CFM merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan dan ditentukan oleh pihak MCMC sebagai forum industri di bawah Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) sebagai platform pelindungan pengguna.

Instrumen utama yang digunakan oleh CFM dalam memastikan hak pengguna dilindungi adalah Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC) yang telah didaftarkan oleh pihak MCMC pada tahun 2003. Dokumen ini menyediakan garis panduan dan penanda aras kepada penyedia-penyedia perkhidmatan dalam penyediaan perkhidmatan komunikasi dan multimedia kepada pengguna.

Proses perundingan awam ini adalah penting dalam memastikan pendapat orang awam dirujuk dengan sewajarnya sebelum GCC versi baharu didaftarkan dengan pihak MCMC pada bulan Jun 2020.

Dokumen-dokumen perundingan awam ini boleh dirujuk seperti berikut:

Orang awam boleh memberikan maklum balas melalui langkah-langkah berikut:

  1. Menghantar e-mel kepada gcc2020@cfm.my; atau
  2. Mengisi borang atas talian pada https://bit.ly/2020GCCPublicConsultation (*pautan boleh dilayari selepas 6.00pm, 3 Mac 2020)

Tempoh perundingan awam adalah daripada 3 Mac sehingga 16 April 2020. Berikan maklum balas anda selewat-lewatnya pada 16 April 2020. Sumbangan anda dalam usaha ini amatlah kami hargai.