Breaking News
Home / Isu Pengguna / Jenis Aduan / ‘TROUBLESHOOTING’ GANGGUAN PERKHIDMATAN INTERNET

‘TROUBLESHOOTING’ GANGGUAN PERKHIDMATAN INTERNET

Pernahkah anda mengalami isu-isu seperti gangguan perkhidmatan internet walaupun adanya sambungan di rangkaian(network)?, ada sambungan tetapi kelajuan amat perlahan dan lain-lain lagi gangguan perkhidmatan internet?

Tahukah anda? Anda sebenarnya boleh melakukan DIY atau menyelesaikan sendiri ‘troubleshooting’ gangguan perkhidmatan internet dengan beberapa kaedah ini.

“Keep scrolling”

* * * * * *

TIP PENYELESAIAN MASALAH BANTU-DIRI (TROUBLESHOOTING)
1 Sila pastikan akaun anda masih aktif
2 Sila periksa sambungan internet anda di mana yang berkenaan dan pastikan kabel, port USB dan lain-lainnya akan disambungkan dengan betul.
3 Terangkan masalah anda dengan spesifik dan sejelas yang mungkin semasa membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan anda. Contohnye, “masalah internet” mungkin merujuk kepada sambungan yang perlahan, terdapat sambungan tetapi tiada akses internet, ada sambungan tetapi kelajuan yang perlahan, dan status lampu peranti (modem/router) yang pelik.
4 Anda boleh melayari laman web penyedia perkhidmatan anda untuk merujuk kepada panduan penyelesaian masalah bantu-diri(jika ada) dan soalan lazim perkhidmatan.
5 Jika masalah masih berterusan, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda untuk bantuan lanjut.

 

APABILA ADUAN DIAJUKAN KEPADA PENYEDIA PERKHIDMATAN ANDA
1

Anda perlu menjelaskan jenis masalah sambungan internet (gangguan sambungan sementara, tidak boleh mengakses internet sama sekali, sambungan perlahan atau tidak boleh melayari laman web tertentu)

2

Anda perlu memaklumkan jenis sambungan anda (tanpa wayar atau sambungan terus) kepada penyedia perkhidmatan anda.

3 Sekiranya sambungan terus kepada modem digunakan:

  • Pertama sekali anda perlu memeriksa sambungan kabel. Jika masalah berterusan, anda akan diminta untuk mencuba kabel yang lain.
  • Penyedia perkhidmatan akan menentukan sama ada perlu membuat servis kunjungan ke rumah anda jika masalah tersebut masih berterusan.
4 Sekiranya sambungan tanpa wayar digunakan:

  • Anda perlu memaklumkan kepada penyedia perkhidmatan sama ada isyarat wifi kuat atau lemah.
  • Jika anda menerima isyarat wifi yang kuat, penyedia perkhidmatan perlu memeriksa jumlah kuota dan status akaun anda sama ada masih aktif atau digantung.
  • Jika tiada isu berkaitan dengan status akaun dan jumlah kuota anda, anda akan diminta untuk menghidupkan semula peranti anda.
  • Jika masalah masih berterusan, penyedia perkhidmatan akan menentukan jika servis kunjungan ke rumah diperlukan.

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 

Cadangan Artikel

SARANAN CFM KEPADA PENGGUNA JIKA MENERIMA PANGGILAN PALSU, EMEL ATAU SMS DARIPADA ‘SCAMMER’

Bagaimana cara untuk mengesan 'scammers' ini? Ketahui lebih lanjut penipuan 'scam' ini terutamanya buat para pengguna perbankan, kad kredit, 'online'. #JanganMudahPercaya #SiasatDahuluSebelumBeriSebarangMaklumat | CFM

KETAHUI BAGAIMANA PENIPUAN ‘SCAM’ MELALUI PANGGILAN PALSU DILAKUKAN…

Modus Operandi Sindiket Penipuan'SCAM' melalui panggilan palsu. Sebar-sebarkan sebelum ada yang yang menjadi mangsa... #scam #ICYMI | CFM

Ingin Komen?