Home / CFM Buzz / Interaksi / AZLAN SULAIMAN – DARI KACA MATA

AZLAN SULAIMAN – DARI KACA MATA

~Dikenali di Instagram melalui gambar-gambar yang mempesona, Azlan Sulaiman menceritakan tentang kreativiti untuk menghasilkan sesebuah gambar yang menarik dan bagaimana teknologi telah mengubah cara pengambilan sesebuah gambar~

 

Menjadi terkenal di atas talian

umpama memiliki kekayaan permainan

Monopoly. Ia tidak kekal lama. Terkenal

untuk seketika, apatah lagi melalui

media sosial.

                                               – Azlan Sulaiman-

Saya kini menetap di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai Pakar Media Sosial. Saya berasal dari Tawau dan merupakan anak keempat dari enam adik beradik. Pada waktu lapang, saya suka mengembara, berlatih seni pertahanan diri campuran dan sudah tentu berkongsi pengalaman saya dengan pengikut melalui akaun Instagram saya, @azlansulaiman. Saya mula aktif menggunakan Instagram sejak dua tahun lalu. Tujuan asal saya membuka akaun Instagram adalah untuk saling berhubung dengan rakan-rakan, tetapi tidak menyangka akan dapat begitu ramai pengikut.

Pada asalnya Instagram diwujudkan sebagai medium untuk berkongsi detik penting dengan serta merta menggunakan telefon pintar. Namun kini ramai mula menggunakan kamera DSLR. Walaupun DSLR menghasilkan kualiti imej yang lebih baik tetapi saya masih menggunakan kamera telefon pintar kerana ia lebih mudah. Inspirasi boleh datang pada bila-bila masa dan saya akan memuat naik tiga gambar sehari ke akaun Instagram. Kini, saya hanya memuat naik satu gambar sahaja dalam sehari disebabkan terlalu sibuk dengan komitmen lain.

Teknologi semakin berkembang dan kebanyakan kamera telefon pintar mampu menghasilkan kualiti gambar sama seperti kamera kompak, malah ada yang lebih baik. Menggunakan kamera telefon pintar, kita perlu menggunakan kelebihan yang ada padanya. Fungsi jarak jelas (depth of field) dan zum pada kamera telefon pintar amat terhad, jadi perlu untuk mendekatkan kamera pada subjek seminimum yang mungkin.

Antara perkara yang telah mengubah landskap fotografi secara keseluruhan adalah tentang larangan memanipulasi imej secara digital. Namun, ia telah diterima oleh ramai pihak asalkan tidak keterlaluan. Dengan pelbagai aplikasi pada telefon pintar yang ada pada hari ini, ia memudahkan anda memanipulasi sesebuah gambar. Saya menggunakan aplikasi SKRWT untuk mennyesuaikan sudut pandangan dan komposisi sesebuah gambar, Retouch untuk menghilangkan elemen yang tidak diperlukan, Snapseed untuk mengimbangi cahaya dan ketepuan warna, manakala VSCO Cam digunakan untuk pratetap imej yang diambil. Suntingan gambar akan mengambil masa kerana ia satu proses yang subjektif.

Elemen stilistik yang paling terkenal dalam fotografi menggunakan telefon terbahagi kepada objek, latar belakang, sudut pandang, bentuk dan warna. Gabungan kesemua elemen tersebut dalam satu imej, ditambah pula dengan kecanggihan telefon pintar dan aplikasi, ia mampu menghasilkan gambar yang sangat menarik untuk Instagram.

Saya amat berbesar hati dengan perhatian dan peluang yang saya terima melalui Instagram termasuk kerja yang saya lakukan ketika ini. Ada pengikut yang terserempak dengan saya di luar dan meminta mengambil gambar bersama mereka. Saya tidak merasakan ini adalah satu kejayaan kerana ia hanya berlaku di alam maya. Menjadi terkenal di atas talian umpama memiliki kekayaan permainan Monopoly. Ia tidak kekal lama. Terkenal untuk seketika, apatah lagi melalui media sosial.

        Tip Azlan : Tiga tips berguna untuk menghasilkan gambar Instagram yang menarik

Pentingnya Pencahayaan

Ambil gambar pada waktu siang dengan cahaya matahari untuk hasil yang lebih baik. Jikamengambil gambar selepas matahari terbenam atau  dalam cahaya malap, pastikan sumber cahaya mencukupi dengan menggunakan lampu di bahagian atas. Jika ianya sukar, gunakan flash kamera telefon pintar untuk mendapat cahaya secukupnya..

 

Subjek dan Latar belakang

Selepas menyusun komposisi gambar, cuba letakkan satu subjek atau objek di dalamnya. Hasilnya akan lebih menarik berbanding mengambil gambar landskap yang kosong. Cuba letakkan objek tersebut di tengah-tengah untuk mencipta sesuatu gambar yang minimalis walaupun ia bukan satu aturan fotografi. Jangan takut untuk bereksperimen!

Ikut trend terkini atau cipta sesuatu yang baharu

Dapatkan idea trend terkini tentang aspek pratetap dan gaya dengan mengikuti akaun Instagram tempatan seperti @artventurers, @my_genggua, @igersganu and @themalaya_ig. Anda perlu tahu kaedah yang digunakan dan merujuk kepada trend popular akan membantu anda menghasilkan karya menarik.

 

Sumber : SHOUT Q2 2015, consumerinfo.my #interaksi #CFMmalaysia  #CFMshout 

 

Cadangan Artikel

AIMAN SALIM – PELAWAK ATAS TALIAN

Pada zaman teknologi masa kini, siapa saja boleh terus dikenali dengan bakat tersendiri melalui bantuan …

DR. RUZAIMI MAT RANI – INSPIRASI MALAYSIA

LATAR BELAKANG PROJEK YANG DIJALANKAN?Saya mengambil nisiatif untuk membudayakan kemahiran melukis dalam membentuk generasi celik kemahiran komunikasi visual. Generasi …

Ingin Komen?