10 CAJ TERSEMBUNYI YANG MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU TERDAPAT DI DALAM BIL BULANAN TELEFON ANDA

Adakah anda mahukan bil bulanan telefon yang mempunyai maklumat jelas dan mudah difahami?

Setuju atau Tidak? Kita, sebagai pengguna jarang sekali menyemak bil bulanan secara terperinci. Ia adalah tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk memastikan tidak menjadi ‘mangsa’ akibat keengganan meluangkan sedikit masa untuk menyemak bil-bil bulanan dengan teliti. Jadi, sentiasa periksa caj-caj tersembunyi ini jika anda mahu perbelanjaan mengikut perancangan:

1. Cetakan Bil

 

Pastikan anda memilih ‘e-bill’. Ia bukan sahaja mesra alam, malah anda juga akan dapat menjimatkan belanja bulanan.

2. Nada Dering Pemanggil

 

Ini adalah salah satu caj tersembunyi yang sukar ditemui. Kecuali anda meneliti bil bulanan anda seperti ‘Scrooge McDuck’, anda pasti tidak akan terlepas pandang. Mengapa? Melainkan seseorang menyebutnya kepada anda, anda tidak akan tahu bahawa anda mempunyai nada dering tersebut.

 

3. Insuran

Adakah anda perlu memiliki insuran tersebut? Adakah ianya benar-benar untuk anda? Jika anda melanggan pelan dengan pakej telefon percuma, insuran tersebut mungkin berguna untuk anda sekiranya berlaku sebarang kerosakan. Selain daripada itu, fikirkan dahulu  untuk memilikinya, sedangkan di pasaran sekarang terdapat pelbagai model telefon baru dengan harga mampu milik.

4. Yuran Pengaktifan

Anda telah mendaftar dengan penyedia perkhidmatan,katakanlah ‘Telco A’. Anda sepatutnya ‘diraikan’ kerana telah memilih perkhidmatan ‘mereka’. Sebaliknya, anda dikenakan dengan yuran pengaktifan. Untuk apa pula? Adakah kerana ‘mereka’ terlalu istimewa sehingga membuatkan anda perlu membayar ‘yuran’ untuk menyertai mereka? Lupakan sahaja! Banyak lagi pilihan lain yang lebih baik di luar sana.

5. Caj Pentadbiran

 

Penyedia Perkhidmatan (Telco) perlu membuat keuntungan juga bukan? Jadi, sentiasa pastikan anda memeriksa sepenuhnya bil-bil bulanan anda supaya tiada caj pentadbiran yang lain dikenakan.

 

 

6. Perayauan Antarabangsa

Pastikan anda telah menukar tetapan pada telefon anda sebelum ke luar negara. Tetapan perayauan automatik akan membuatkan bil anda melambung tinggi, dan penyedia perkhidmatan (telco) anda? Tidak akan ambil peduli jika hal ini berlaku… “Sediakan payung, sebelum hujan”…

7. Caj Data Tambahan

 

Anda telah mencapai had penggunaan data bulanan, tetapi adakah anda masih lagi boleh mengakses internet selepas tempoh had tersebut? Adakah anda sedar akan caj tambahan yang bakal dikenakan? Atau anda menganggap bahawa ianya adalah suatu ganjaran buat anda kerana menjadi pelanggan yang setia? Jangan terlalu naif. Tiada apa yang percuma di dunia ini. Sentiasa awasi penggunaan data anda! Semakin tinggi caj akan dikenakan selepas data internet anda melebihi had.

 

8. Mesej Premium dari Pihak Ketiga

Anda kerap menerima mesej-mesej yang tidak diminta, contohnya meminta anda melanggan kandungan digital atau aplikasi tertentu? Berhati-hati! Anda mungkin telah dikenakan caj tambahan biarpun anda tidak tahu anda telah melanggannya tanpa sedar.

9. Yuran Pesanan Suara

Salah satu caj tersembunyi yang mungkin tidak anda sedari iaitu Yuran Pesanan Suara. Adakah lagi sesiapa yang masih menggunakan perkhidmatan pesanan suara pada masa kini? Hentikan langganan ini kerana bukan sahaja ia akan dapat mengurangkan perbelanjaan bil bulanan anda, malah anda dapat menggunakannya untuk keperluan lain.

10. Cukai

 

Ingat! Tiada caj lain yang patut dikenakan pada bil bulanan anda selain SST!

Anda mempunyai isu-isu ini? 
Anda sudah mengajukan kepada Penyedia Perkhidmatan(TELCO), namun masih tiada penyelesaian?
Ajukan aduan yang tidak selesai dengan Penyedia Perkhidmatan anda melalui :

Portal Aduan : aduan.skmm.gov.my ; Hotline :  1-800-188-030

#HakAndaKeutamaanKami #GetSmarterWithConsumerinfo

 * * * 

Anda suka artikel, tip ini? Kongsikan di FacebookTwitter, dan Instagram anda. ‘Follow’ kami untuk ketahui lebih banyak tip & info terkini mengenai komunikasi & multimedia. 

~consumerinfo.my :: another website by Communications & Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)~