1. Layari laman web TELCO anda & fahami cara untuk tamatkan kontrak dengan betul.

Nota* Setiap TELCO mempunyai prosedur yang yang berbeza untuk menamatkan akaun perkhidmatan.

2. Hubungi talian khidmat pelanggan TELCO anda untuk mendapatkan penjelasan jika ada sebarang keraguan.

3. Sila rujuk Terma & Syarat Kontrak dengan TELCO anda.

*Bagi yang menamatkan kontrak lebih awal, bayaran penalti mungkin akan dikenakan. Anda perlu ambil maklum bahawa anda tetap perlu membuat pembayaran walaupun anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan mereka.

4. Sekiranya anda telah menamatkan perkhidmatan dengan penyedia perkhidmatan anda, pastikan anda mendapat penyata bil akhir untuk mengesahkan jika ada sebarang caj tertunggak daripada TELCO tersebut.

5. Elakkan isu yang bakal timbul dengan mana-mana penyedia perkhidmatan dengan membuat pembayaran penuh semua caj yang tertunggak.

6. Pastikan anda menerima surat pengesahan yang menyatakan penamatan perkhidmatan dan segala bayaran tertunggak telah dibayar penuh selain daripada menerima penyata bil akhir dari TELCO terbabit. Kedua-duanya merupakan bukti penting sekiranya berlaku sebarang pertikaian bil pada masa hadapan. Simpan maklumat tersebut di tempat yang selamat.

7. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertikaian atau masalah, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda terlebih dahulu. Jika hasilnya tidak memuaskan, buat laporan di portal aduan.skmm.gov.my untuk bantuan lanjut.

#FahamiKontrakAnda

#AmalkanKawalanKendiri

#CFMmalaysia

Sumber : SHOUT H2, 2018

* * *

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda.

‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~ consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) ~