Pertikaian Bil

Jabatan Aduan CFM menangani salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pengguna iaitu –:: Pertikaian Bil

S : Saya telah kehilangan telefon bimbit dan telah menelefon syarikat telekomunikasi (Telco) untuk menyekat talian saya. Saya juga telah meminta untuk bertukar kepada Telco lain. Telco yang asal telah memaklumkan bahawa nombor telefon saya telah ditamatkan perkhidmatan dan saya boleh melanggan talian denganTelco baharu. Selepas beberapa bulan, saya dapati talian asal saya masih lagi aktif dan masih dikenakan caj. Kedua-dua Telco saling menuding jari dan saya tersepit dalam hal ini. Tolong saya!

J : Isu ini mungkin berlaku disebabkan terdapat salah faham di antara kedua-dua pihak, menyebabkan akaun pengguna tidak dapat dikemas kini. Pengguna sering terlupa bahawa perkara paling penting sebelum melanggan apa-apa perkhidmatan ialah untuk membaca terma dan syarat seperti yang terdapat pada dokumen perjanjian. Perkara tersebut sebaiknya dilakukan di hadapan wakil Telco supaya anda boleh mendapatkan penjelasan segera sebelum menandatangani sebarang perjanjian. Sebahagian Telco akan menghantar bil akhir merangkumi caj-caj yang belum dibilkan sebelum penamatan akaun dilakukan. Maka pengguna adalah bertanggungjawab untuk membayar bil tersebut walaupun selepas mereka menukar talian. Secara ringkasnya: Sentiasa semak semula dan dapatkan pengesahan daripada Telco anda sebelum ini bagi memastikan tiada sebarang kesilapan.

FAKTA RINGKAS
PERTIKAIAN BIL

Salah satu masalah utama yang sering diadukan kepada Jabatan aduan CFM ialah pertikaian tentang bil dengan kebanyakan aduan adalah berkaitan caj panggilan telefon, SMS, penggunaan jalur lebar dan data.

ADUAN (PERTIKAIAN BIL) DITERIMA OLEH CFM
2015 2016
2133 Aduan 2361 Aduan
 

3 Aduan Pertikaian Bil Tertinggi

 

2015

 

2016

Pertikaian Bil 962 1250
Pertikaian Bil Penggunaan Data 312 166
Pertikaian Bil Caj Perantauan 54 275
Anda ada pertanyaan atau pertikaian mengenai talian tetap, perkhidmatan mudah alih, Internet, TV atau radio? Hantarkan aduan anda kepada CFM melalui e-mel di aduan@cfm.org.my. Aduan terpilih dan penyelesaian daripada CFM akan dikongsikan di bahagian ini agar pembaca dapat memahami tentang hak mereka sebagai pengguna.

Sumber : SHOUT H2 2016 , CFM Helpdesk

Ingin Komen?