Home / CFM Buzz / Siaran Media / 2016 / SOALAN LAZIM (FAQ) APLIKASI MY MOBILE RIGHTS (MMR)

SOALAN LAZIM (FAQ) APLIKASI MY MOBILE RIGHTS (MMR)

APA ITU APLIKASI MY MOBILE RIGHTS (MMR)?
 

MMR adalah sebuah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Strategik Memperkasakan Pengguna (CEP) oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan objektif untuk memperkasakan pengguna melalui akses yang lebih baik kepada bahan-bahan maklumat dan menggalakkan budaya kawal selia kendiri.

 

MMR menyediakan platform sehenti bagi semua pengguna komunikasi dan multimedia yang melanggan dengan mana-mana penyedia perkhidmatan. Penyerahan aduan juga boleh dibuat dengan lebih mudah dengan paparan menu drop-down.

 

BAGAIMANA DAN DI MANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN APLIKASI MMR?
 

Aplikasi MMR boleh didapati dan dimuat turun oleh pengguna di gedung aplikasi.

Bagi pengguna iOS, aplikasi ini boleh dimuat turun di Apple App Store.

Bagi pengguna Android, anda boleh memuat turun aplikasi ini di Google Play Store.

MMR masih belum boleh didapati di platform mudah alih yang lain.

 

APAKAH CIRI-CIRI YANG TERDAPAT PADA MMR?
 

·        Penyerahan Aduan – Melalui aplikasi ini, pengguna boleh membuat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia secara terus kepada penyedia perkhidmatan masingmasing, sama ada aduan dibuat pertama kali atau pengguna yang memerlukan bantuan penyelesaian bagi aduan yang telah dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan mereka.

 

·        Lokasi Penyedia Perkhidmatan – Senarai lokasi bagi semua penyedia perkhidmatan di setiap negeri di seluruh Malaysia.

 

 

·        Tip dan Panduan – Maklumat dan panduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Malaysia.

 

·        Pelan Pilihaan – Maklumat mengenai pelbagai pelan langganan yang terdapat di Malaysia untuk membantu pengguna membuat perbandingan dan membuat keputusan yang tepat sebelum melanggan mana-mana pelan.

 

APA YANG BERLAKU JIKA SAYA MEMBUAT ADUAN MELALUI MMR?
 

·        Untuk Aduan Baru – Aduan anda akan dihantar terus kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk tindakan lanjut dan dalam masa yang sama, CFM juga akan menerima satu salinan aduan sebagai rekod. Aduan anda perlu diproses dalam masa tiga (3) hari bekerja. Anda juga akan menerima emel pemberitahuan yang mengandungi salinan penyata aduan anda sebaik sahaja anda melengkapkan proses penyerahan aduan melalui aplikasi ini. SILA PASTIKAN MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN ADALAH TEPAT bagi memudahkan proses aduan dilakukan dan mengelakkan sebarang kelewatan.

 

·        Bantuan Penyelesaian Aduan Tidak Diselesaikan – Anda boleh mendapatkan bantuan bagi aduan anda yang tidak diselesaikan dan anda akan terus dibawa ke portal aduan mudah alih CFM dan pihak kami akan memproses aduan anda.

 

ADAKAH MMR DIJAMIN SELAMAT?
 

MMR tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi pada peranti mudah alih anda dan semua maklumat penting telah disulitkan.

 

ADAKAH PENGGUNA BOLEH MENYEMAK STATUS ADUAN MELALUI MMR? 
 

Versi MMR pada masa ini tidak menyediakan fungsi untuk menyemak status aduan. Namun, di akhir proses penyerahan aduan pengguna akan diberikan nombor rujukan. Jika pengguna tidak mendapat sebarang maklum balas dalam masa tiga (3) hari bekerja, pengguna dinasihatkan untuk menyemak status aduan mereka dengan penyedia perkhidmatan masing-masing menggunakan nombor rujukan yang diberikan. Sekiranya anda tidak menerima sebarang maklum balas daripada penyedia

 

perkhidmatan dalam tempoh masa yang ditetapkan, anda boleh menghubungi CFM di talian Hotline 1 800 18 2222 atau boleh melaporkannya melalui MMR.

 

APAKAH KELAINAN YANG TERDAPAT PADA MMR BERBANDING APLIKASI ADUAN LAIN DI MALAYSIA?
 

MMR adalah aplikasi mudah alih pertama di Malaysia yang menghimpunkan semua penyedia perkhidmatan dalam negara dalam satu platform untuk pengguna melaporkan aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang akan dikemukakan terus kepada penyedia perkhidmatan mereka. Aplikasi ini umpama pusat aduan telekomunikasi sehenti yang dibangunkan khas buat pengguna untuk memudahkan proses membuat aduan dan memudahkan penyampaian maklum balas di antara pengguna dan penyedia perkhidmatan.

 

ADAKAH MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN DI DALAM MMR KERAP DIKEMAS KINI?
 

Maklumat yang disediakan dalam aplikasi ini akan dikemas kini setiap bulan dan beberapa maklumat yang disediakan mempunyai pautan ke laman web penyedia perkhidmatan berkenaan. CFM sentiasa berusaha untuk memastikan semua maklumat yang diberikan adalah tepat. Walau bagaimanapun jika terdapat sebarang kesilapan atau maklumat yang ketinggalan dalam MMR, ia adalah disebabkan perubahan pesat dalam industri. Sekiranya pengguna mendapati terdapat maklumat yang tidak tepat, pihak kami amat menghargai jika anda dapat memaklumkan kepada kami di info@cfm.my untuk kami membuat tindakan selanjutnya.

 

ADAKAH SAYA BOLEH MEMBUAT ADUAN BAGI PIHAK LAIN MELALUI MMR?
 

Ya, anda boleh membuat aduan bagi pihak lain tetapi setiap aduan memerlukan butiran lengkap pemegang akaun.

 

BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGEMUKAKAN SEBARANG SOALAN ATAU CADANGAN UNTUK APPLIKASI MMR?
 

Kami sangat menghargai sebarang cadangan dan maklum balas daripada anda. Anda boleh menghantar soalan dan idea-idea anda ke info@cfm.my untuk tidakan susulan

 

daripada pihak kami. Terima kasih atas sokongan anda untuk menjadikan aplikasi ini lebih baik bagi memberi manfaat kepada semua pengguna!

 

SAYA INGIN TAHU CARA-CARA UNTUK MELAPORKAN ADUAN MELALUI MMR. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN BANTUAN?
 

Kami telah menyediakan langkah-langkah untuk membantu anda melaporkan aduan melalui aplikasi ini. Anda boleh merujuk LAMPIRAN yang disertakan.

 

ADAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN MMR DI LUAR NEGARA?
 

Ya, anda masih boleh menggunakan aplikasi ini tidak kira di mana anda berada dengan syarat anda mempunyai sambungan data internet yang aktif. SILA AMBIL PERHATIAN jika anda menggunakan aplikasi ini di luar negara, anda mungkin dikenakan CAJ DATA PERAYAUAN ANTARABANGSA. Sila semak dengan penyedia perkhidmatan anda untuk maklumat lanjut.

 

ADAKAH PENGGUNAAN APLIKASI INI PERCUMA?
 

Tiada caj dikenakan untuk menggunakan aplikasi ini tetapi caj semasa akan dikenakan. Untuk maklumat lanjut, sila semak dengan penyedia perkhidmatan anda.

 

Cadangan Artikel

TERUS BERHUBUNG DENGAN KELUARGA TERSAYANG SEMASA MENGERJAKAN IBADAH HAJI TANPA RISAU DENGAN BAYARAN BIL TELEFON

CFM KONGSI TIPS PENTING PERAYAUAN ANTARABANGSA UNTUK TELEFON MUDAH ALIH ANDA KUALA LUMPUR, 6 SEPTEMBER …

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT ADUAN DI MY MOBILE RIGHTS

SEKARANG, MELALUI APLIKASI MMR, ADUAN YANG DILAPORKAN OLEH PENGGUNA AKAN TERUS DIKEMUKAKAN KEPADA PENYEDIA PERKHIDMATAN …

Ingin Komen?