Home / Isu Pengguna / Jenis Aduan / TIDAK PUAS HATI DENGAN KELAJUAN INTERNET MUDAH ALIH DAN JALUR LEBAR ANDA? INI ADALAH CARA YANG BETUL UNTUK MEMBUAT ADUAN

TIDAK PUAS HATI DENGAN KELAJUAN INTERNET MUDAH ALIH DAN JALUR LEBAR ANDA? INI ADALAH CARA YANG BETUL UNTUK MEMBUAT ADUAN

Semua orang tidak suka kelajuan internet yang perlahan apatah lagi perlu merenung ikon ‘loading’ apabila memasuki laman web atau menonton video. Keadaan biasa apabila situasi ini berlaku ialah dengan menyalahkan penyedia perkhidmatan anda walaupun ia tidak semestinya kesalahan mereka. Faktor-faktor lain juga boleh mempengaruhi kualiti kelajuan muat turun dan muat naik dari servis selular atau jalur lebar tetap anda.

Sebelum anda mengemukakan keluhan anda secara rasmi kepada Penyedia Perkhidmatan, anda perlu terlebih dahulu melakukan sedikit ujian untuk melihat sebab-sebab lain yang mungkin memberi kesan kepada kelajuan internet yang kurang baik. Hal ini kerana ia boleh menjadi salah satu faktor atau gabungan kesemua faktor yang lain seperti – router yang rosak, komponen fizikal rosak, perisian hasad atau seseorang sedang mengganggu data anda secara diam-diam. Namun setelah kesemua faktor ini disemak dan dipastikan bukan punca kelajuan internet anda terjejas, anda perlu lakukan langkah yang lebih mendalam iaitu – melakukan ujian terperinci terhadap kualiti rangkaian anda.

Untuk mendapatkan bantuan segera, anda perlu berikan kepada Penyedia Perkhidmatan selular atau jalur lebar anda tentang maklumat yang mereka perlukan untuk membantu mereka menjawab aduan anda. Untuk melakukannya, ikuti langkah-langkah berikut:

TUTORIAL: TIDAK PUAS HATI DENGAN KELAJUAN INTERNET MUDAH ALIH DAN JALUR LEBAR ANDA? INI ADALAH CARA YANG BETUL UNTUK MEMBUAT ADUAN

1. BAGAIMANA UNTUK MENGUJI DAN MENGEMUKAKAN LAPORAN ADUAN KELAJUAN INTERNET?

Anda perlu memuat turun aplikasi untuk menguji kelajuan internet melalui stor aplikasi di telefon pintar anda – sama ada Google Play atau Apple Play Store. Anda boleh lihat isu terkini di ruang Zon App untuk mendapatkan senarai berkenaan cadangan aplikasi-aplikasi terbaik untuk menguji kelajuan internet. Untuk menguji sambungan penghala (router) jalur lebar anda, anda perlu melakukannya melalui laman web sama ada di laman www.speedtest.net atau di laman lain yang serupa seperti https://testmy.net/ dan www.meter.net

2. CARA MENGUJI SAMBUNGAN INTERNET MUDAH ALIH ANDA

Pastikan anda menutup WiFi pada telefon sebelum anda memulakan ujian dan hidupkan sambungan data anda. Pastikan anda menutup sebarang sambungan ke Rangkaian Persendirian Maya
(Virtual Private Network,VPN) untuk mendapatkan bacaan yang tepat.

    

3. CARA MENGUJI SAMBUNGAN JALUR LEBAR ANDA

Sambungkan komputer atau komputer riba anda kepada penghala menggunakan kabel Ethernet. Matikan WiFi anda. Pastikan sebarang sambungan ke VPN ditutup buat sementara waktu sepanjang tempoh ujian dan pastikan tiada program lain disambungkan ke internet. Buka laman carian dan buka laman web www.speedtest.net atau alternatif yang serupa seperti https://testmy.net/ dan www.meter.net untuk memulakan ujian anda.

     

4. SIMPAN KEPUTUSAN UJIAN

Sebaik sahaja anda selesai melakukan ujian kelajuan, lakukan ‘screenshot’ – biasanya dengan menekan butang Volume Down dan Power secara serentak bagi telefon Android manakala butang
Volume Up dan Power bagi iPhone. Untuk melakukan tangkapan skrin di komputer, anda hanya perlu menekan butang Print Screen dan tampal imej di Paint kemudian simpan gambar tersebut. Ulang ujian ini di dalam dan di luar rumah dan dapatkan keputusan bagi kedua-duanya. Anda tidak perlu melakukan ujian luar rumah jika anda menguji kelajuan penghala jalur lebar. Untuk telefon pintar, anda perlu mendapatkan maklumat tambahan mengenai peranti anda. Pergi ke tetapan telefon pintar anda (Settings > About Phone > Status > SIM card status) dan simpan rekod status kad SIM anda pada masa itu dengan ‘screenshot’. Ia akan menyenaraikan rangkaian sambungan anda, kekuatan isyarat dan kekuatan rangkaian anda yang pasti akan membantu bagi menyelesaikan masalah anda.

5. HANTAR ADUAN ANDA

Hantar laporan anda kepada pihak Penyedia Perkhidmatan. Sekiranya hasil yang anda dapat tidak diselesaikan atau tidak memuaskan, anda boleh serahkan laporan anda kepada aduan.skmm.gov.my, isi kesemua ruang dengan butir-butir lengkap dan lampirkan hasil tangkapan skrin bagi hasil ujian prestasi kelajuan internet anda di dalam dan di luar rumah (abaikan keputusan ujian di luar rumah jika anda menguji kelajuan WiFi). Bagi aduan kualiti kelajuan internet di telefon pintar, jangan lupa untuk menyertakan sekali ‘screenshot’ status kad SIM anda.

Sumber: SHOUT H2, 2018

#CFMmalaysia

#GetSmarterWithConsumerinfo

#HakAndaKeutamaanKami

* * *

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 

Cadangan Artikel

PANGGILAN PALSU DAN BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI MEREKA!

Apa yang anda perlu lakukan jika menerima panggilan yang mencurigakan? INGAT! Jangan terperangkap dengan panggilan palsu! Ketahuinya di sini... | CFM

KESESAKAN RANGKAIAN ‘MOBILE NETWORK’ ?

Ketahui puncanya dan 'tips' & tricks' untuk mengurangkan isu 'mobile network congested' ini... #mobile #networkcongested | CFM

Ingin Komen?