MESYUARAT AGUNG TAHUNAN CFM 2017 MEMPERKENALKAN

BARISAN AHLI MAJLIS CFM YANG BAHARU

CYBERJAYA, 5 OKTOBER 2017 – Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2017 di Auditorium Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini dengan membincangkan beberapa agenda bagi terus menjaga kepentingan pengguna di dalam industri perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

“Dari tahun ke tahun, aduan pengguna yang dilaporkan kepada CFM telah menunjukkan peningkatan. Jumlah aduan pada tahun 2016 meningkat sebanyak 3.14% kepada 7,556 aduan berbanding tahun 2015 yang mencatat sebanyak 7,326 aduan. CFM telah menyelesaikan sebanyak 77% aduan daripada jumlah aduan yang diterima pada 2016 dalam tempoh kurang daripada 15 hari bekerja,” kata Pengerusi CFM, Megat Ishak Maamunor Rashid.

Jumlah Aduan Yang Diterima CFM

2017 (Suku Ketiga)

Jumlah Aduan = 3,518 Aduan 70% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari

2016

 

7,556 Aduan

 

Meningkat 3.14%

77% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari
2015 7,326 Aduan 72% aduan diselesaikan dalam tempoh < 15 hari

Manakala, jumlah aduan yang diterima CFM sehingga suku ketiga (Q3) 2017 pula adalah sebanyak 3,518 aduan dengan kategori aduan mengenai Bil dan Caj merekodkan aduan yang paling banyak dilaporkan pengguna.

  2016

JUMLAH ADUAN

Q3 2017

JUMLAH ADUAN

5 KATEGORI ADUAN TERTINGGI DITERIMA CFM BIL & CAJ 2,914 BIL & CAJ 1,229
KUALITI PERKHIDMATAN 2,506 KUALITI LIPUTAN 990
KUALITI LIPUTAN 619 KUALITI PERKHIDMATAN 578
AMALAN TIDAK ADIL 442 AMALAN TIDAK ADIL 189
TIADA LIPUTAN 404 PROMOSI TIDAK BENAR 175

Tambah beliau, peningkatan jumlah aduan ini menunjukkan kesedaran pengguna akan kepentingan melaporkan aduan secara rasmi daripada sekadar membuat rungutan di media sosial yang mungkin tidak memberikan impak ketara kepada perubahan perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Sebagai sebuah forum industri, CFM turut bertanggungjawab dalam pembangunan dan pelaksanaan Kod Amalan Am Pengguna untuk Industri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (GCC) yang berperanan mempromosi perkhidmatan berkualiti tinggi daripada penyedia perkhidmatan dan bagi melindungi pengguna.

At the CFM 2017 AGM chaired by Megat Ishak Maamunor Rashid, the agenda discussed were:

  1. Approval and Adoption of the CFM 2016 Annual Report and CFM 2016 Financial Statements Report.
  2. Appointment 13 new CFM Council Members for term 2017-2019 through digital voting.

AGM CFM 2017 yang dipengerusikan oleh Megat Ishak Maamunor Rashid, berikut adalah antara perkara yang menjadi agenda dalam mesyuarat tersebut:

  1. Membentangkan Laporan Tahunan CFM 2016 dan Laporan Penyata Kewangan CFM 2016
  2. Melantik 13 Ahli Majlis CFM yang baharu bagi penggal 2017-2019 melalui undian.

Melangkah ke hadapan, Megat Ishak berkata, “CFM akan meneruskan agenda dengan memberi tumpuan kepada penambahbaikan terhadap isu-isu pengguna seperti Caj Panggilan ke Pusat Khidmat Pelanggan, Garis Panduan Pengurusan Hutang (CTOS), dan Mekanisma Caj Internet Pay-Per-Use melalui perbincangan di kalangan industri.”.

Kehadiran ahli-ahli CFM yang terdiri daripada pihak Penyedia Perkhidmatan (Supply) dan Persatuan-persatuan Pengguna (Demand), MCMC serta pihak berkepentingan dalam AGM kali ini turut menyaksikan pelantikan barisan Ahli Majlis CFM yang baharu bagi penggal 2017-2019.

Megat Ishak yang melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi CFM bagi penggal akhir ini menyambut baik kedatangan Pengerusi dan Ahli Majlis baharu yang dilantik dan berharap barisan baharu yang mengemudi CFM dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk penambahbaikan CFM sebagai platform bantuan kepada pengguna dan pembangunan industri secara keseluruhan.

Dalam perkembangan lain, CFM menyokong pelaksanaan Garis Panduan Pendaftaran Perkhidmatan Prabayar terkini yang dikeluarkan oleh MCMC dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Januari 2018.

Garis Panduan Pendaftaran Perkhidmatan Prabayar yang terbaharu perlu dipatuhi oleh semua penyedia perkhidmatan dan pengguna, bertujuan untuk membanteras penyalahgunaan perkhidmatan selular serta menangani jenayah dan keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Terdapat kes mengenai salah guna kad SIM prabayar yang semakin berleluasa seperti yang telah dilaporkan dalam akhbar tempatan pada awal tahun ini dan CFM juga telah menerima beberapa aduan mengenai masalah tersebut. Melalui pelaksanaan garis panduan pendaftaran perkhidmatan prabayar ini, ia dapat melindungi data pengguna daripada disalah guna untuk tujuan jenayah selain memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengguna terhadap penggunaan perkhidmatan prabayar,” kata Megat Ishak.

Menyedari cabaran yang dihadapi pada era digital hari ini, pengguna perlu sentiasa peka dan mendapatkan maklumat yang sahih agar tidak terdedah kepada risiko jenayah.

APA YANG PENGGUNA PERLU TAHU TENTANG

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PERKHIDMATAN PRABAYAR YANG BAHARU?

1. Garis panduan Pendaftaran Perkhidmatan Prabayar yang baharu akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2018.
2. Garis panduan ini perlu dipatuhi oleh semua penyedia perkhidmatan dan pengguna tidak kira warganegara Malaysia, warga asing dan pelancong asing.
3.

Pengguna perlu memberikan maklumat berikut semasa pendaftaran kad SIM prabayar iaitu : Warganegara Malaysia :

 

  • Nama penuh seperti di dalam dokumen pengenalan diri
  • Alamat tetap seperti di dalam dokumen pengenalan diri
  • Alamat surat-menyurat
  • Nombor pengenalan diri seperti di dalam dokumen
  • Sebarang maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya

Warga Asing:

  • Nama penuh seperti di dalam passport
  • Negara pengeluar passport
  • Nama dan alamat syarikat seperti di dalam dokumen permit kerja (Pekerja)
  • Dokumen pengenalan diri pelajar bersama alamat universiti (Pelajar)
  • Alamat surat-menyurat
  • Sebarang maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya

Pelancong (lawatan ke Malaysia kurang daripada 3 bulan:

  • Nama penuh seperti di dalam passport
  • Alamat hotel atau tempat tinggal sementara
  • Nombor passport
  • Negara pengeluar passport
  • Sebarang maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya

Tourist (Visiting Malaysia and stay in Malaysia for less than 3 months):

  • Full name as per passport
  • Hotel or temporary residential address
  • Passport number
  • Passport issuing country
  • Any other information as may be required by the Commission
4.

Bagi tujuan pengesahan, pengguna perlu membawa bersama dokumen berikut semasa melakukan pendaftaran kad SIM prabayar iaitu:

 

  • Alamat surat-meyurat – Perlu menyediakan bil utiliti asal yang dikeluarkan dalam tempoh satu bulan bagi perkhidmatan yang dilanggan di tempat tinggal terkini (bil air, elektrik, TV satelit/kabel atau jalur lebar sahaja).
  • Alamat Hotel/Tempat tinggal sementara – sebagai bukti tempat tinggal sementara (termasuk tempahan hotel/borang tempahan)

Jika anda didapati memberikan maklumat yang palsu, penyedia perkhidmatan akan menamatkan perkhidmatan Prabayar anda. 

5. Setiap seorang pengguna hanya boleh mendaftar sebanyak 5 kad SIM prabayar sahaja untuk setiap penyedia perkhidmatan (telah berkuatkuasa bermula 1 Jun 2017).
6. Pendaftaran mesti dilakukan menggunakan platform automatik yang dijamin selamat seperti aplikasi Optical Character Recognition (OCR), Biometrik atau pembaca MyKad untuk melindungi maklumat peribadi anda. Penyedia perkhidmatan tidak boleh melakukan pendaftaran secara manual kepada pengguna kerana ia tidak lagi dibenarkan. Sekiranya ia berlaku, pengguna boleh melaporkannya kepada CFM atau MCMC.
7. Pendaftaran adalah percuma. Jika pengguna dikenakan caj untuk pendaftaran, laporkan aduan kepada CFM atau MCMC.
8 Pengguna boleh menyemak dan mengesahkan sebarang kad SIM yang didaftarkan menggunakan maklumat anda dengan penyedia perkhidmatan masing-masing. Penyedia perkhidmatan perlu menyediakan portal atau aplikasi untuk perkhidmatan ini secara percuma.
9. Buat masa ini, pengguna tidak perlu menggunakan nombor ID untuk membuat tambah nilai. Ia masih dalam proses untuk mengenal pasti kaedah terbaik bagi pelaksanaan tambah nilai menggunakan ID ini. Namun, ia akan dilaksanakan apabila sistem ini telah tersedia sepenuhnya.
10. Untuk membuat pendaftaran, pengguna perlu ke pusat servis penyedia perkhidmatan, agen atau pengedar berdaftar dengan membawa dokumen pengenalan diri yang asal. Sebarang dokumen salinan adalah tidak dibenarkan.

#HakAndaKeutamaanKami

#JadilahPenggunaYangBijak

_______________________________TAMAT_______________________________

 

Mengenai CFM

Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) ditubuhkan pada bulan Februari 2001 dan telah ditetapkan sebagai salah satu forum industri oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), selaras dengan Peruntukan Seksyen 189 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM). Ia menjadi salah satu platform bagi industri dan pengguna/orang awam bagi menyumbang ke arah penambahbaikan perkhidmatan dan pembangunan polisi yang lebih baik dan konstruktif. Peranan CFM bersama dengan pihak-pihak lain yang terlibat adalah untuk menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia dan melindungi kepentingan pengguna dengan menggalakkan etika perniagaan berkualiti tinggi melalui kawal selia kendiri. CFM juga menjadi saluran kepada pengguna untuk melaporkan aduan tentang perkhidmatan komunikasi dan multimedia.

Jika terdapat aduan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia yang belum diselesaikan, pengguna boleh mengemukakan aduan kepada CFM melalui saluran berikut:


COMPLAINT ONLINE PORTAL (COP)
www.complaint.cfm.org.my
CONSUMER HOTLINE 1-800-18-2222
EMAIL aduan@cfm.org.my
MOBILE APPLICATION Download “MY MOBILE RIGHTS” on Google Play Store
WALK IN

CFM

Malaysian Communications & Multimedia Commission (MCMC), Off Persiaran Multimedia Jalan Impact, 63000 Cyberjaya, Selangor.