Home / Isu Pengguna / Jenis Aduan / HELLO? HELLOOO?!? Panggilan Terputus – Apa, Mengapa dan Siapa yang harus dipersalahkan?

HELLO? HELLOOO?!? Panggilan Terputus – Apa, Mengapa dan Siapa yang harus dipersalahkan?

Besar kemungkinan, anda akan mengalami situasi seperti ini iaitu panggilan telefon anda terputus sewaktu melakukan panggilan atau lebih teruk lagi, mungkin langsung tidak dapat membuat panggilan tanpa anda ketahui sebabnya. Kadangkala, perkara ini biasanya terjadi apabila anda benar-benar perlu membuat panggilan pada waktu berkenaan. Perkara tersebut merupakan antara masalah menjengkelkan yang terjadi dalam telekomunikasi moden hari ini iaitu –Panggilan Terputus. 

Bagi pengguna biasa, panggilan terputus merupakan satu insiden apabila talian daripada seorang pemanggil kepada pemanggil lain terputus sebelum kedua-duanya selesai membuat panggilan, dan ia boleh berlaku disebabkan penyedia perkhidmatan, peranti atau kawasan liputan.

Apabila anda membuat panggilan, telefon pintar anda akan terus berhubung dengan stesen pemancar terdekat. Panggilan anda akan disambungkan melalui stesen pemancar ke nombor penerima yang anda hubungi dan isyarat tetap dikekalkan sepanjang tempoh memanggil. Apabila anda membuat panggilan ketika sedang bergerak, contohnya ketika anda sedang memandu,  isyarat tersebut akan disambungkan kepada stesen pemancar yang lain dan lebih dekat. Namun, apa jua boleh berlaku kepada isyarat anda semasa melakukan panggilan.

Punca panggilan terputus berlaku biasanya disebabkan anda memasuki kawasan tiada isyarat iaitu kawasan yang mempunyai liputan rendah atau tiada liputan seperti tempat letak kereta bawah tanah. Punca lain ianya berlaku mungkin disebabkan komponen stesen pemancar mengalami kegagalan berfungsi dan gagal menghantar sebarang isyarat. Kegagalan sambungan isyarat daripada satu stesen pemancar kepada pemancar lain juga menyebabkan talian terputus.

Jika telefon anda tidak dapat mengekalkan isyarat secara konsisten daripada stesen pemancar iaitu kegagalan sambungan, ia juga boleh menyebabkan talian terputus berlaku.

Jika anda mempunyai masalah seperti ini, boleh laporkan aduan ke portal aduan CFM di www.complaint. org.my atau hubungi talian bebas tol 1-800-18-2222.

MELAPORKAN MASALAH PANGGILAN TERPUTUS 

Panggilan anda sering terputus? Kecewa dengan kualiti panggilan yang sering terganggu? Anda boleh melaporkan rasa tidak puas hati anda terhadap masalah tersebut kepada syarikat telekomunikasi anda terlebih dahulu. Jika aduan itu masih tidak dapat diselesaikan atau anda masih tidak berpuas hati dengan penyelesaian yang diberikan, anda boleh membuat laporan kepada Portal Aduan (CoP) Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM). Sebelum membuat aduan, sila sediakan maklumat berikut untuk penyelesaian segera:

  • Lokasi tepat di mana anda mengalami panggilan terputus. Sertakan poskod atau alamat penuh kerana ia dapat membantu.
  • Tarikh, masa dan tempoh panggilan yang diterima dan dibuat.
  • Jenis model telefon pintar yang anda gunakan.
  • Syarikat pembekal perkhidmatan dan jumlah bar isyarat semasa membuat panggilan.
  • Nyatakan secara jelas sama ada panggilan terputus kerap berlaku atau berlaku pada waktu tertentu.
  • Nombor telefon mudah alih lain yang mengalami masalah sama.

Sumber : SHOUT Q4 2014, consumerinfo.my #CFMarticle #CFMmalaysia  #CFMshout

Cadangan Artikel

PANGGILAN PALSU DAN BAGAIMANA UNTUK MENGHADAPI MEREKA!

Apa yang anda perlu lakukan jika menerima panggilan yang mencurigakan? INGAT! Jangan terperangkap dengan panggilan palsu! Ketahuinya di sini... | CFM

KESESAKAN RANGKAIAN ‘MOBILE NETWORK’ ?

Ketahui puncanya dan 'tips' & tricks' untuk mengurangkan isu 'mobile network congested' ini... #mobile #networkcongested | CFM

Ingin Komen?