Senario i: Saya baru menyedari yang kredit prabayar saya telah ditolak oleh penyedia perkhidmatan sejak setahun yang lepas. Walaupun saya telah melanggan pelan data mudah alih untuk sehari sahaja tetapi penyedia perkhidmatan saya masih terus mengenakan bayaran secara automatik untuk pelan tersebut walaupun telah tamat tempoh. Tolong selesaikan masalah saya. |
Jawapan: Sebarang langganan kepada pas harian adalah menerusi pemberitahuan SMS oleh pelanggan. Sebarang maklumat yang berkaitan dengan pembaharuan langganan akan terkandung di dalam terma dan syarat, yang perlu dibaca dengan teliti dan difahami sebaik mungkin sebelum melanggan perkhidmatan/pelan tersebut. |
Senario ii: Saya menerima bil bulanan saya dan mendapati saya telah dicaj untuk internet mudah alih yang bukan sebahagian daripada komitmen bulanan saya. Kemudian, saya telah membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan saya dan mengakui yang saya mungkin telah mengaktifkan pelan itu secara tidak sengaja. Saya memohon kepada mereka agar menghentikan perkhidmatan tersebut tetapi saya diberitahu bahawa saya masih perlu membayar untuk internet mudah alih dan had kredit saya hanya terpakai untuk panggilan dan SMS. Bagaimana saya boleh selesaikan isu ini? |
Senario iii: Saya mendaftar talian baharu tanpa melanggan pelan data. Pelan talian itu hanya untuk membuat panggilan dan SMS sahaja. Jika saya perlu menggunakan data, saya hanya melanggan pas data harian 1GB untuk satu kali penggunaan. Caj tambah nilai itu ialah yuran sekali bayar sahaja, tetapi sistem terus mengenakan caj terhadap saya setiap hari, memaksa saya untuk membuat aduan kepada perkhidmatan pelanggan. Apabila saya menghubungi mereka semula, wakil khidmat pelanggan itu memaklumkan yang saya perlu menandatangani borang untuk membatalkan perkhidmatan tersebut. Saya membantah tindakan itu kerana saya tidak pernah melanggan apa-apa tambah nilai secara automatik. |
Jawapan ii&iii: Bila melanggan pelan data tertentu, anda perlu tahu terma dan syarat untuk menggunakan pelan tersebut, contohnya pembaharuan secara automatik. Pelanggan perlu menghubungi penyedia perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai langganan tersebut. Jika maklumat mengenai pembaharuan automatik dinyatakan, maka caj tersebut adalah sah. Sekiranya maklumat tersebut tidak dinyatakan, pelanggan perlu membawa isu ini ke pengetahuan penyedia perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. Dalam situasi ini, pelan pas data harian 1GB itu dikira sebagai sebahagian daripada pelan pembaharuan automatik, maka caj tertakluk mengikut penyedia perkhidmatan. Oleh itu, ia amat penting bagi anda untuk sentiasa peka dengan caj dikenakan oleh penyedia perkhidmata agar anda tahu bila anda perlu membuat bayaran tertunggak. |
GARIS PANDUAN GCC Bahagian 2: Kaedah Mengebil Pelanggan, Mengenakan Bayaran, Pungutan dan Kredit
|
Sumber : BUKU 10 ADUAN PENGGUNA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA oleh CFM
Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di Facebook, Twitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.
~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~