Home / Isu Pengguna / Meja Bantuan/Testimoni / KISAH BENAR – PERTIKAIAN BIL – DATA MUDAH ALIH

KISAH BENAR – PERTIKAIAN BIL – DATA MUDAH ALIH

Senario i: Saya baru menyedari yang kredit prabayar saya telah ditolak oleh penyedia perkhidmatan sejak setahun yang lepas. Walaupun saya telah melanggan pelan data mudah alih untuk sehari sahaja tetapi penyedia perkhidmatan saya masih terus mengenakan bayaran secara automatik untuk pelan tersebut walaupun telah tamat tempoh. Tolong selesaikan masalah saya.
Jawapan: Sebarang langganan kepada pas harian adalah menerusi pemberitahuan SMS oleh pelanggan. Sebarang maklumat yang berkaitan dengan pembaharuan langganan akan terkandung di dalam terma dan syarat, yang perlu dibaca dengan teliti dan difahami sebaik mungkin sebelum melanggan perkhidmatan/pelan tersebut.

Senario ii: Saya menerima bil bulanan saya dan mendapati saya telah dicaj untuk internet mudah alih yang bukan sebahagian daripada komitmen bulanan saya. Kemudian, saya telah membuat aduan kepada penyedia perkhidmatan saya dan mengakui yang saya mungkin telah mengaktifkan pelan itu secara tidak sengaja. Saya memohon kepada mereka agar menghentikan perkhidmatan tersebut tetapi saya diberitahu bahawa saya masih perlu membayar untuk internet mudah alih dan had kredit saya hanya terpakai untuk panggilan dan SMS. Bagaimana saya boleh selesaikan isu ini?
Senario iii: Saya mendaftar talian baharu tanpa melanggan pelan data. Pelan talian itu hanya untuk membuat panggilan dan SMS sahaja. Jika saya perlu menggunakan data, saya hanya melanggan pas data harian 1GB untuk satu kali penggunaan. Caj tambah nilai itu ialah yuran sekali bayar sahaja, tetapi sistem terus mengenakan caj terhadap saya setiap hari, memaksa saya untuk membuat aduan kepada perkhidmatan pelanggan. Apabila saya menghubungi mereka semula, wakil khidmat pelanggan itu memaklumkan yang saya perlu menandatangani borang untuk membatalkan perkhidmatan tersebut. Saya membantah tindakan itu kerana saya tidak pernah melanggan apa-apa tambah nilai secara automatik.
Jawapan ii&iii: Bila melanggan pelan data tertentu, anda perlu tahu terma dan syarat untuk menggunakan pelan tersebut, contohnya pembaharuan secara automatik. Pelanggan perlu menghubungi penyedia perkhidmatan untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai langganan tersebut. Jika maklumat mengenai pembaharuan automatik dinyatakan, maka caj tersebut adalah sah. Sekiranya maklumat tersebut tidak dinyatakan, pelanggan perlu membawa isu ini ke pengetahuan penyedia perkhidmatan untuk tindakan selanjutnya. Dalam situasi ini, pelan pas data harian 1GB itu dikira sebagai sebahagian daripada pelan pembaharuan automatik, maka caj tertakluk mengikut penyedia perkhidmatan. Oleh itu, ia amat penting bagi anda untuk sentiasa peka dengan caj dikenakan oleh penyedia perkhidmata agar anda tahu bila anda perlu membuat bayaran tertunggak.

GARIS PANDUAN GCC

Bahagian 2: Kaedah Mengebil Pelanggan, Mengenakan Bayaran, Pungutan dan Kredit
1.48 Berhubung seksyen ini, Penyedia Perkhidmatan hendaklah sentiasa
berpandukan prinsip-prinsip berikut selagi yang boleh untuk:
a. Memastikan Pelanggan boleh mendapatkan maklumat berkaitan bil terkini mereka atau sebarang perkara di dalamnya tanpa bayaran;
b. Memastikan ketepatan mengebil boleh disahkan;


Bahagian 2: Format dan Penyampaian Bil
1.50 Penyedia Perkhidmatan seterusnya memastikan:
a. Kandungan bil-bil hendaklah disampaikan dan diformatkan dengan cara yang mudah difahami oleh Pelanggan;
b. Bil-bil hendaklah mempunyai keterangan barangan dan kategori yang jelas dan secukupnya.


Pengesahan Caj-caj Bil
1.51 Penyedia Perkhidmatan hendaklah menyediakan sistem dalaman dan langkah penjagaan sewajarnya untuk memastikan kesilapan bayaran dapat diminimumkan dalam bil-bil yang dikenakan kepada pelanggan.
1.52 Adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk mengesahkan bil-bil yang dicajkan kepada mereka konsisten dengan:
a. Harga dan diskaun-diskaun yang dicetak atau di kontrakkan oleh Penyedia perkhidmatan; dan
b. Apa yang telah diminta, digunakan atau dikontrakkan untuk oleh pelanggan.
1.53 Penyedia Perkhidmatan mesti memastikan bahawa Pelanggan boleh mendapatkan senarai terperinci semua caj-caj berkaitan perkhidmatan yang diberikan samada di dalam bil atau dengan kaedah berasingan apabila diminta.

Sumber : BUKU 10 ADUAN PENGGUNA KOMUNIKASI & MULTIMEDIA oleh CFM

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia.

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~ 

Cadangan Artikel

INFOGRAFIK – TIP ELAK HADAPI MASALAH PERTIKAIAN BIL

Kejutan bil tidak sepatutnya berlaku jika anda tahu apa puncanya. Ikuti tip-tip dari CFM di sini dan ambil langkah berjaga-jaga. | CFM #HakAndaKeutamaanKami

CARA MENGESAN REKOD PENGGUNAAN DATA & LOG PANGGILAN / SMS

Dapatkan tip-tip untuk mengesan rekod penggunaan data, log panggilan/sms melalui android atau iOS di sini! #GetSmarterWithConsumerinfo | CFM

Ingin Komen?