Breaking News
Home / CFM Buzz / Gaya Hidup Digital / TIPS JIMATKAN JUMLAH PENGGUNAAN ‘MOBILE DATA’ PADA iOS & Android

TIPS JIMATKAN JUMLAH PENGGUNAAN ‘MOBILE DATA’ PADA iOS & Android

YANG MANA SATU KATEGORI PENGGUNAAN DATA ANDA?

Tidak kira samada anda tergolong dalam kategori penggunaan data ‘Tinggi atau Rendah’, sebenarnya anda tidak perlu ‘korbankan’ atau hadkan penggunaan aplikasi seperti melayari media sosial , streaming music, melayari internet, navigasi dan sebagainya  pada telefon mudah alih anda.  Dengan hanya beberapa langkah dan tips mudah ini, anda tidak perlu mengeluh lagi  seperti selalu – menunggu WiFi sahaja baru anda boleh menggunakan aplikasi tersebut.  Teruskan ‘scrolling’ sampai habis okey!

  • Tip 1: Pengurusan penggunaan data pada ‘Google Chrome’

‘Google’ telah memperbaharui ciri-ciri seperti membenarkan pengguna menetapkan sendiri penggunaan data ketika melayarinya menggunakan telefon mudah alih anda. Mengikut ‘Google’, mereka mampu menjimatkan penggunaan data sehingga 50%!

Caranya; Chrome menu > Settings > (Advanced) Data Saver

  • Tip 2: Menjimatkan data ketika navigasi ‘Google Maps’ secara ‘offline’

Tahukah anda bahawa anda boleh ‘save maps’ atau menyimpan peta dalam aplikasi ‘Google Maps’? Cara ini amat berguna ketika anda ingin bercuti ke luar negara atau ke kawasan yang anda belum pasti samada mempunyai kualiti liputan internet yang baik.

Caranya ; OpenGoogle Maps’ > Menu > Offline Maps > Tap ‘ Select Your Own Map’ > press ‘Download’

  • Tip 3: Jimatkan Penggunaan data ketika menggunakan aplikasi ‘Gmail’

Aplikasi ‘Google’ membenarkan anda untuk memuat turun ‘attachments’ atau lampiran hanya apabila ada Wi-Fi.

Caranya ; Gmail menu > Settings > (youremail@gmail.com) > Data Usage > Download attachments

 

  • Tip 4: Jimatkan Penggunaan data ketika menggunakan aplikasi penstriman muzik (streaming music)

 Kebanyakan aplikasi penstriman muzik yang popular menawarkan cara yang berbeza untuk mendengar muzik tanpa sambungan internet ataupun ketika ‘offline’.

 

Sebagai contoh, aplikasi Spotify  membenarkan anda memuat turun ‘albums’ dan   ‘playlists’.

Aplikasi Apple Music, membolehkan anda untuk menambah lagu-lagu, album, dan ‘playlists’ pada ‘library’.

Aplikasi Google Music, and boleh memuat turun – lagu-lagu, album, ‘playlists’ dan radio

 

  • Tip 5: Jimatkan Penggunaan data ketika menggunakan aplikasi YouTube

i- Dengan cara menyimpan (‘save’) video dari ‘Youtube’ secara ‘offline’.

Berita GEMBIRA bagi sesiapa yang tinggal di 16 buah negara ini (Algeria, Egypt, Ghana, India, Indonesia, Jordan, Kenya, Libya, Malaysia, Nigeria, Pakistan, Philippines, South Africa, Thailand, Vietnam, Yemen), anda boleh menyimpan (‘save’) video secara ‘offline’ ke telefon mudah alih tanpa melanggan(‘subscription’) dalam tempoh 48 jam. Selepas itu, anda memerlukan semula hubungan rangkaian internet untuk memastikan video yang disimpan masih lagi berada dalam rekod simpanan.

           Caranya ; Go to the video Watch page > tap the ‘Save’ button  or select Download from a video’s context Menu> Apabila video tersebut sudah selesai dimuat turun, ‘Download button’  akan bertukar ke warna biru di bawah video tersebut.

ii.Dengan cara menyimpan ‘playlist’ untuk dimainkan apabila ‘offline’

Selain itu, anda juga boleh menyimpan semua ‘playlist’ yang ingin ditonton secara ‘offline’ tanpa perlu memuat turun video tersebut satu demi satu.

Caranya ; Buka aplikasi YouTube > Tap ‘Library’ >Tap’ pada ‘playlist’ yang ingin disimpan ketika ‘offline’ >  ‘Tap’ ikon Download > ‘Tap’ pada pilihan video‘quality’ > Tap ‘OK’ > Tap OK pada ‘pop-up’ yang menyatakan ‘downloading a playlist can take a lot of time and data’. (Peringatan : adalah dinasihatkan anda muat turun playlist tersebut secara ‘offline’ ketika ‘Wi-Fi’ sahaja.)

iii. Menghadkan penggunaan data telefon mudah alih pada aplikasi Youtube.

Cara ini membantu anda mengawal penstriman video pada Youtube bukan secara HD. Buat pengetahuan, semakin tinggi kualiti sesuatu video, semakin banyak data digunakan.

Caranya ; Buka aplikasi Youtube > Settings > General > Limit mobile data usage’

iii. Menggunakan aplikasi ‘YouTube Go’ 

Aplikasi ‘YouTube Go’ merupakan alternatif dari YouTube sendiri, yang menyasarkan kepada pengguna yang ingin menjimatkan penggunaan data dari telefon mudah alih. Aplikasi ini mempunyai dua ‘interface’ sahaja iaitu ‘Home’ dan ‘Downloads.’

Kelebihannya, anda boleh mengawal data samada melalui penstriman atau muat turun kerana kualiti video yang ditawarkan adalah ‘Basic’ dan standard (di bawah 480p). Biarpun berada di kawasan internet yang agak perlahan (‘slow connectivity’), anda masih boleh menonton video tersebut tanpa ‘buffering’.

  • Tip 6: Jimatkan Penggunaan data ketika menggunakan aplikasi  Facebook  

Aplikasi Facebook telah menambah fungsi terbaru iaitu auto-play video pada ‘newsfeed’.

Anda boleh mengelakkan dari video dimuat turun secara automatic dengan cara ;

Pada iOS : Open Facebook >  Settings > Account Settings > Videos & Photos > Auto-Play videos on Wi-Fi only >Upload HD (turn off)

Pada Android : Open Facebook >  App Settings > Scroll down and tap Video Auto-play (Wi-Fi)

  • Tip 7: Jimatkan Penggunaan data ketika menggunakan aplikasi  Instagram 

Tahukah anda boleh mengubah penetapan atau ‘settings’ dengan memilih mengurangkan penggunaan data pada akaun Instagram anda?

Selama ini, apabila anda membuka akaun Instagram video-video terus dimainkan secara automatik biarpun anda tiada keinginan untuk menontonnya.

Caranya ; Buka aplikasi Instagram > Instagram Profile > Settings > Mobile Data Use > Use Less Data

  • Tip 8: Jimatkan Penggunaan data ketika menggunakan aplikasi  Twitter 

Kurangkan penggunaan data selular dengan mengubah penetapan untuk penstriman video dengan cara ;

Caranya ; Twitter feed > Settings bar > Settings> General > Video autoplay > Use wifi only

 

  • Tip 9: Membuat penetapan pengemaskinian aplikasi (apps update) ketika Wi-Fi

Kaedah ini merupakan salah satu cara efektif yang dapat membantu menjimatkan penggunaan data selular.

Android : Menu > Play Store > Settings> Auto-Update apps > select Auto-Update apps over Wi-Fi only

iOS : Home > Settings> iTunes & App Stores > Automatic Downloads > Use Mobile Data(turn off)

 

  • Tip 10: Membuat sekatan data (restricting data) pada rangkaian sellular (network mobile)

Android : Cara untuk menutup penyelarasan data (synchronize data) pada keseluruhan aplikasi

Android Settings > (Wireless & Networks) Data Usage > Settings Bar > enable “ Restrict background data”

Android : Cara untuk menutup penyelarasan data (synchronize data) pada aplikasi tertentu

Android Settings > (Accounts) Google > (Accounts) accountname@gmail.com > uncheck apps

 

iOS : Cara untuk menyekat penggunaan data selular pada aplikasi tertentu

Home > Settings > Mobile Data > pilih aplikasi tersebut.

Kesimpulannya, anda boleh mengawal sendiri jumlah penggunaan data selular anda. Semoga tiada lagi masalah ‘data habis’ selepas anda mencuba tips ini 🙂

 

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 

Cadangan Artikel

MENUJU KE MASA HADAPAN : EVOLUSI 5G

Bagaimana 5G membawa perubahan kepada cara hidup kita dari mobiliti, rumah sehingga kereta. Adakah anda sudah bersedia? #Evolusi5G #Internet | CFM

TUTORIAL : 6 TEKNIK FOTOGRAFI MENGGUNAKAN ‘SMARTPHONE’ ANDA SECANTIK DSLR KETIKA ‘TRAVEL’

Tips buat 'Bloggers', 'Igers' - Ketahui Rahsia 'Snap' Gambar seperti 'Pro' dengan hanya menggunakan telefon pintar anda sahaja! | CFM

Ingin Komen?