MELAKA, 23 FEBRUARI 2016 – Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka dengan kerjasama Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) menganjurkan program kesedaran iaitu ViRAL16 (Voice is Raised Anonymously) bagi memahami fenomena viral di media sosial yang semakin meluas di Malaysia. Program ini diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-15 CFM dan penubuhan 10 tahun FKPM di Universiti Teknologi MARA Melaka.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Jailani Johari.

Program ViRAL16 adalah yang pertama kali diadakan bertujuan untuk meneliti isu-isu yang dihadapi oleh pengguna media sosial selain dapat meningkatkan pemahaman dalam fenomena viral di Malaysia. Ia semakin menjadi kekerapan bagi pengguna media sosial di Malaysia menghadapi isu-isu privasi menerusi media sosial. Melalui program ViRAL16, ia dapat membantu untuk mewujudkan platform bagi perbincangan dan perkongsian idea tentang isu-isu berkaitan fenomena viral di media sosial dalam negara.

“Malaysia mempunyai komuniti media sosial yang aktif dengan jumlah sebanyak 19 juta orang pengguna, iaitu majoriti daripada netizen tempatan beralih kepada platform media sosial untuk membolehkan suara mereka lebih didengar. ViRAL16 diharap dapat membuka minda kita, khususnya golongan belia yang merupakan kumpulan demografik pengguna media sosial terbesar di Malaysia,” kata Rektor Universiti Teknologi MARA Melaka, Profesor Madya Dr Mohd Adnan Hashim.

ViRAL16 menampilkan para penceramah yang mempunyai kepakaran dan pengalaman bagimemberikan penerangan mengenai media sosial yang kompleks dan kesalingbergantungan, terutama mengenai kandungannya yang begitu pantas disebarkan dalam masa beberapa saat. Antara penceramah tempatan yang mengambil bahagian dalam program ViRAL16 ialah: Dato’ Zaini Hassan – Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan; Suhaimi Sulaiman – personaliti TV; Faiz Dickie – Selebriti Instagram, Finalis Juara Debat Bahasa Inggeris Cambridge Intervarsity (CambridgeIV) dan beberapa penceramah lain.

“Dalam era Internet ini, media sosial semakin menjadi pilihan sebagai platform untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Malaysia. Kami sangat berbesar hati dan bangga dapat bekerjasama dengan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Melaka yang memberi peluang untuk pihak kami berinteraksi dengan salah satu kumpulan “kuasa pengguna” di kalangan pengguna majoriti. Melalui jalinan kerjasama ini bersempena ulang tahun CFM yang ke-15 tahun, pengguna boleh menjangkakan langkah yang lebih progresif diambil bagi kesedaran pengguna di Malaysia,” kata Pengerusi CFM, Megat Ishak Ma’amunor Rashid.

ViRAL16 telah dihadiri ribuan pengunjung yang turut mengambil bahagian dalam pelbagai acara menarik yang menghubungkan orang ramai melalui kandungan dan perkongsian idea mengenai tren di media sosial terutama tentang bagaimana maklumat dapat dikongsi secara meluas dan pantas di internet. Melalui program ini, ia diharap dapat meningkatkan kesedaran peserta mengenai isu-isu berkaitan dan mengetengahkan impak media sosial terhadap memperkasakan pengguna dalam industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.

ViRAL16 adalah jalinan kerjasama yang pertama antara CFM dan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Melaka. Program ini merupakan satu wacana akademik yang dianjurkan oleh pelajar semester akhir Diploma Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA Melaka.

______________________________TAMAT_________________________________

Mengenai CFM

CFM merupakan sebuah badan organisasi bebas yang ditubuhkan pada bulan Februari 2001 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) selaras dengan keperluan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) di Malaysia untuk melindungi hak pengguna dalam sektor tersebut dan memudahkan kawal selia kendiri industri.

CFM bukan sahaja menyediakan ruang dan saluran untuk melaporkan aduan, tetapi juga bekerjasama dengan wakil daripada persatuan pengguna, syarikat penyedia perkhidmatan dan pihak-pihak lain yang berminat bagi merangka, membangun dan menyediakan kod-kod untuk melindungi hak-hak pengguna selain mencadangkan prosedur untuk pampasan dan tindakan kepada pelanggan sekiranya terdapat pelanggaran kepada Kod Amalan Am Pengguna (GCC) untuk Industi Komunikasi & Multimedia Malaysia. Kod tersebut telah diterbitkan pada tahun 2003. CFM juga dalam usaha untuk mempromosi dan menggalakkan perkhidmatan dan pengendalian berkualiti serta berprestasi tinggi dalam industri Komunikasi dan Multimedia. Pada masa yang sama, CFM berusaha untuk meningkatkan keyakinan dan pemahaman pengguna berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna yang tidak berpuas hati terhadap penyelesaian aduan yang telah dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia mereka, boleh mengemukakan aduan kepada CFM melalui saluran berikut:

Pengguna yang tidak berpuas hati terhadap resolusi aduan yang telah dilaporkan kepada penyedia perkhidmatan komunikasi dan multimedia mereka, boleh mengemukakan aduan dengan melayari portal aduan CFM, www.complaint.cfm.org.my atau menghubungi talian bebas tol 1-800-18-2222. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web CFM di www.cfm.my atau emel kepada enquiries@cfm.org.my

Pegawai Perhubungan Media:

Noor Shahdiella Abd Mananshahdiella@cfm.my019-3246036
Roharrashidah Abdul Halilroharrashidah@cfm.my017-8961588
Razaleigh Zainrazaleigh@cfm.my019-4170766