Home / CFM Buzz / Gaya Hidup Digital / TUTORIAL: BAGAIMANA UNTUK MENGURUS DAN MEMADAM KUKI(COOKIES) PADA KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR ANDA?

TUTORIAL: BAGAIMANA UNTUK MENGURUS DAN MEMADAM KUKI(COOKIES) PADA KOMPUTER DAN TELEFON PINTAR ANDA?

Sekiranya anda telah menggunakan Internet dalam jangka masa yang lama, anda mungkin sudah biasa mendengar atau menemui istilah kuki (cookies) yang dihasilkan oleh laman web dan disimpan di dalam komputer dan telefon pintar anda. Ia bukanlah sejenis hidangan bakar yang sedap, sebaliknya kuki(cookies) adalah fail yang menyimpan informasi-informasi kecil tentang anda untuk mengoptimumkan pengalaman anda melayari laman web tertentu. Namun begitu, kuki juga mempunyai motif yang lain iaitu untuk menjejaki aktiviti anda.

Setiap kali anda menggunakan laman carian pada mana-mana peranti; tidak kira telefon pintar atau komputer untuk mengakses laman web, laman tersebut mengandungi kuki atau lebih daripada satu kuki. Kebanyakan kuki tidak berbahaya dan sebenarnya berguna kerana ia membantu anda menyimpan maklumat daripada satu sesi di laman web untuk digunakan pada sesi yang seterusnya. Contohnya, kuki yang tersimpan membantu anda untuk log masuk ke sesetengah laman web seperti akaun e-mel dengan lebih mudah daripada anda perlu memasukkan kata laluan setiap masa – satu kerja pada hakikatnya agak membebankan. Satu lagi senario ialah kuki amat berguna kerana ia membantu menyimpan maklumat barangan di e-troli beli-belah ketika anda ingin membeli sesuatu di dalam talian – jika ini tidak berlaku anda hanya boleh membeli item satu demi satu dalam satu masa dan pasti akan menjadikan pengalaman membeli-belah yang memenatkan.
Walaupun kebanyakan kuki tidak berbahaya dan mempunyai fungsi yang berguna, sesetengah laman web turut menyediakan kuki pihak-ketiga daripada para pengiklan untuk memberikan iklan yang seakan nampak relevan dengan minat anda. Namun ia boleh mencapai satu tahap di mana ia boleh digunakan sebagai alat untuk mengesan aktiviti anda di Internet. Untuk mengembalikan kuasa anda dalam mengawal privasi sendiri, berikut ialah cara bagaimana untuk memadam kuki pada kebanyakan laman carian yang paling popular dari komputer dan telefon mudah alih. Kebanyakan laman carian membersihkan kuki secara rawak sama ada yang berbahaya atau tidak, dan ada juga yang tidak membersihkan semua kuki tersebut. Untuk melakukannya, anda perlu log masuk semula ke setiap laman web dan akaun e-mel kegemaran anda. Walaupun kelihatan leceh, tetapi pembersihan komputer atau telefon pintar yang jarang dilakukan ini merupakan tindakan penting sama seperti memastikan rumah yang anda diami bersih dan kemas. Berikut adalah cara untuk membersihkan kuki pada lamanlaman carian yang popular dari komputer, laptop Mac dan telefon pintar anda.

Sumber: SHOUT 2019 BUMPER EDITION

* * *

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda.

‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~ consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM) ~ 

Cadangan Artikel

CETAK ROMPAK DIGITAL, KENAPA IANYA SALAH?

Ketahui bagaimana untuk mengenali kandungan digital itu telah dicetak rompak dan saluran untuk membuat aduan yang betul | CFM

7 PRINSIP PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Ketahui 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi. Dapatkan tip dan cara bagaimana untuk mengendalikan isu ini.#HakAndaKeutamaanKami | CFM

Ingin Komen?