Home / Isu Pengguna / Jenis Aduan / PERNAHKAH ANDA MENEMUI KANDUNGAN ATAS TALIAN YANG JELIK? BERIKUT ADALAH APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN

PERNAHKAH ANDA MENEMUI KANDUNGAN ATAS TALIAN YANG JELIK? BERIKUT ADALAH APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN

Internet adalah medium hebat yang membolehkan kita untuk menemui segala jenis maklumat, boleh menjual dan membeli barangan serta banyak lagi. Malangnya, terdapat golongan yang menyalahgunakan internet. Walaupun internet boleh bertindak sebagai medium yang membolehkan orang ramai berkongsi pandangan mereka, namun ia perlu digunakan dengan baik dan tidak keterlaluan. Pengguna perlu bersikap sensitif apabila menyuarakan pendapat sama ada di media sosial ataupun di manamana medium yang lain.

Jika anda menemui kandungan atas talian yang boleh ditafsirkan sebagai lucah, palsu, mengancam atau jelik dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu anda atau individu lain; anda boleh memfailkan aduan kepada Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF). Kandungan yang dimaksudkan termasuklah mesej, bahan di laman web, video, sistem pesanan ringkas (SMS), atau imej yang dikongsi di laman web atau media sosial. Jika ada kandungan jelik disiarkan dan memenuhi ciri-ciri di atas, ia boleh jadi satu pencabulan dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

untuk memfailkan aduan secara atas talian, log masuk ke http://aduan.skmm.gov.my, atau anda juga boleh menghubungi hotline SKMM di talian 1800-188-030, atau hantarkan SMS ke 15888 dengan mesej berikut: SKMM ADUAN [Maklumat aduan]. Setelah aduan anda difailkan, SKMM akan memperakui aduan tersebut dengan memberikan nombor rujukan dalam tempoh 3 hari selepas aduan diterima. SKMM akan melakukan siasatan dan memberikan maklum balas mengenai hasil siasatan dalam tempoh 15 hari. Untuk maklumat lanjut, layari www.skmm.gov.my.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), Seksyen 233

Seksyen 233: Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

Apakah bidang kuasa SKMM bagi menangani aduan berkaitan kandungan jelik di internet?

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua (2) peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet, iaitu:  Seksyen 211:  Larangan terhadap pemberian kandungan jelik

(1)  Tiada pemberi perkhidmatan aplikasi kandungan, atau orang lain yang menggunakan perkhidmatan aplikasi

kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya

dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang.

(2)  Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh

didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua

-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.          Seksyen 233:  Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1)    Seseorang yang –

(a)  dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau

perkhidmatan aplikasi secara sedar –

(i)    membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan

(ii)   memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang

lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,

menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain; atau

(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada

secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak

mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati,

menganiayai, mengugut atau menggangu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat

elektronik,adalah melakukan suatu kesalahan.

(2) Seseorang yang secara sedar –

(a)  Dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa

komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau

(b) Membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi rangkaian di bawah kawalan

orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a), adalah melakukan

suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak

melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan

hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari

kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Sumber : SHOUT H2 2016 , consumerinfo.my #CFMarticle #CFMmalaysia

Cadangan Artikel

PANGGILAN PALSU DAN BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI MEREKA!

Apa yang anda perlu lakukan jika menerima panggilan yang mencurigakan? INGAT! Jangan terperangkap dengan panggilan palsu! Ketahuinya di sini... | CFM

KESESAKAN RANGKAIAN ‘MOBILE NETWORK’ ?

Ketahui puncanya dan 'tips' & tricks' untuk mengurangkan isu 'mobile network congested' ini... #mobile #networkcongested | CFM

Ingin Komen?