Home / CFM Buzz / Gaya Hidup Digital / ‘SOCIAL MEDIA HACKS’ TIPS YANG ANDA PERLU TAHU…

‘SOCIAL MEDIA HACKS’ TIPS YANG ANDA PERLU TAHU…

~Tidak kira sama ada anda menggunakan media sosial untuk mengurus akaun peribadi dengan lebih baik atau untuk meningkatkan kreativiti pemasaran,

anda perlu tahu tips yang dapat menjimatkan masa untuk menggunakan media sosial anda secara optimum.~

BINA KOLEKSI GAMBAR KEGEMARAN ANDA DI INSTAGRAM  

Jika anda telah menyimpan banyak gambar di Instagram, ini adalah idea baik untuk mengelakkan kekacauan pelbagai visual yang menarik dengan menyimpan foto dalam folder tertentu. Pada profil anda, klik tab penanda halaman (tab kanan-atas di sebelah atas foto anda) untuk melihat gambar yang disimpan.

Kemudian klik tab “Koleksi” dan mula bina folder yang anda inginkan. Untuk memindahkan gambar yang disimpan ke folder yang ditetapkan, hanya klik “Tambah ke Koleksi”. Anda sudah tidak perlu bersusah payah mencari gambar melalui foto yang disimpan, dan kini anda boleh menyusunnya dalam kategori tertentu seperti “Makanan” atau “Tempat kegemaran”.

 

 GUNAKAN ‘FILTER ’ INSTAGRAM TANPA MENGHANTAR SEBARANG FOTO

Jika anda mempunyai filter Instagram kegemaran anda, anda mungkin tahu yang anda tidak boleh mendapatkan kesan filter tersebut pada gambar kecuali setelah memuat naiknya di Instagram. Jangan risau! Jika anda ingin menggunakan filter Instagram semata-mata tetapi belum bersedia untuk menyiarkan foto tersebut, anda boleh melakukannya semasa telefon anda berada dalam mod pesawat. Tetapi pastikan anda telah mengaktifkan “Simpan Foto Asal” dalam tetapan anda.

Jadi sekarang, aktifkan mod pesawat anda, buka Instagram dan lakukan langkah seperti yang biasa anda lakukan; muat naik gambar, edit dan klik “Kongsi”. Muat naik akan gagal, tetapi foto yang diedit akan berada di galeri telefon anda.

 

  SEKAT PERKATAAN YANG MEROSAKKAN REPUTASI ANDA DI FACEBOOK

Sekiranya anda memiliki Facebook page dan ingin menyekat sebilangan haters yang dahsyat, anda boleh mengharamkan komen yang menggunakan kata-kata negatif tertentu. Dalam Tetapan Page anda, pergi ke “Page Moderation” dan tambah sebarang perkataan yang anda mahu haramkan dari laman anda seperti “unfollowing” (tidak mengikuti) atau “unlike” (tidak suka). Apabila perkataan yang diharamkan itu digunakan, komen akan disembunyikan daripada orang awam, tetapi masih dapat dilihat oleh orang yang memberi komen dan juga rakan-rakannya. Walaupun ia tidak mengharamkan komen sepenuhnya, sekurang-kurangnya anda boleh mengurangkan aura negatif di laman Facebook anda.

 

  MENGENDALIKAN KOMEN TROLL SEPERTI PRO!

Sekiranya komen pada laman Facebook anda tidak mengandungi perkataan yang diharamkan tetapi anda ingin memadamkannya, cara terbaik adalah dengan menggunakan pilihan ‘sembunyi’. Memadam komen hanya akan mencetuskan lagi sipembuat troll untuk mengulas lebih banyak.

Dengan menyembunyikannya, hanya si pembuat troll dan pengikutnya mereka sahaja dapat melihat komen itu, tetapi orang ramai tidak akan dapat melihatnya. Anda bolehmelakukannya dengan menekan di sudut atas-kanan pada komen individu itu.

 

TAK TAHU MEMILIH ANTARA DUA FILTER SNAPCHAT KETIKA   MENGAMBIL GAMBAR? GUNAKAN KEDUA-DUANYA!

Jika anda mahu gambar anda kelihatan lebih hebat dengan menggunakan dua filter, pertama anda cuma perlu ‘swipe’ untuk menambah satu filter. Kemudian, sambil menahan satu jari pada skrin anda, luncurkan jari yang lain untuk menambah filter yang kedua. Sekarang gambar anda memberi lebih banyak cerita daripada sebelumnya.

 

   DAPATKAN LEBIH DARIPADA 140 HAD PERKATAAN DI TWITTER

Cerita-cerita yang panjang lebar masih boleh disampaikan di Twitter dengan menggunakan rantaian tweet (atau lebih dikenali sebagai ‘thread’). Apa yang anda perlu lakukan ialah balas tweet anda sendiri, tetapi pastikan anda memadamkan ‘@’ sebutan nama anda supaya anda tidak kelihatan seperti bercakap dengan diri sendiri. Untuk mengekalkan pembaca pada tweet anda, tamatkan setiap tweet dengan beberapa jenis penarik, seperti elipsis (…) atau ayat tergantung (cliffhangers). Selepas ini, pembaca yang melihat tweet pertama atau tweet apa pun dalam rantaian itu boleh membaca cerita penuh dengan hanya menekan pilihan ‘View Conversation’. Tips ini anda boleh gunakan jika anda perlu menjelaskan tentang sesuatu isu.

Sumber : SHOUT Q3, 2017, consumerinfo.my #CFMarticle  #CFMmalaysia  #CFMshout17 #mediasosial #socialmediahacks #tips

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia(CFM)~

Cadangan Artikel

10 APLIKASI KEMBARA UNTUK SI CELIK TEKNOLOGI

Sama ada tujuannya ingin mengagumi kehebatan seni bina atau menikmati matahari dan laut yang menenangkan, …

APLIKASI KESELAMATAN TELEFON TERBAIK – MELINDUNGI PRIVASI ANDA

Keselamatan menjadi aspek penting bila berbicara mengenai pemilikan peranti mudah alih. Tidak kira apa jua …

Ingin Komen?