Breaking News
Home / CFM Buzz / Gaya Hidup Digital / TIPS UNTUK LINDUNGI ‘PRIVACY SMARTPHONE’ ANDA DARI PASANGAN, ‘EX’ DAN ‘STALKER’ ANDA!

TIPS UNTUK LINDUNGI ‘PRIVACY SMARTPHONE’ ANDA DARI PASANGAN, ‘EX’ DAN ‘STALKER’ ANDA!

Bagaimana Perkara Ini Berlaku?

Perlu melindungi privasi anda dari pasangan, bekas pasangan atau ‘stalker’ yang menyeramkan?! Atau anda seorang yang sangat paranoid dan merasakan bahawa seluruh dunia sedang memerhatikan anda?! Segala rahsia dan maklumat peribadi anda disimpan dalam satu peranti kecil iaitu telefon pintar anda.

Jadi…Apa Yang Saya Perlu Lakukan Untuk Elakkan Semua Ini Berlaku?

Lindungi Peranti Anda – Pastikan tiada sesiapa yang boleh mengakses telefon pintar anda secara fizikal. Dan, jika sekiranya ia berlaku, mereka tidak mampu berbuat apa-apa dengan langkah-langkah keselamatan di bawah ini :

Lindungi akses ke peranti anda menggunakan kod atau kunci skrin anda. Gunakan daftar masuk secara biometrik atau tetapkan 10 saat atau kurang untuk memadamkan skrin anda secara automatik.

Aktifkan ‘Lost Device Finder’ supaya anda dapat padamkan data sendiri dari jauh jika diperlukan. ‘Find My iPhone’ (iOS) atau ‘Device Manager’ (Android).

Tukarkan(encrypt) data pada peranti anda & memori luaran. : (Android: Settings>Personal>Security>Encrypt Phone) (iOS: Settings>Touch ID & Passcode>Turn Passcode ON)

Jangan gunakan Wifi Awam yang diragui.

Lindungi Aplikasi Anda – Pastikan tiada sesiapa yang mendapat akses secara maya ke telefon pintar anda. Anda boleh gunakan cara di bawah ini :

  Emel dengan Penyulitan (Encrypted): seperti Protonmail

  Mesej dengan Penyulitan (Encrypted ): seperti Signal atau OTR

  Penyimpanan dengan Penyulitan(Encrypted): seperti Veracrypt atau SpiderOak

  Pengimbas Malware/Spyware : seperti  Malwarebytes

Lindungi Pergerakan Digital Anda:

      Padamkan (Switch off’) Pengesan Lokasi: (ANDROID: Settings>Location>Google Location Settings>Location Reporting OFF dan Location History OFF} (iOS: Settings>Privacy>Location Services>Frequent Locations OFF)

  Melayari Internet: Gunakan Private Browsing (Safari) atau Mod Incognito (Chrome) atau Gunakan ‘Virtual Private Network’ (VPN) atau pelayar TOR atau DuckDuckGo selain Google atau pelayar tambahan : HTTPS Everywhere atau ‘Disconnect’

 Rangkaian Media Sosial: Tetapkan kepada Private atau wujudkan akaun Public yang lain jika perlu.

ALTERNATIF LAIN?

Berhenti menjadi terlalu paranoid!

Tidak semuanya dapat dilindungi dengan selamat 100%! Sama ada berhenti menggunakan peranti elektronik atau padamkan sahaja semua data anda – Luangkan masa berharga anda bersama mereka yang tersayang atau hantar sahaja poskad menggunakan pos biasa 🙂 !

#HakAndaKeutamaanKami #GetSmarterWithConsumerinfo #ICYMI #phonetips #privacy

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 

Cadangan Artikel

MENUJU KE MASA HADAPAN : EVOLUSI 5G

Bagaimana 5G membawa perubahan kepada cara hidup kita dari mobiliti, rumah sehingga kereta. Adakah anda sudah bersedia? #Evolusi5G #Internet | CFM

TUTORIAL : 6 TEKNIK FOTOGRAFI MENGGUNAKAN ‘SMARTPHONE’ ANDA SECANTIK DSLR KETIKA ‘TRAVEL’

Tips buat 'Bloggers', 'Igers' - Ketahui Rahsia 'Snap' Gambar seperti 'Pro' dengan hanya menggunakan telefon pintar anda sahaja! | CFM

Ingin Komen?