Home / Isu Pengguna / Jenis Aduan / PERNAHKAH ANDA MENGALAMI SITUASI BEGINI? DIKENAKAN CAJ SERVIS UNTUK PETI MEL SUARA ATAU ‘VOICEMAIL’?

PERNAHKAH ANDA MENGALAMI SITUASI BEGINI? DIKENAKAN CAJ SERVIS UNTUK PETI MEL SUARA ATAU ‘VOICEMAIL’?

TIPS UNTUK PENGGUNA : APA, BAGAIMANA DAN CARA UNTUK MENYAHAKTIFKAN SERVIS PETI MEL SUARA ATAU ‘VOICEMAIL’

Adakah anda atau pemanggil anda pernah dikenakan caj servis peti mel suara?

Mengikut aduan yang diterima oleh CFM, sesetengah pengguna tidak tahu servis peti mel suara untuk nombor mereka telah diaktifkan atau termasuk dalam pakej telekomunikasi yang mereka langgan. Ada dalam kalangan pengguna lain telah meminta penyedia perkhidmatan mereka untuk menyahaktifkan servis tersebut tetapi tidak berjaya. Akibatnya, pemanggil yang menghubungi nombor mereka akan dikenakan caj sehingga melibatkan kos di luar jangkaan.

Terdapat juga kes di mana pengguna telah dikenakan caj servis perayauan peti mel suara ketika mereka berada di luar negara. Setakat ini, CFM telah menerima 30 aduan mengenai perkhidmatan peti mel suara sejak 2012 hingga 2017. Walaupun jumlahnya agak kecil, pengguna harus cakna tentang hak mereka sebagai pengguna. Melalui kes-kes seperti ini, ia amat penting untuk pengguna mendapatkan maklumat yang betul dan tepat supaya dapat mengelak duit anda daripada melayang.

__________________________________________________________________________________

APAKAH ITU SERVIS PETI MEL SUARA?

Peti mel suara adalah perkhidmatan tambahan yang dikenakan caj apabila pemanggil menyampaikan rakaman mesej suara. Ia adalah perkhidmatan tambahan kepada pengguna telekomunikasi prabayar dan pasca bayar. Antara fungsi servis peti mel suara ialah:

  • Pemberitahuan Panggilan Terlepas
  • Panggilan Keluar Peti Mel Suara dan Panggilan Balik menerusi Peti Mel Suara
  • Ucapan Peribadi
  • Perakam Suara

BAGAIMANA PETI MEL SUARA DIAKTIFKAN?

Servis peti mel suara disediakan untuk semua pengguna pascabayar dan prabayar. Namun, caj bagi servis peti mel suara mungkin berbeza mengikut penyedia perkhidmatan. Biasanya, ia diaktifkan secara automatik melalui tetapan umum menerusi langganan. Anda boleh menyahaktifkan/mengaktifkan servis peti mel suara dengan menggunakan sistem bantu-diri pada telefon atau menghubungi perkhidmatan pelanggan Telco anda untuk mendapatkan bantuan.

TIPS UNTUK PENGGUNA

Untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik bagi peti mel suara dan berbaloi dengan wang yang telah anda belanjakan, berikut ialah beberapa tips yang anda boleh lakukan:

1 Semak sama ada pelan telekomunikasi anda telah termasuk dengan servis peti mel suara.
2 Tanya penyedia perkhidmatan anda mengenai caj yang dikenakan bagi servis peti mel suara, juga caj untuk servis perayauan peti mel suara.
3 Jika anda bercadang untuk pergi bercuti ke luar negara, anda boleh meminta untuk menyahaktifkan servis peti mel suara anda sekurangkurangnya 14 hari sebelum anda berlepas.
4 Lakukan ujian pada telefon anda selepas anda membuat permohonan menyahaktifkan untuk memastikan peti mel suara anda telah dinyahaktifkan sepenuhnya.


Anda juga boleh menghentikan langganan servis peti mel suara dengan mengikuti kaedah ini:

  CARA UNTUK MENYAHAKTIFKAN SERVIS 

PETI MEL SUARA

Penyedia Perkhidmatan Peti Mel Suara Maklumat untuk Pengguna

Celcom

(Prabayar & Pascabayar)

1111 Ada

https://www.celcom.com.my/personal/support/faq/voicemail?pid=1360826581220

Maxis

(Prabayar & Pascabayar)

Hubungi

PP & PPO

Tiada

Digi

(Prabayar & Pascabayar)

 

 

Hubungi

CS MyDigi

USSD: *128#

 

Ada

https://community.digi.com.my/t5/Postpaid/Disable-Voice-Mail/td-p/6814


 U Mobile

(Prabayar & Pascabayar)

 

Hubungi PP

 

Ada

https://www.u.com.my/support/selfhelp/faqs/73/1651?page=1

Webe  

 Tiada servis Peti Mel Suara

 

 

Tiada

 

RedOne

 

Hubungi PP

 

Tiada

Altel

 

 

Hubungi PP

 

 

Tiada

XOX

 

 Hubungi PP

 

 

 Tiada


TuneTalk

Hubungi PP

USSD: *111#

Ada

http://www.tunetalk.com/my/en/help-center/shortcodes

Sumber : SHOUT Q3, 2017

**Kaedah untuk menyahaktifkan servis peti mel suara seperti di atas adalah yang terkini sewaktu naskhah SHOUT Q3, 2017 ini diterbitkan.

*PP – Perkhidmatan Pelanggan

PPO- Perkhidmatan Pelanggan Online

Anda mempunyai isu-isu ini? 
Anda sudah mengajukan kepada Penyedia Perkhidmatan(TELCO), namun masih tiada penyelesaian?
Ajukan aduan yang tidak selesai dengan Penyedia Perkhidmatan anda melalui :
Emel : aduan@cfm.org.my     ;        Hotline : 1800-18-2222

#HakAndaKeutamaanKami  #GetSmarterWithConsumerinfo #ICYMI

Sumber : SHOUT Q3, 2017, consumerinfo.my #CFMarticle  #CFMmalaysia  #CFMshout2017 #voicemail

Cadangan Artikel

MENGAPA INTERNET DI RUMAH SAYA PERLAHAN?

Pasti anda pernah menghadapi masalah ini beberapa kali dan menjadi sangat kecewa setiap kali ia …

TIP! UNTUK DAPATKAN KUALITI LIPUTAN SELULAR…

Kenalpasti punca kualiti liputan rangkaian tidak memuaskan dan ketahui tip untuk menanganinya | CFM #Tip #Selular #KualitiLiputan

Ingin Komen?