Senario i: Pada bulan Januari, saya telah membuat permohonan penempatan semula perkhidmatan ke alamat baharu. Selepas dua minggu, saya menerima emel yang memaklumkan bahawa permohonan saya sedang diproses. Walaubagaimanapun, pada bulan Februari, saya terkejut kerana mendapati yang rumah baharu saya tidak berada di dalam kawasan liputan perkhidmatan dan saya mesti membayar yuran penalti untuk menamatkan akaun saya. Saya masih mahu menggunakan perkhidmatan tersebut dan saya masih belum membuat sebarang permohonan untuk menamatkan akaun tersebut, jadi kenapa saya mesti dikenakan penalti? |
Jawapan: Untuk penamatan awal perkhidmatan atau penempatan semula perkhidmatan, wakil khidmat pelanggan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pelanggan mengenai sebarang caj atau yuran yang perlu dibayar. Pelanggan dinasihatkan untuk membaca dan memahami terma dan syarat perkhidmatan tersebut. |
Senario ii: Saya telah membuat temu janji untuk membuat pemasangan pada satu tarikh tertentu pada awal tahun ini tetapi tiada wakil penyedia perkhidmatan hadir atau menghubungi saya pada hari tersebut. Saya telah menghubungi pusat khidmat pelanggan untuk mendapatkan penjelasan mengenai temu janji saya. Wakil khidmat pelanggan syarikat tersebut berkata saya perlu menunggu dan mereka akan tiba tidak lama lagi. Akhirnya, tiada wakil yang datang dan saya perlu menjadualkan semula temu janji untuk pemasangan tersebut. Saya telah memohon cuti tahunan bagi tujuan temu janji pemasangan tersebut namun tiada wakil penyedia perkhidmatan hadir atau menghubungi saya mengenai ketidakhadiran mereka. |
Jawapan: Pelanggan biasanya akan diberitahu seminggu lebih awal dari tarikh pemasangan. Penyedia perkhidmatan juga perlu memberikan nombor telefon pegawai pemasangan yang bertugas kepada pelanggan untuk memudahkan urusan. Jika pelanggan atau penyedia perkhidmatan perlu menjadualkan semula temu janji mereka, makluman menerusi panggilan telefon mesti dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh temu janji untuk mengelakkan kesulitan kepada kedua-dua pihak. Pelanggan dinasihatkan untuk memeriksa terus dengan pegawai pemasangan atau penyedia perkhidmatan sehari sebelum tarikh pemasangan sekiranya terdapat sebarang perubahan kepada tarikh temu janji. |
Senario iii: Saya telah memohon kad sim baharu menerusi salah satu Telco tempatan. Selepas selesai mendaftar di salah satu cawangan penyedia perkhidmatan tersebut, saya pulang ke rumah dan mendapati kad sim saya tidak diaktifkan. Saya juga telah mengunjungi ke cawangan tersebut beberapa kali tapi masih tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut. Kad sim saya masih tidak diaktifkan sehingga hari ini. Saya tidak faham kenapa begitu susah untuk syarikat tersebut mengaktifkan kad sim saya. |
Jawapan: Menurut perjanjian tahap perkhidmatan standard untuk, pengaktifan kad sim akan dibuat dalam masa empat jam pertama. Namun untuk seperti kes di atas, penyedia perkhidmatan telah memeriksa dan mendapati kad sim tersebut telah rosak. Isu tersebut boleh diselesaikan dengan menggantikan kad sim tersebut dengan kad sim baharu. |
PEMASANGAN |
|
PENGAKTIFAN |
|
GARIS PANDUAN GCC Bahagian 2: Memberikan Perkhidmatan (c) Nilai Kredit Pelanggan 1.68A Penyedia Perkhidmatan yang berkaitan akan mematuhi dan akan memastikan agen-agen mereka mematuhi peruntukan-peruntukan berkaitan dengan (Standard Arahan Memenuhi Pemasangan) dalam penetapan 1, 2002. |
Sumber : BUKU 10 ADUAN PENGGUNA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA oleh CFM
Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di Facebook, Twitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.
~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~