mana yang perlu. Atas permintaan Pengguna, Penyedia Perkhidmatan wajib, sejauh mana diketahui oleh Penyedia Perkhidmatan, memaklumkan Pengguna tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan lain yang diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan yang Pengguna ingin dapatkan daripada Penyedia Perkhidmatan.

 (b) Penyedia Perkhidmatan hendaklah memberikan maklumat terperinci tentang kemampuan Perkhidmatan contohnya seperti kawasan-kawasan liputan.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 

Cadangan Artikel

KISAH BENAR : PERTIKAIAN BIL & BAYARAN

Ketahui senario sebenar dan bagaimana kes-kes melibatkan pertikaian bil dan bayaran diselesaikan | CFM #HakAndaKeutamaanKami #CFMmalaysia

DAPATKAN BANTUAN DARIPADA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN PELANGGAN

Ingin Komen?