Pengumpulan dana awam atau crowdfunding membenarkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan dana bagi sesuatu produk. Jika berlaku sesuatu, berkemungkinan anda tidak akan memperolehi sebarang manfaat. Idea pengumpulan dana awam bukanlah sesuatu yang baharu, namun ianya menjadi popular selepas beberapa projek berproil tinggi berjaya mendapat dana melalui laman sesawang sejak beberapa tahun lalu. Antara projek berproil tinggi yang berjaya ialah permainan konsol Android-powered Ouya, jam pintar Pebble dan fon kepala realiti maya Oculus Rift. Untuk makluman, laman web pengumpulan dana awam membolehkan usahawan mendapatkan dana dari sesiapa sahaja melalui internet, berbanding memohon pinjaman dari institusi perbankan. Untuk menggalakkan orang ramai melabur dengan lebih kerap, laman tersebut akan menawarkan ganjaran berperingkat; semakin banyak anda menyumbang semakin tinggi ganjaran akan diperolehi, termasuklah barangan dan perkhidmatan edisi terhad sebelum ia masuk ke pasaran. Malah pembiaya juga berpeluang untuk bertemu dengan pencipta produk tersebut. Terdapat laman web yang menyediakan platform untuk pelabur yang mahukan pulangan, malah ada juga untuk tujuan amal semata-mata. Perlu diingatkan, anda bukan membeli sesuatu produk atau perkhidmatan melalui pengumpulan dana awam, tetapi anda memberikan sumbangan dan sebagai balasan anda akan menerima ganjaran pada masa akan datang. Kebiasaannya, dana yang telah dilaburkan tidak akan dipulangkan semula. Walaupun ada projek yang berjaya mendapat dana, mahupun memasuki pasaran, namun masih terdapat projek yang gagal seperti projek drone Zano, sebuah drone fotografi bersaiz tapak tangan yang dikawal menggunakan telefon pintar. Pengeluarnya telah diisytiharkan muflis selepas mendapat dana berjumlah £2.3 juta awal tahun ini. Penyumbang dana turut diabaikan tanpa mendapat sebarang ganjaran. Sebagai penyumbang dana, anda perlu memastikan projek yang ingin dilabur benar-benar berbaloi. Anda perlu membuat kajian terlebih dahulu sama ada ia akan memberi manfaat atau sebaliknya kerana penerima dana boleh menarik balik projek berkenaan. Pengumpulan dana awam ini adalah salah satu kaedah yang menarik bagi mengetahui perkara yang menjadi trend semasa termasuklah teknologi. Sebenarnya anda tidak perlu menyumbangkan wang dalam jumlah yang banyak. Paling penting, anda perlu mempunyai kebolehan melihat projek yang mampu membawa manfaat walaupun ianya kecil. Selamat menderma!

TIP PENGUMPULAN DANA AWAM!
Apa itu pengumpulan Dana Awam? Berikut tips untuk anda yang ingin memulakan pengumpulan Dana Awam.
Buat Kajian Periksa latar belakang pencipta projek dan sebarang projek yang dilakukan sebelum ini. Jika mereka tidak mempunyai rekod projek yang gagal, boleh teruskan niat anda. Memahami peraturan Setiap laman web pengumpulan dana awam mempunyai peraturan yang berbeza. Seperti Kickstarter, ia tidak akan mengambil kira cagaran anda jika jumlah pembiayaan tidak dicapai. Adakah mereka berkomunikasi? Anda perlu melihat bagaimana pencipta projek itu memberi maklum balas dan kekerapan mereka mengemas kini. Jika kemas kini jarang dilakukan, ia petanda untuk anda jauhi projek berkenaan. Kos penghantaran mungkin meningkat Jika anda membeli sesuatu produk, anda berkemungkinan akan membayar lebih dari nilai asal. Anda mungkin dikenakan caj penghantaran dan cukai dari Jabatan Kastam.

Sumber : SHOUT Q3 2015 , consumerinfo.my, Digital Life  #CFMShout #CFMmalaysia #YourRightsOurPriority

 * * * 

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia. 

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~