~Atlet wanita pertama Malaysia bagi seni mempertahankan diri campuran (MMA), Ann Osman tidak berjuang untuk kekal dalam zon selesa. Jaguh tempur MMA yang juga ahli perniagaan ini telah merasa turun naik sepanjang kariernya, namun kemahiran tempurnya yang sering memberi saingan sengit menjadikan dirinya suri teladan dalam apa yang dilakukannya.~

 

LATAR BELAKANG

Setelah mendapat Diploma dalam bidang Sains Komputer, saya bekerja di pelbagai syarikat yang kebanyakannya dalam bahagian Jualan & Pemasaran termasuk di Astro Radio dan syarikat pelancongan. Ketika saya mula-mula membuat kemunculan pertama Pro MMA, saya bekerja sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan untuk iProperty.com Malaysia. Saya meninggalkan tugas itu setahun kemudian untuk menumpukan perhatian terhadap karier MMA saya serta memulakan syarikat pelancongan saya sendiri iaitu Travel Rite Tours Sdn Bhd pada hari ini.

   

PENGALAMAN

Pertama kali saya terlibat dalam MMA adalah selepas jurulatih saya, AJ “Pyro” Lias (juga Petinju Kejohanan ONE) menjemput saya ke kelas MMA beliau selepas beberapa sesi latihan Muay Thai bersama dengannya. Tidak banyak wanita menyertai latihan MMA pada masa itu tetapi selepas menyertai sesi latihan pertama, saya terus ketagih! AJ tidak mempunyai gim sendiri pada masa itu tetapi saya sentiasa datang untuk berlatih setiap kali ada peluang. Tidak lama selepas itu, saya bertanding dalam pertandingan MMA Amatur pertama saya di  Petaling Jaya pada September 2012. Saya tewas dalam pertandingan MMA tersebut tetapi ia telah memberi minat yang lebih mendalam kepada saya dan untuk bersaing lebih banyak. Saya mula bersaing dalam perlawanan Muay Thai yang lain dan kemudian pada tahun itu, saya telah dipilih oleh ONE Championship untuk bertarung di Singapura pada Oktober 2013. Selebihnya adalah sejarah.

MOTIVASI

Secara umumnya, saya berlatih setiap hari sekurangkurangnya 2 jam sehari. Latihan akan menjadi semakin sulit dan lebih lama apabila saya membuat persediaan untuk menghadapi perlawanan. Jurulatih saya selalu mengingatkan saya untuk “bertenang dan lakukan sehabis baik” dan ia telah membantu diri saya di dalam dan di luar sangkar perlawanan. Saya sangat bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan dan ia turut menjadi pendorong kepada diri saya sendiri. Pada hari-hari yang saya rasa tidak bersemangat, saya akan membayangkan diri saya mencapai impian dan matlamat saya. Apabila menggambarkan hasil penamat, ia selalu memberikan saya motivasi untuk terus mengejar matlamat saya.

 

MEDIA SOSIAL

 Di luar arena perlawanan, saya sangat aktif di Instagram dan Facebook. Saya suka berkongsi pengalaman dan kehidupan harian saya dengan orang lain tetapi saya cuba untuk tidak menyiarkan hal peribadi terlalu banyak. Saya suka berhubung dengan kawan-kawan lama dan juga berkenalan dengan kawan-kawan baharu dalam kalangan pemain industri. Di Facebook, saya suka membaca artikel dan menonton video yang dikongsi rakan-rakan. Di Instagram, saya suka mengikuti petinju-petinju MMA, pengamal seni mempertahankan diri, pakar-pakar kecergasan dan usahawan-usahawan yang dapat memberikan inspirasi.

 

Kepada pembaca CFM, percaya dan usaha – itulah yang diperlukan untuk mencapai apa sahaja yang anda mahukan dalam kehidupan. Percaya kepada diri sendiri, percaya kepada perkara-perkara yang anda lakukan dan percaya dengan matlamat yang anda ingin capai. Saya selalu beritahu kakitangan jualan saya, “Jika anda tidak mempercayai produk, bagaimana anda akan menjualnya?” Seperti itu juga diri anda. Sekiranya anda tidak percaya kepada diri sendiri dan bakat anda, ia akan menghentikan anda dari terus berjuang. Namun dengan rasa percaya sahaja, kejayaan tidak selalu dapat dicapai jika anda tidak mengusahakannya. Jadi dapatkannya dan bekerja keraslah untuk apa yang anda inginkan.

Sumber : SHOUT Q3 2017, consumerinfo.my #connected #CFMmalaysia  #CFMshout